Sunday, March 9, 2014

MISTERI KEHILANGAN PESAWAT MH 370 -ANTARA HARAPAN & PENERIMAAN

PELIK,MISTERI & MENGHAIRANKAN ! ITULAH YANG BOLEH SAYA KATAKAN TENTANG KEHILANGAN PESAWAT MAS BOEING 777 - MH 370 MILIK SYARIKAT PENERBANGAN NEGARA ( MAS ).

HARI INI DAH MASUK HARI KEDUA & MELEPASI TEMPOH 48 JAM SEJAK IA HILANG PADA HARI SABTU YANG LALU.

PELBAGAI ANDAIAN  TELAH DILAKUKAN OLEH PAKAR2 AERONAUTIK,PAKAR PENERBANGAN,PAKAR KRISIS DAN PAKAR KECEMASAN,BEGITU JUGA DENGAN YANG TIDAK PAKAR JUGA MENGAMBIL PELUANG MEMBUAT ANALISA ! SEMUANYA MENUNJUKKAN SIKAP INGIN TAHU,PRIHATIN DAN AMBIL KISAH !
PELBAGAI TEORI2 PELIK MUNCUL ,ANTARANYA :

1- MUNGKIN JATUH TERHEPAS
2- MUNGKIN DIHEMPAS ANGIN @ RIBUT KENCANG
3- MUNGKIN DIRAMPAS OLEH PENJENAYAH
4- MUNGKIN MENGALAMI KEROSAKAN ENJIN
5- MUNGKIN GANGGUAN BURUNG MIGRASI
6- MUNGKIN  ADA `BERMUDA TRIANGLE ` WUJUD DIASIA TENGGARA ( SEPERTI KATA SALAH SEORANG AHLI POLITIK )
7- MUNGKIN BERPATAH BALIK ( KEMANA ? )
8- MUNGKIN ADA KAITAN DENGAN DUNIA `LUAR KEBIASAAN ` ( ALAM GHAIB )

WALAUPUN PELBAGAI ANDAIAN & TEORI MUNCUL SEJAK BERLAKU PADA SABTU LALU,IANYA MASIH LAGI BELUM DIJUMPAI !

DARI SUDUT MOTIVASI,SAYA NAK MENGAJAK SEMUA RAKYAT MALAYSIA MELIHAT PERISTIWA & INSIDEN INI SEBAGAI SATU MEDAN UNTUK MUHASABAH DIRI & MEMBUAT REFLEKSI DIRI :

1- 2 PENUMPANG LUAR MENGGUNAKAN PASPORT ORANG LAIN - SEJAUHMANAKAH KETAT & RIGIDNYA KAWALAN KESELAMATAN DI KLIA ( KHUSUS ) & DI MALAYSIA ( AMNYA )

2- SEJAUHMANAKAH RELEVAN PENGGUNAAN PESAWAT BOEING 777 YANG BERUSIA LEBIH 10 TAHUN UNTUK TERUS DIGUNAKAN !

3- APAKAH PENYELENGGARAAN BERKALA YANG DILAKUKAN TERHADAP PESAWAT - PESAWAT MAS MENCAPAI STANDARD YANG DIKEHENDAKI ANTARABANGSA ?

4- APAKAH SYARIKAT PENERBANGAN MALAYSIA ( MAS ) TERUS RELEVAN DIMASA-MASA MENDATANG ?

5- APAKAH KRITERIA2 PILOT YANG DIBERI AMANAH UNTUK MENERBANGKAN PESAWAT KELUAR NEGARA ?

6- APAKAH KERUGIAN YANG BERTERUSAN MELIBATKAN MAS AKAN TERUS MEMBERIKAN IMPAK KEPADA PENERBANGAN NASIONAL INI ? 

APA PUN YANG BERLAKU ,KITA SEBAGAI HAMBA ALLAH JANGAN BERPUTUS HARAP ! TERUSKAN BERDOA DAN TERUS BERUSAHA MERUNGKAI MISTERI YANG TERUS MEMBELENGGUI DIRI KITA !

JOM ! SAMA-SAMA KITA BERDOA UNTUK WARGA PENUMPANG MH 370 !



No comments: