FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Tuesday, December 6, 2011

KOLABORASI BERSAMA JABATAN STATISTIK PULAU PINANG







Alhamdulillah,puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya sekali lagi diri ini diberi kekuatan dan keupayaan untuk mengendalikan Kursus & Seminar Kualiti Kerja buat Warga Jabatan Perangkaan Pulau Pinang.Kali ini saya tidak lagi keseorangan dalam mengendalikan kursus & seminar ini kerana terikat dengan tugas rasmi sebagai Pensyarah di Kolej Matrikulasi Penang.
Alhamdulillah, kali ini saya telah berkolaborasi dengan Tuan Fathi Alias dalam mengendalikan kursus ini yang berlangsung selama 3 hari bermula pada 5 hb Disember 2011 dan berakhir pada 7 hb Disember 2011. Hari Pertama & ketiga,Kursus ini telah dihandle dengan jayanya oleh rakan strategik baru saya iaitu Tuan Fathi Alias.
Saya sendiri mengendalikan kursus ini pada hari kedua ( 6.12.2011 ) . Terdapat 3 slot utama pada hari kedua tersebut : slot 1 : Ceramah Interaktif yang berkisar tentang Pengurusan Perubahan ( Transformation Management )- jam 8.30 - 10.30 am.  Slot 2 : Ceramah Santai & Interaktif berkisar tentang Etika Kerja - jam 11.00 - 1.00 pm . Manakala Slot terakhir pada jam 2.30 - 4.30 pm .Slot ini lebih terarah kepada Team Building Games selama 2 jam yang telah berlangsung dipadang SMK Padang Polo didepan Lokasi Utama Program ( Kompleks Masyarakat Penyayang Pulau Pinang ).
Alhamdulillah,segalanya berjalan lancar. Terimakasih yang tidak terhingga diucapkan pada Pn.Adillah selaku Urusetia yang sudi menjemput,mempercayai,menguruskan dan melayani saya dan Tuan Fathi Alias dengan baik sepanjang kursus ini.Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah juga saya tujukan buat semua peserta kursus yang memang `sporting`,`gila-gila`,`supportive` dan `menghiburkan` .Sambutan dan kerjasama yang Cukup Cemerlang yang telah kalian tunjukkan,memberikan saya semangat baru untuk saya terus berkarya dan menyumbang bakti dalam bidang yang saya cukup minati ini. Moga dilain waktu ,dilain masa,dilain tempat diharapkan kita boleh lagi bekerjasama seperti ini.Insya-Allah.Semoga Allah mempertemukan kita kembali.

Sekian..

Salam Sukses dan Salam Motivasi

Tuan Abd.Ghani
Master Trainer
Konsultan Jana Insan

No comments:

JADILAH INFLUENCER YANG TERBAIK BUKAN SETAKAT RAMAI FOLLOWER JER

 ALHAMDULILLAH.. DUNIA IT SEMAKIN CANGGIH DAN SEMAKIN MEREBAK DENGAN CEPAT.KALAU DULU FB JER JADI TUMPUAN.KINI BILA ADA INSTAGRAM DAN AKAUN...