FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Friday, August 3, 2012

MOTIVASI MEMANG PERLU & KEPERLUANNYA MEMANG TAK BOLEH DIPERTIKAIKAN...

Bila mengenangkan zaman persekolahan saya dahulu disekitar tahun 70an ( sekolah rendah ),80an ( sekolah menengah ) dan awal 90an ( peringkat tinggi STPM & Universiti ),budaya & trend motivasi ni memang tiada..Kaunselor pun tiada..Pakar Motivasi pun tak pernah ada & tak pernah muncul dikaca TV @ media2 lain.Memang masa tu,keinginan untuk berjaya itu datangnya dari dalam diri sendiri..Jika ada pun dari orang lain,ianya datang dari ibu-bapa kita yang `mencabar` diri kita supaya jadi orang pandai dan merubah hidup kita agar menjadi lebih baik ! Ibubapa kita sememangnya tak mahu kita mengikut jejak langkahnya menjadi seorang petani,nelayan atau kerja2 buruh yang lain.
Contoh yang paling dekat adalah diri saya sendiri . Saya lahir di pendalaman Hulu Terengganu..disebuah perkampungan yang jauh dari kemodenan & pembangunan..tiada pekan besar,tiada bandar besar,tiada kompleks niaga dan tiada kemudahan 2 lain seperti kini. Ayah saya adalah seorang tukang gunting kampungan.pelanggannya hanya masyarakat kampung & warga felda disekitarnya.Adik beradik saya 10 orang kesemuanya.Hanya dengan hasil gunting rambut yang tidak seberapa itulah kami dibesarkan.Emak saya hanyalah seorang surirumah sepenuh masa.Semangat dan motivasi yang diterapkan oleh ibu-bapa kami itulah yang membuatkan kami terus bersemangat untuk berjaya didalam pelajaran.Ketegasan dan kesungguhan ibu-bapa kami mendidik saya adik beradik telah memungkinkan kami adik beradik berjaya dalam pelajaran.
Bagi kami, `AYOH` ( gelaran bapa di Terengganu )adalah sebenar-benar MOTIVATOR yang telah menyuntik semangat dan motivasi untuk kami berjaya dalam pelajaran dan seterusnya berjaya dalam hidup.Alhamdulillah,berkat kesungguhan AYOH dan MOK mendidik kami,kami kini semuanya berjaya.Akhirnya saya sendiri ABD.GHANI BIN YUSOF kini telah lahir sebagai seorang MOTIVATOR yang kini telah mencipta nama diseluruh pelusuk negara,hinggakan menarik minat pihak TV 3 & TV 1 untuk menjemput saya sebagai Perunding Motivasi jemputan dalam program Motivasi Pagi ( TV 3 ) dan Rancangan Generasi Y-Musim Baru ( TV 1 ).Semuanya ini adalah berkat doa mak dan ayah yang sentiasa mendoakan kesejahteraan anaknya !
Bila menyentuh tentang keperluan MOTIVASI, saya dengan seikhlas hati mengatakan bahawa MOTIVASI adalah perlu dan cukup penting dalam menggerakkan potensi sesiapa sahaja termasuklah student,anak-anak,pekerja,para waris & ibubapa,pihak pengurusan sesuatu organisasi..Lahirnya Perunding Motivasi adalah untuk mengggerakkan potensi manusia. So,sama-samalah kita menyokong program Motivasi kerana ianya cukup perlu & amat perlu. Syabas kepada penganjur program latihan & motivasi kerana melihat program sebegini amat penting dan dapat membantu potensi sumber manusia.
Kepentingan Motivasi melangkaui keperluan berikut :
1. Membangunkan Potensi Manusia
2. Menggerakkan Potensi & kemajuan para pelajar,pekerja & sumber manusia yang lain
3. Menggerakkan kemajuan organisasi
4. Memastikan Output sesebuah syarikat meningkat
5. Melonjakkan prestasi syarikat & organisasi
6. Menaikkan graf prestasi peribadi & organisasi
7. Memperbaiki prestasi akademik pelajar
8. Memperbaiki kualiti diri,sahsiah & moral pelajar
9. Meningkat hasil keluaran sesebuah syarikat
10.Melahirkan pekerja-pekerja yang berdaya saing & efisen

Sebenarnya ini hanyalah sebahagian sahaja kepentingan Motivasi,banyak lagi yang belum dijelaskan.Apapun,MOTIVASI dan Latihan adalah amat perlu.Ianya kena diteruskan tanpa mengira masa,kos,budget dan tempat. Rancanglah program Motivasi sebaik mungkin,semoga ianya mampu menggerakkan potensi insan yang berada disekeliling kita.

Salam Motivasi & Salam Sukses

Tn.Abd.Ghani bin Yusof
Konsultan Jana Insan
14 Ramadhan 1433 Hijrah
( 4.8.2012 )

No comments:

JADILAH INFLUENCER YANG TERBAIK BUKAN SETAKAT RAMAI FOLLOWER JER

 ALHAMDULILLAH.. DUNIA IT SEMAKIN CANGGIH DAN SEMAKIN MEREBAK DENGAN CEPAT.KALAU DULU FB JER JADI TUMPUAN.KINI BILA ADA INSTAGRAM DAN AKAUN...