Friday, December 27, 2013

2013 KITA TINGGALKAN,2014 KITA CIPTA KEJAYAAN- MODID TERUS HEBAT !


HARI INI ( SABTU ) TANGGAL 28.12.2013..BERMAKNA TINGGAL LAGI 3 HARI SAKI BAKI TAHUN 2013..PEJAM CELIK,PEJAM CELIK TAHUN 2014 BAKAL MENJENGAH KITA TAK LAMA LAGI...TAHUN BARU 2014 KEMBALI MENEMUI KITA..SAMADA KITA BERSEDIA @ TIDAK BERSEDIA MENGHADAPINYA,KITA TERPAKSA MENEMPUHINYA JUGA..RAMAI ORANG TAKUT UNTUK MENGHADAPI TAHUN 2014 KERANA MEREKA BERANGGAPAN TAHUN 2014 ADALAH TAHUN` SUKAR` DENGAN SEGALA KENAIKAN KOS HARGA BARANG,KEHIDUPAN SEMAKIN RUMIT.NAMUN BEGITU,KEHIDUPAN PERLU DITERUSKAN JUGA.

PELBAGAI KENANGAN MANIS TELAH SAYA KECAPI SEPANJANG TAHUN 2013 SEBAGAI SEORANG PAKAR MOTIVASI,MOTIVATOR,TRAINER,SPEAKER DAN INSPIROR .BANYAK KEJAYAAN YANG TELAH SAYA CIPTA DAN KERJASAMA BAIK YANG TIDAK PUTUS-PUTUS DARI PELBAGAI AGENSI SAMADA KERAJAAN,SWASTA,GLC,BADAN BERKANUN DAN NGO TELAH MENYUNTIK SEMANGAT SAYA UNTUK TERUS MENYUMBANG BAKTI KEPADA BANGSA SAYA DAN NEGARA SAYA DALAM TAHUN 2014 NANTI.

UNJURAN YANG TELAH SAYA LAKUKAN PADA TAHUN 2013,TELAH SAYA CAPAI. ALHAMDULILLAH.SYUKUR PADA TUHAN MAHA PEMBERI REZEKI YANG MENGANUGERAHKAN NIKMAT SUARA & AURA YANG MAMPU MEMBANGKITKAN SEMANGAT DAN MOTIVASI KEPADA ORANG LAIN.

TERIMAKASIH YANG TIDAK TERHINGGA SAYA TUJUKAN KEPADA AGENSI2 YANG TELAH SUDI MENJADIKAN MODUL `MODID` KENDALIAN SAYA SEBAGAI ALAT PEMANGKIN PENINGKATAN MOTIVASI BUAT WARGA KERJA MEREKA.

INSYAALLAH,SAYA BAKAL MEMULAKAN KALENDER TRAINING & MOTIVASI SAYA PADA TAHUN 2014 INI SEAWAL TARIKH 4.1.2014 BERSAMA WARGA KERJA PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD ( PNMB ) DI FLAMINGO HOTEL TANJUNG BUNGAH DENGAN TEMA KURSUS ` PENINGKATAN KUALITI DIRI PEMANGKIN KECEMERLANGAN ORGANISASI`.

ANTARA MODUL-MODUL TERBAHARU YANG BAKAL MENJENGAH KLIEN SAYA & BAKAL MENJADI PILIHAN IALAH :

1- BENGKEL PENINGKATAN KUALITI PENYAMPAIAN ( PERFECT SPEAKER & PRESENTER )
2- SEMINAR PENGURUSAN TEKANAN HIDUP & PENGAWALAN KEMARAHAN
3- BENGKEL MENGURUS ANAK BERMASALAH MODUL `MODID`
4- BENGKEL DIAMBANG PERKAHWINAN BUAT BELIA & REMAJA
5- SEMINAR PERSEDIAAN KE ALAM PERSARAAN
6- BENGKEL PENGURUSAN RUMAHTANGGA BAHAGIA ALA `MODID `
7- SEMINAR PENGURUSAN PELAJAR-PELAJAR CEMERLANG
8- BENGKEL PENGURUSAN PEKERJA-PEKERJA BERMASALAH
9- SEMINAR PENINGKATAN KUALITI PERKHIDMATAN SUSULAN
10-SEMINAR PENINGKATAN KUALITI HIDUP BERASASKAN NIKMAT KESIHATAN

INSYAALLAH,JIKA TIADA ARAL MODUL-MODUL INI AKAN DIKETENGAHKAN JIKA MENDAPAT PERMINTAAN DARIPADA PIHAK-PIHAK YANG MEMERLUKAN.

SEMOGA TAHUN 2014 MAMPU MENINGKATKAN MOTIVASI DIRI YANG TINGGI DALAM DIRI KITA.SESUKAR MANA SEKALIPUN LALUAN HIDUP YANG TERPAKSA KITA HADAPI,KEHIDUPAN MESTI DITERUSKAN. MOTIVASI DIRI YANG TINGGI PERLU TERUS KEKAL KONSISTEN DALAM JIWA KITA AGAR KITA MAMPU MENONGKAH ARUS.

SEKIAN,SALAM MOTIVASI DAN SALAM SUKSES


YANG BERSEDIA MENGGEGARKAN TAHUN 2014

TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
MASTER TRAINER/SENIOR SPEAKER
( CEO KONSULTAN JANA INSAN )
SG.PETANI,KEDAH D.AMAN
28.12.2014 - TERATAK FAHANIE
019-4741209 @ 04-4246033



No comments: