Monday, January 6, 2014

HUKUMAN BUKANNYA SOLUSI-DIDIKAN & BIMBINGAN SEMPURNA ADALAH SOLUSI



ALHAMDULILLAH ..PUJI & SYUKUR PADA ALLAH SWT YANG MASIH LAGI MEMBERIKAN KEKUATAN,KESIHATAN & UMUR YANG PANJANG BAGI MEMBOLEHKAN KITA SEMUA MENERUSKAN AGENDA HIDUP MASING-MASING. TAHUN 2014 BARU MEMULAKAN LANGKAHNYA..SESI PERSEKOLAHAN SUDAHPUN BERMULA...

MAKA BERMULALAH BUKU BARU & EPISOD BARU BAGI PELAJAR-PELAJAR YANG MENYAMBUNG PENGAJIAN & PELAJARAN MEREKA. BEGITU JUGA DENGAN GURU-GURU YANG BARU SAHAJA MEMULAKAN TUGAS UNTUK SESI BARU 2014. SEMOGA CUTI YANG PANJANG MAMPU MELONJAKKAN MOTIVASI DIRI PARA PELAJAR DAN PARA GURU.

BILA MENYENTUH TENTANG SESI PERSEKOLAHAN,SUDAH PASTI FIKIRAN KITA TERARAH KEPADA KEMAMPUAN PARA PELAJAR UNTUK MENERIMA PELAJARAN DAN DIDIKAN SECARA LANGSUNG DARI PARA GURU. JUGA,BILA BERCERITA TENTANG SESI PERSEKOLAHAN KITA SEMUA PASTI TERFIKIR TENTANG ISU DISIPLIN PELAJAR AKHIR-AKHIR INI YANG AGAK MEROSOT.

BENAR !,BUKAN SEMUA PELAJAR MEMPUNYAI DISIPLIN DIRI YANG `MEROSOT`. HANYA SEBAHAGIAN KECIL SAHAJA YANG BERMASALAH & MEMPUNYAI REKOD DISIPLIN YANG KURANG BAIK. NAMUN YANG `KECIL` & `SEGELINTIR` INILAH YANG MAHU KITA PERBETULKAN DAN PERBAIKI.

SUDAH PASTI PARA GURU MAHUKAN PELAJAR-PELAJARNYA MEMPUNYAI TAHAP DISIPLIN YANG TINGGI,SEKALIGUS MAMPU MELONJAKKAN PRESTASI AKADEMIK MEREKA. MASALAH DISIPLIN BUKAN HANYA MAMPU DIATASI DENGAN HUKUMAN YANG BERAT ! MALAH,HUKUMAN BUKANLAH SATU-SATUNYA JALAN TERBAIK UNTUK MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR TERMASUK MASALAH SIKAP & MASALAH AKHLAK.

PELAJAR-PELAJAR KINI LEBIH `SENANG` ATAU `MUDAH TERIMA` TEGURAN,NASIHAT,BELAIAN DAN PUJUKAN BERBANDING DENGAN HUKUMAN KERAS YANG DIKENAKAN TERHADAP MEREKA.APATAH LAGI UMUR MEREKA PUN SUDAH MENCECAH BELASAN TAHUN.JADI MEREKA MEMPUNYAI TAHAP `RASA MALU` YANG AGAK TINGGI. JIKA HUKUMAN YANG DIJALANKAN BOLEH MEMALUKAN MEREKA,MEREKA PASTI TIDAK BOLEH MENERIMA HUKUMAN YANG BERAT APATAH LAGI HUKUMAN YANG BOLEH MEMALUKAN MEREKA DIHADAPAN RAKAN-RAKAN SEKOLAH.

BAGI SAYA SELAKU PERUNDING MOTIVASI & PENCETUS KEJAYAAN PELAJAR YANG SUDAH LAMA BERGELUMANG DENGAN MASALAH PELAJAR ,HUKUMAN BUKANNYA SATU `SOLUSI` YANG TERBAIK UNTUK MEMPERBAIKI & MERUBAH TAHAP KUALITI DISIPLIN PELAJAR.

DISINI SAYA MENCADANGKAN BEBERAPA PENDEKATAN `BERHIKMAH` UNTUK MEMPERBAIKI TAHAP KUALITI DISIPLIN PELAJAR ,ANTARANYA:

1- BIMBINGLAH PELAJAR KITA DENGAN BAIK SEPERTI KITA MELAYAN ANAK-ANAK SENDIRI
2- TEGURLAH MEREKA SECARA BERHEMAH & PENUH DIPLOMASI AGAR MEREKA MERASA DIRI MEREKA DIHARGAI
3- JANGAN MEMARAHI MEREKA DENGAN NADA YANG CUKUP KERAS 
4- GUNAKAN PENDEKATAN PUJUKAN YANG LEMBUT YANG MAMPU MENYENTUH HATI PELAJAR
5- GUNAKAN SKILL KOMUNIKASI YANG BAIK & LEMBUT
6- HATI-HATI DENGAN PENGGUNAAN BAHASA & ISTILAH YANG DIGUNAKAN AGAR MUDAH DITERIMA OLEH PELAJAR YANG TERLIBAT
7- JANGAN SESEKALI MENGUNGKIT KETURUNAN & ASAL USUL MEREKA
8- JANGAN SESEKALI MERENDAHKAN MARTABAT MEREKA YANG DITEGUR DENGAN CARA MENGHINA & MENCACI MEREKA
9- GUNAKANLAH PENDEKATAN YANG AGAK `DIPLOMASI` AGAR SESI RUNDINGAN MAMPU MENGHASILKAN NATIJAH YANG TERBAIK.
10- LAYANI MEREKA SEPERTI ORANG `DEWASA` YANG SUDAH MATANG DAN PUNYAI PERASAAN YANG CUKUP SENSITIF.

SEMOGA DENGAN SEDIKIT PERKONGSIAN INI MAMPU MEMPERBAIKI TAHAP KUALITI PELAJAR KITA. TUGAS INI ADALAH TUGAS KITA SEMUA ! BUKANNYA TUGAS IBU BAPA SEMATA-MATA. TUGAS INI BUKANNYA TUGAS PARA GURU SEMATA-MATA. TUGAS INI BUKANNYA SEMATA-MATA TUGAS PARA KAUNSELOR SAHAJA ! TUGAS INI JUGA MERUPAKAN TUGAS SAYA SEBAGAI `MOTIVATOR`, `INSPIRATOR`,INSPIROR,PENYUNTIK SEMANGAT & PENCETUS NALURI MULIA PARA PELAJAR. SAYA MENYAHUT CABARAN INI SAMPAI BILA-BILA !

KAMI DI KONSULTAN JANA INSAN,PUNYAI PELBAGAI MODUL YANG MAMPU MERUBAH KUALITI AKHLAK & SAHSIAH PARA PELAJAR DILUAR SANA. JANGAN GIVE UP DAN HANYA MENYERAH SAHAJA DALAM MENANGANI ISU INI. KITA HARUS ,MALAH WAJIB BERUSAHA MEMPERBAIKI KUALITI DIRI PELAJAR-PELAJAR KITA,APATAH LAGI MEREKA SEBANGSA DAN SEAGAMA DENGAN KITA.

AYUH,JANGAN BIARKAN PELAJAR KITA TERUS HANYUT DAN SESAT DALAM DUNIA CIPTAAN MEREKA SENDIRI ! KITA SEGERA PERBAIKI KUALITI MORAL, SAHSIAH DAN PERIBADI MEREKA. SEMOGA DENGAN TERBINANYA KUALITI AKHLAK & MORAL YANG TINGGI MAMPU MELONJAKKAN LAGI PRESTASI AKADEMIK MEREKA.
INI TUGAS KITA ! MAKA,JALANKAN TUGAS KITA SEBAIK MUNGKIN..MUNGKIN DENGAN SEDIKIT SENTUHAN DARIPADA KITA SEMUA ,DISAMPING IRINGAN DOA YANG BERTERUSAN DARI KITA SEMUA,KITA BAKAL MAMPU MELIHAT KUMPULAN PELAJAR-PELAJAR YANG HEBAT BAKAL MUNCUL !

SAYA AKAN TERUS MENYOKONG USAHA KALIAN SEMUA DILUAR SANA DALAM MEMBANGUNKAN POTENSI PELAJAR & ANAK-ANAK REMAJA KITA.

SEKIAN,SALAM SUKSES DAN SALAM CEMERLANG

YANG BERSEDIA MEMIKUL AMANAH

TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
PAKAR MOTIVASI REMAJA
KONSULTAN JANA INSAN
SP,KEDAH.
019-4741209 @ 04-4246033




No comments: