FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Thursday, August 9, 2012

MOTIVASI & FALSAFAH RAMADHAN - SUATU YANG TERLEPAS PANDANG..

Alhamdulillah..puji dan syukur pada Allah SWT kerana masih lagi memberi peluang untuk menneruskan hidup dibumi pinjaman ini. Hari ini tanggal 21 Ramadhan 1433 Hijrah, kita sudah melangkaui 2 fasa ramadhan,yang tinggal kini fasa terakhir iaitu Fasa Pembebasan.

Apakah pengajaran yang telah kita perolehi daripada Ibadah Ramadhan yang telah kita laksanakan selama 21 hari ini ? Apakah didikan yang telah kita lalui sepanjang 21 hari ini ? Adakah kita merasai ada perubahan dalam diri kita ? Apakah telah berlaku `Transformasi Diri` secara maksima & drastik dalam bulan Ramadhan ini ? Kita saja yang mampu untuk menjawabnya ! Kita yang sepatutnya menjawab segala persoalan diatas !

Kepada yang menghayati Ibadah Puasa ini,sudah pasti merasai ada sedikit perubahan dalam diri,kalaupun tidak banyak yang diperolehi,sekurang-kurangnya Ibadah Puasa yang telah kita lalui selama 21 hari ini memberi sedikit peluang untuk berubah & meningkat potensi diri kita !

Samada secara sedar @ tidak,sebenarnya Ibadah Puasa punyai banyak `Falsafah` & `Motivasi` yang terkandung didalamnya . Sebagai seorang Perunding Motivasi,saya ingin melihat & menghuraikan sedikit sebanyak tentang Falsafah Ramadhan diruang yang terhad ini .

Antara Falsafah Ramadhan yang terselit didalamnya nilai Motivasi Diri ialah :

1. Puasa menitikberatkan soal kesungguhan & komitmen- komitmen dan kesungguhan dalam menunaikan arahan & perintah.
2.Puasa mengajar erti taat & kesetiaan - Setia pada Yang Maha Kuasa dan mentaati segala apa yang telah diperturunkan oleh Allah SWT.
3.Puasa membentuk peribadi yang lasak & tahan cabaran - keletihan & kelaparan bukanlah penghalang untuk terus meraih kejayaan dalam bulan Ramadhan ini.
4. Puasa adalah cerminan sifat diri - Orang yang berpuasa akan berusaha menjaga peribadi & tingkah lakunya agar selari dengan tuntutan agama.
5. Puasa adalah medium mencabar kemampuan diri menghadapi segala rintangan,kesusahan,keperitan,ancaman & godaan- orang yang mampu menghadapi semuanya itu adalah Insan yang hebat lagi Cemerlang !
6. Puasa adalah satu bentuk Training & Latihan Intensif membentuk jiwa & moral Insan agar sentiasa menjadi yang terbaik.
7. Puasa adalah satu `lorongan` dan `jalan yang lurus` menuju jalan2 kejayaan samada didunia dan diakhirat.
8. Puasa adalah `latih tubi` untuk menggerakkan nilai-nilai yang baik yang masih terpendam dalam diri insan yang selama ini belum `dikeluarkan` @ `dizahirkan`.
9.Puasa menyerlahkan ketrampilan diri agar menjadi lebih baik,lebih mulia,lebih teratur,lebih tersusun dan lebih `memukau`pada pandangan Sang Pencipta.
10.Puasa medan yang paling baik untuk menilai potensi & kemampuan diri sendiri- gunakan medan Ramadhan ini sebagai `PUSAT` kecemerlangan diri,keluarga,masyarakat dan umat islam seluruhnya,

Janganlah lagi dipersiakan saki baki Ramadhan yang masih lagi tinggal 8 @ 9 hari lagi sebelum 1 Syawal 1433 menjengah kita pada 19.8.2012 ( Ahad ).Manfaatkanlah ruang dan peluang yang tersedia ini untuk terus memperbaiki diri kita.Semoga segala amalan kita selama sebulan ini diterima Allah SWT..Didikan Ramadhan yang kita perolehi ini bakal mampu untuk memperbaiki diri kita agar menjadi yang kebih baik daripada semalam dan hari-hari berikutnya..

Salam Ramadhan & Salam Idul Fitri

Insan Kerdil Disisi Tuhan

Tn.Abd.Ghani bin Yusof
Pakar Motivasi MODID
Konsultan Jana Insan
Sg.Petani,Kedah D.Aman
21 Ramadhan 1433 Hijrah.
019-4741209 @ 04-4246033

No comments:

JADILAH INFLUENCER YANG TERBAIK BUKAN SETAKAT RAMAI FOLLOWER JER

 ALHAMDULILLAH.. DUNIA IT SEMAKIN CANGGIH DAN SEMAKIN MEREBAK DENGAN CEPAT.KALAU DULU FB JER JADI TUMPUAN.KINI BILA ADA INSTAGRAM DAN AKAUN...