FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Friday, March 14, 2014

SUPER WORKERS BERSAMA WARGA PELANTAR MINYAK PETRONAS @ BUKIT GAMBANG RESORT







Alhamdulillah..Puji & Syukur pada Allah SWT yang masih lagi sudi memberikan kekuatan & kudrat kepada saya untuk terus berkarya & berkongsi dipentas Motivasi & Training. Kali ini bersama warga Technicion Operator Platform Minyak Kerteh,Terengganu @ Warga Petronas CariGali Sdn.Bhd.

Perjalanan yang jauh dari kediaman saya di Bandar Puteri Jaya,Sungai Petani menghala ke Bukit Gambang Resort,Kuantan Pahang yang memakan masa selama hampir 7 jam dengan menaiki kenderaan rasmi  saya AGY 568 ( Honda Stream Kesayangan ) rasa berbaloi apabila tempat Training & Kursus yang disediakan penganjur cukup selesa & menyenangkan.

Tanggal tarikh 13.3.2014 ( Khamis ) saya bersama trainer saya Tn .Hj.Omar Farouk telah mengendalikan seminar `SUPER WORKERS : KERJA KITA,WAJAH KITA & IMEJ KITA` dengan jayanya.

Alhamdulillah,sambutan yang diberikan amat memberangsangkan,terutama sekali slot terakhir iaitu slot analisa SWOT. Dalam slot terakhir ini pelbagai luahan hati & perasaan telah diterjemahkan oleh peserta yang terdiri dari warga Operator Pengeluaran Minyak di pelantar.

Antara kandungan pengisian Modul SUPER WORKERS yang saya kendalikan ini ialah :

1- Kerja Kita adalah Imej & Gambar peribadi diri kita
2- Kerja sebagai satu Ibadah
3- Konsep Syukur dalam Bekerja
4- Tips menjadi Pekerja yang SUPER lagi HEBAT
5- Membuat analisa diri dan analisa organisasi

Seminar kendalian saya telah berakhir pada Jam 4.30 petang. Sejurus habis mengendalikan Program tersebut ,saya & Tn,Hj.Omar Farouk tersu bergegas pulang ke Utara. Alhamdulillah,semuanya selamat ! Kami tiba di Sg.Petani pada Jam 10.30 malam.

Hari ini pula ( 15.3.2014 ) saya akan bergegas pula ke Awana Porto Malai yang kini lebih dikenali dengan Resort World Langkawi untuk mengendalikan Bicara Motivasi Pekerja bersama Warga KLCC Projeks Services Sdn.Bhd ( Juga sebuah anak Syarikat Petronas Malaysia ) ,Kuala Lumpur.

Alhamdulillah & terimakasih kepada korporat & GLC yang terus menanam kepercayaan yang tinggi kepada kami di Konsultan Jana Insan yang terus memperjuangkan Modul MODID ( Motivasi Dinamika Diri ). Semoga sumbangan kecil kami ini mampu menggerakkan potensi para pekerja di Malaysia.

Sekian, wassalam.

Salam Motivasi & Salam Sukses

Terus bersedia memikul amanah

Tn.Abd.Ghani bin Yusof
Pakar Motivasi Pekerja
Konsultan Jana Insan,SP
019-4741209 @ 04-4246033



No comments:

JADILAH INFLUENCER YANG TERBAIK BUKAN SETAKAT RAMAI FOLLOWER JER

 ALHAMDULILLAH.. DUNIA IT SEMAKIN CANGGIH DAN SEMAKIN MEREBAK DENGAN CEPAT.KALAU DULU FB JER JADI TUMPUAN.KINI BILA ADA INSTAGRAM DAN AKAUN...