FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Sunday, September 22, 2013

SARJANA - MEDAN MELAHIRKAN MODAL INSAN SEIMBANG DUNIA & AKHIRAT





Alhamdulillah..puji & syukur padaMu Tuhan kerana masih lagi terus menyayangi diri ini..Kesihatan,Kudrat dan Keyakinan tinggi yang Engkau telah limpahkan kepada diri ini terus dimanfaatkan untuk mengangkat martabat Ummah & memandaikan bangsaKu.

Semalam,tanggal 22.9.2013( Ahad )  telah berlangsung dengan jayanya Program Motivasi Pecutan Terakhir untuk pelajar-pelajar PMR Sek.Men.Dr.Raja Nazrin Shah ( SARJANA ) Kg.Gajah,Perak.
Program sehari yang mengandungi 3 Slot Utama itu bermula dari 8.30 am sehingga 4.45 petang telah berjaya dilaksanakan dengan penuh komitmen & kerjasama yang cukup cemerlang dari para pelajar SARJANA.

Terasa cukup Puas dihati saya selaku Motivator Jemputan, bila melihat anak-anak pelajar SARJANA begitu yakin,begitu komited dan begitu responsif terhadap apa yang saya sampaikan selama sehari suntuk ! Tahniah buat mereka,ibu bapa mereka,guru-guru mereka & pihak pengurusan SARJANA.

Walaupun seharian bersama mereka,tetapi terlalu singkat dirasakan ruang masa bersama mereka.Masih terasa banyak lagi input-input yang ingin disampaikan dan dikongsikan dengan mereka.Namun apakan daya,masa yang diberi hanya sehari suntuk sahaja.Namun begitu ,diharapkan 3 slot Utama yang membahaskan tentang Kuasa Kehendak,Pengaruh Kemahuan & Keinginan Untuk Berjaya itu mampu melonjakkan motivasi diri mereka untuk memperolehi kejayaan didalam PMR nanti.


Inilah yang saya mahukan dan inilah yang kita semua mahu lihat ! Majoriti anak-anak pelajar SARJANA bijak,yakin,beriman,aktif dan cukup sporting ! Pelajar-pelajar SARJANA ini wajar terus digilap potensi mereka,agar mereka semua mampu menjadi Sumber Modal Insan Berkelas Dunia suatu hari nanti.

InsyaAllah..saya akan terus menantikan peluang untuk bersama mereka lagi !Semoga Allah terus memberi peluang keemasan buat diri saya dan mereka untuk berkongsi tips dan pengalaman dilain2 program pada masa akan datang.

Salam Sukses & Salam Motivasi

Tn.Abd.Ghani binYusof
Pakar Perunding Motivasi Pelajar
Konsultan Jana Insan.
Tel: 019-4741209 @ 04-4246033
Email : fahanie_793@yahoo.com.my
           modid.ghani@yahoo.com

No comments:

JADILAH INFLUENCER YANG TERBAIK BUKAN SETAKAT RAMAI FOLLOWER JER

 ALHAMDULILLAH.. DUNIA IT SEMAKIN CANGGIH DAN SEMAKIN MEREBAK DENGAN CEPAT.KALAU DULU FB JER JADI TUMPUAN.KINI BILA ADA INSTAGRAM DAN AKAUN...