FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Tuesday, August 7, 2012

PERJUANGAN VS IMPIAN YANG MUSNAH

Alkisahnya..Emas yang dinantikan oleh jutaan rakyat Malaysia,akhirnya kembali semula ke Tembok Besar negeri China yang dibawa pulang oleh panglimanya yang bernama Lin Dan..Rakyat China sudah pasti berbangga dengan prestasi pahlawannya itu..Strategi,taktik,teknik dan skill `peperangan`digelanggang telah berjaya melemahkan musuh tradisi yang berasal dari bumi Malaysia yang bergelar Dato`.China berbangga dengan prestasi atlitnya terutama Lin Dan yang membuktikan keunggulannya sebagai pemain No.1 dunia.
Rakyat malaysia termasuk saya juga berbangga dengan semangat juang dan semangat melawan yang ditunjukkan oleh panglima terbilang kita,Dato`Lee Chong Wei. Walaupun kecundang digelanggang final,tetapi persembahan yang dipamerkan amat memukau..Sedar @ tidak ? Panglima kita,Dato`Lee Chong Wei baru sahaja pulih dari kecederaan yang agak serius..tak sampai 2 bulan,beliau mampu bangkit meneruskan kecemerlangan ..satu demi satu pakar badminton dunia dikalahkannya..hinggalah keperhitungan terakhir melawan pahlawan terbilang China, Lin Dan...Adat perlawanan..adat pertarungan..ada yang kalah & ada yang menang..Yang menang tak semestinya terus menang..yang kalah tak semestinya terus kalah..Disebalik kekalahan,kita sebenarnya ada kemenangan...Dato Lee Chong Wei telah menyatukan semua rakyat Malaysia diatas nama sukan badminton. Biarpun hanya pingat perak yang kita raih,tetapi semangat yang ada terus bernilai `emas`..Lee Chong Wei adalah `emas` & `permata` kita semua ! Hingga kini,kita masih lagi terkial-kial mencari penggantinya ! BAM,MSN,KBS dan Kerajaan Malaysia perlu melakukan sesuatu ! kita perlu lahirkan ramai lagi atlit yang berjiwa `emas` seperti Dato Lee Chong Wei.Biarpun ada suara-suara nakal & sumbang mempertikaikan kekalahan Dato Lee Chong Wei,tetapi secara peribadi saya masih menganggap beliau adalah wira sebenar dan sukar dicari ganti.Beliau adalah atlit `emas` Malaysia..Jiwanya pada malaysia..Semangatnya tetap pada negara tercinta..Patriotiknya dia...Biarlah kita kecundang tetapi kita kecundang dipentas final yang cukup mencabar...Kecundang secara bermaruah..Kita masih boleh terus memasang impian..kerana kita mampu lakukan..Kalau orang lain boleh...kenapa kita tidak boleh ? Jadilah hero kepada diri sendiri,hero kepada masyarakat dan hero kepada negara !
Teruskan `PERJUANGAN` dan lupakanlah `IMPIAN YANG TELAH MUSNAH`...Teruskanlah memasang impian kerana bermula dengan impianlah,kita bakal meraih sejuta kejayaan...Go Malaysia Go..Kita mampu lakukannya...Percayalah pada diri sendiri...Yakin Boleh......

Sekian..

Salam Sukses & Salam Motivasi

yang terus berjuang dimedan motivasi

Tn.Abd.Ghani Yusof
Master Trainer
Konsultan Jana Insan
19 Ramadhan 1433 Hijrah.

No comments:

JADILAH INFLUENCER YANG TERBAIK BUKAN SETAKAT RAMAI FOLLOWER JER

 ALHAMDULILLAH.. DUNIA IT SEMAKIN CANGGIH DAN SEMAKIN MEREBAK DENGAN CEPAT.KALAU DULU FB JER JADI TUMPUAN.KINI BILA ADA INSTAGRAM DAN AKAUN...