Monday, November 4, 2013

MOTIVASI BASMI KEMISKINAN @ PULAZA : KEMISKINAN BUKAN UNTUK DIWARISI




ALHAMDULILLAH..JEMPUTAN DARI PIHAK PEJABAT TANAH & DAERAH BARAT DAYA PULAU PINANG UNTUK MENGENDALIKAN SEMINAR & BENGKEL `PEMULIHAN KOMUNITI MISKIN` DAERAH BARAT DAYA PULAU PINANG  BERTEMPAT DI PUSAT LATIHAN ZAKAT ( PULAZA ) ,PANTAI ACHEH ,PULAU PINANG TELAH SAYA SEMPURNAKAN DENGAN JAYANYA PADA 2.11.2013.

TAHNIAH SAYA UCAPKAN KEPADA PIHAK PEJABAT TANAH & DAERAH BARAT DAYA PULAU PINANG DIATAS USAHA MURNI MEREKA UNTUK MENYUNTIK SEMANGAT PENDUDUK DAERAH BALIK PULAU YANG DIKATEGORIKAN SEBAGAI MISKIN.KEBANYAKAN MEREKA YANG TERPILIH ADALAH RAKYAT MISKIN BERPENDAPATAN DIBAWAH RM 500 SEBULAN.

SAYA SELAKU PAKAR MOTIVASI & INSPIROR ( KONSULTAN JANA INSAN ) TELAH DIJEMPUT UNTUK MENYUNTIK SEMANGAT MEREKA ( KATEGORI MISKIN ) SUPAYA MEREKA SEMUA SEDAR DAN MAMPU BANGKIT DARI BELENGGU KEMISKINAN.

ALHAMDULILLAH,SAYA CUKUP TERUJA DAN MERASA BERTUAH KERANA DIBERI PELUANG UNTUK BERKONGSI TIPS & RAHSIA UNTUK MENJADI LEBIH HEBAT,LEBIH BERJAYA ,LEBIH CEMERLANG DAN LEBIH BERMAKNA KEHIDUPAN.

SEMOGA KEHADIRAN SAYA DAN CERAMAH SAYA MAMPU UNTUK MEMBANGKITKAN SEMANGAT MEREKA UNTUK KELUAR DARI KEPOMPONG KEMISKINAN. HARAPAN SAYA MEREKA SEMUA ( PESERTA KURSUS ) MAMPU MENGAPLIKASIKAN APA YANG TELAH SAYA SAMPAIKAN.

AKHIRKATA,SAYA BENAR-BENAR MENGHARAPKAN MEREKA SEMUA MAMPU MERAIH KEJAYAAN YANG BERMAKNA PADA TAHUN2 YANG MENDATANG.

`KEMISKINAN BUKAN UNTUK DIWARISI,TETAPI IANYA ADALAH PEMANGKIN KEPADA KEJAYAAN YANG LEBIH BERMAKNA.`

YANG BERSEDIA MENGGERAKKAN POTENSI MANUSIA

TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
PAKAR MOTIVASI DINAMIKA DIRI ( MODID )
KONSULTAN JANA INSAN,SUNGAI PETANI
KEDAH DARUL AMAN
019-4741209 @ 04-4246033


1 comment:

munirah said...

salam tuan..
tuan ada akaun facebook?