FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Wednesday, March 15, 2023

7 KEMAHIRAN BASIC YANG MENJAMIN MASA DEPAN GEMILANG

 

7 Kemahiran Yang Menjamin Kerjaya Masa Depan

 

Sebagai ibu, bapa, guru, dan pendidik, kita sudah pasti sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita. Kemahiran lazim seperti membaca, menulis, dan mengira adalah antara kemahiran yang kita rasakan amat penting untuk mereka belajar dan kuasai. Manakala nilai-nilai seperti kerjasama, pemikiran kreatif, sifat ingin tahu, dan tidak mudah putus asa juga adalah antara nilai yang baik untuk diterapkan di dalam diri mereka.

 


Semua ini dilakukan dengan harapan supaya suatu hari nanti, anak-anak kita ini akan dapat ‘survive’ di dalam dunia yang kian & semakin mencabar di masa hadapan. Namun begitu, adakah kemahiran-kemahiran yang kita ajar dan terapkan kepada mereka sekarang ini masih relevan kepada mereka untuk 10 hingga 20 tahun akan datang? Atau mungkin persoalan yang lebih rasional untuk dijawab; adakah perkara yang diajar kepada kita 10 tahun lalu, masih layak untuk diajar kepada anak-anak kita sekarang?

 

Seorang penyelidik dari Harvard University yang bernama Tony Wagner telah membuat kajian berkenaan ‘survival skills’ yang wajib dimiliki bagi mendepani arus dunia abad ke-21. Di dalam kajiannya, beliau telah menemu ramah beratus-ratus CEO daripada pelbagai industri seperti perniagaan sehinggalah kepada organisasi ‘non-profit’ dan institusi pendidikan. Dan hasilnya, beliau telah menyenaraikan 7 kemahiran yang sentiasa diperlukan dan akan kekal relevan di dalam abad ke-21 ini.

 

1) Pemikiran Kritikal & Penyelesaian Masalah

 

Critical Thinking and Problem Solving

 

Seseorang yang memiliki sifat ataupun kemahiran ini mampu untuk melihat apa sahaja situasi dari pelbagai sudut yang berbeza. Lantas dia mampu untuk mencari formula penyelesaian yang terbaik bagi menghadapinya. Tanpa mengira bidang yang diceburi, orang yang mempunyai kemahiran ini akan sentiasa memiliki ‘advantage’ di dalam kerjayanya. Bagi mengasah kemahiran ini, para pelajar perlu dilatih untuk mencari dan meneroka penyelesaian mahupun jawapan mereka sendiri, tanpa kekangan daripada skema jawapan ataupun daripada pendidik itu sendiri. Dengan ini, pelajar akan dilatih untuk memiliki pemikiran kreatif, dan belajar membuat keputusan berdasarkan pengalaman mereka sendiri.

 


2) Kerjasama Melalui Rangkaian & Pengaruh Kepimpinan

 

Collaboration Across Networks and Leading by Influence

 

Bukan semua orang dilahirkan dengan sifat semula jadi untuk menjadi pemimpin. Walaubagaimanapun, kebolehan untuk memimpin adalah satu aset yang sangat bernilai untuk dimiliki oleh seorang yang ingin berjaya di dalam kerjaya. Di samping itu, sifat kepimpinan ini harus bergerak seiring dengan kemahiran kerjasama untuk bekerja secara berpasukan. Cara yang terbaik untuk melatih kemahiran ini adalah dengan menggalakkan aktiviti dan perbincangan di dalam kumpulan, di mana setiap ahli perlu memainkan peranan yang tersendiri di dalam kumpulan tersebut. Di sini, pendidik perlu bijak untuk mengatur peranan para pelajar supaya setiap orang berpeluang untuk menjadi pemberi ataupun penerima arahan, dan juga mampu bekerja secara harmoni di dalam kumpulan.

 

3) Ketangkasan & Kesesuaian

 


Agility and Adaptability

 

Lihatlah bagaimana dunia hari ini telah yang terlalu jauh berubah, dan lihatlah pula kepada diri kita. Adakah kita juga mampu untuk beradaptasi dengan perubahan yang berlaku disekeliling kita. Bagi seorang yang ingin berjaya, perubahan sentiasa dilihat sebagai suatu peluang dan bukan ancaman kepada masa depan mereka. Oleh itu, persekitaran dunia yang dinamik ini hendaklah diwujudkan oleh pendidik di dalam pembelajaran sehari-hari. Kaedah, strategi, alat bantuan, malah ruang pembelajaran juga perlu dipelbagaikan agar para pelajar sentiasa bersedia untuk mengadaptasikan fikiran mereka terhadap sebarang perubahan yang berlaku, dan mereka juga sentiasa bersedia untuk keluar daripada ‘comfort zone’ masing-masing.

 

4) Inisiatif & Keusahawanan

 


Initiative and Entrepreneurship

 

Sebagai pemimpin dan penggerak di masa hadapan, pelajar kini seharusnya memiliki inisiatif tersendiri untuk memberi sumbangan kepada dunia. Inisiatif ini mungkin boleh bermula dengan perkara-perkara yang kecil seperti peranan dan tanggungjawab terhadap keluarga, sekolah, dan komuniti setempat. Dengan ini, anak-anak yang masih kecil ini akan dapat mempelajari pengalaman yang sangat bermakna bahawa setiap orang di dunia ini mampu untuk memberikan impak yang besar lagi positif kepada dunia, jika inisiatif itu lahir dari kesungguhan yang berterusan.

 

5) Komunikasi Melalui Tulisan dan Percakapan Secara Efektif

 


Effective Oral and Written Communication

 

Walaupun dengan perkembangan teknologi komunikasi pada hari ini dan masa akan datang, kemahiran komunikasi verbal secara bersemuka akan sentiasa menjadi skill yang sangat penting. Ini adalah salah satu faktor yang akan menjadikan seseorang itu kelihatan lebih berkarisma dan berkeyakinan tinggi. Dan faktor inilah yang mungkin akan menjadi pendorong utama yang dapat menentukan kebolehpasaran para pelajar di masa akan datang. Namun begitu, kemahiran ini tidak datang secara semula jadi. Ia perlu diajar dan diasah secara berterusan sehinggalah kemahiran ini menjadi sebahagian daripada diri mereka. Elemen-elemen seperti kelancaran, sebutan, tempo, kekuatan, ‘pitching’, gerak tubuh, ‘eye-contact’, dan sebagainya adalah antara elemen yang perlu dilatih supaya kemahiran komunikasi dikalangan pelajar menjadi lebih mantap.

 

6) Mencapai & Menganalisis Maklumat

 


Accessing and Analyzing Information

 

Dunia pada masa kini adalah dunia tanpa sempadan. Segala informasi dapat diperolehi dengan mudah, hanya dihujung jari kita. Internet merupakan salah satu sumber yang mampu diakses oleh sesiapa sahaja dan ianya dapat memberikan informasi mengenai pelbagai perkara, termasuklah perkara-perkara yang mejurus ke arah keburukan. Sebagai ibubapa dan pendidik, anak-anak kita haruslah diajar sejak kecil untuk membezakan antara perkara yang baik dan buruk mengikut acuan agama, moral, budaya, dan kemanusiaan. Di samping itu, mereka juga perlu diajar supaya mempunyai sifat bertanggungjawab terhadap apa sahaja aktiviti yang dilakukan di dalam talian. Ini termasuk menjauhi gejala-gejala yang negatif seperti ‘hacking’, mencuri identiti,  penipuan, plagiarism, perjudian, dan sebagainya.

 

7) Rasa Ingin Tahu & Imaginasi Yang Tinggi

 


Curiosity and Imagination

 

Kanak-kanak secara semula jadinya diahirkan dengan sifat ingin tahu yang tinggi. Mereka juga memiliki daya imaginasi yang sangat luas; sehingga mampu membuahkan perkara-perkara yang tidak tercapai oleh akal fikiran orang dewasa. Oleh itu, tugas kita yang sebenar bukanlah untuk mengajar sifat ini kepada mereka, tetapi peranan yang perlu kita mainkan adalah untuk membimbing kelebihan yang dimiliki oleh mereka ke arah yang positif, dan turut memberi galakan yang berterusan untuk mereka menggunakan daya kreativiti yang ada di dalam kehidupan seharian dan aktiviti pembelajaran. Bayangkanlah potensi yang bakal dihasilkan jika imaginasi anak-anak ini dapat diterjemahkan kepada sesuatu yang dapat dimanfaatkan oleh dirinya dan orang disekelilingnya.

 

Anak-anak pada hari ini perlu disiapkan dengan kemahiran-kemahiran yang membolehkan mereka ‘survive’ di dalam dunia yang semakin mencabar. Dan seharusnya, peluang untuk mempelajari ‘survival skills’ ini dicari dengan sebaik mungkin agar benihnya dapat ditanam di dalam diri mereka sejak kecil lagi.

 

Seperti yang kita tahu, sekolah bukanlah satu-satunya tempat untuk anak-anak kita menuntut ilmu dan mempelajari kemahiran yang berguna ini. Malah, telah terbukti bahawa pembelajaran di luar bilik darjah dapat memberikan kesan yang lebih memberi impak yang tinggi terhadap perkembangan pemikiran dan jati diri para pelajar.

CARILAH MOTIVATOR@SPEAKER YANG BERKEMAHIRAN TINGGI DALAM MELONJAKKAN POTENSI PELAJAR2 ANDA.

 

Daya pemikiran kritis, kebolehan menyelesaikan masalah, kolaborasi dan kepimpinan, nilai dinamik, keusahawanan, kemahiran komunikasi, analisis, dan sifat ingin tahu. Kesemua elemen-elemen ini, jika dipraktikkan di dalam pembelajaran, ianya pasti akan membuahkan hasil diluar jangkaan. Lebih-lebih lagi jika aktiviti pembelajaran tersebut turut melibatkan elemen-elemen teknologi terkini seperti pengaturcaraan komputer, robotik, dron, dan elemen penciptaan inovasi seperti animasi, game, fotografi, dan sebagainya.

Mana2 sekolah,ipta,ipts dan kolej yang ingin adakan seminar motivasi & pemikiran kritis ,blehlah menjemput saya ditalian 019 4741209 untuk berbincang tentang modul,haro & tempat program.

 

Sekian, Salam Motivasi dan salam Sukses

 

Tn Abd Ghani Yusof
Konsultan Training/motivator/speaker
Dinamika Diri Training & Services
Sg.Petani,Kedah D.Aman
019 4741209

No comments:

PERTENGAHAN TAHUN DAH.EXAM KIAN DEKAT.MOTIVASI MASIH RENDAH?

 ALHAMDULILLAH. HARI INI SUDAH MASUK HARI KE 20 SAMBUTAN AIDIL FITRI DIMANA-MANA TERMASUK SEKOLAH & INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI. 10 HARI ...