Tuesday, May 21, 2013

BERBANGGALAH DENGAN KEBOLEHAN DIRI SENDIRI..INGAT ! BUKAN BANGGA DIRI !

SETIAP DARIPADA KITA PUNYAI KEBOLEHAN,KEISTIMEWAAN,KUALITI DIRI & KEMAMPUAN TERTENTU. MUNGKIN ADA YANG SEDAR & MUNGKIN JUGA ADA YANG TIDAK SEDAR !

MUNGKIN RAMAI DARI KALANGAN KITA MERASA `RENDAH DIRI` & `MALU` UNTUK BERHADAPAN DENGAN ORANG LAIN DENGAN ALASAN TIDAK PUNYAI APA-APA KLEISTIMEWAAN,KEBOLEHAN DAN KEMAMPUAN TERTENTU..TAKUT DITERTAWAKAN..TAKUT TERLIHAT KELEMAHAN..TAKUT TERZAHIR KECACATAN DIRI..
INGATLAH ! SETIAP DARI KITA PUNYAI KEKUATAN & KEISTIMEWAAN..PERCAYALAH PADA DIRI SENDIRI!

JANGAN DILIHAT SANGAT KEPADA KELEMAHAN DIRI KERANA IA BAKAL MENJEJASKAN REPUTASI DIRI DAN MELUNTURKAN MOTIVASI DIRI KITA ! USAH DILIHAT PADA KEGAGALAN & KEKECEWAAN LAMPAU,KERANA `FOKUS` KITA ADALAH UNTUK MENCIPTA KEJAYAAN & KECEMERLANGAN PADA HARI ESOK! KEJAYAAN PADA HARI ESOK ADALAH BERMULA DARIPADA HARI INI.

TINDAKAN KITA,SIKAP KITA & MOTIVASI DIRI KITA HARI INI BAKAL MENENTUKAN KEJAYAAN KITA PADA HARI ESOK !
GALI,CARI & ZAHIRKAN SEGALA POTENSI DIRI..POLISH,GILAP DAN MAKSIMAKAN KELEBIHAN & KEISTIMEWAAN DIRI KITA !

DALAM DUNIA YANG SERBA CANGGIH & DENGAN KONSEP LANGIT TERBUKA INI,KITA MAMPU MENARIK ORANG LAIN UNTUK MELIHAT AKAN KEKUATAN KITA,KEISTIMEWAAN KITA & KEBOLEHAN KITA !

JANGAN LAGI `TUNDUK` PADA KELEMAHAN DIRI KITA ! PERBAIKI KELEMAHAN,KEKURANGAN DAN KEKECEWAAN LAMPAU ! BINA SEMULA KEKUATAN DIRI KITA..CIPTA SEBANYAK MUNGKIN KEJAYAAN UNTUK DIRI SENDIRI,UNTUK KELUARGA,UNTUK KOMUNITI SETEMPAT,UNTUK MASYARAKAT & UNTUK NEGARA !
SETIAP DARIPADA KITA MAMPU UNTUK MENYUMBANG SESUATU YANG CUKUP BERMAKNA UNTUK KEHIDUPAN KITA !

PERCAYALAH ! KITA MESTI `PERCAYA` KEPADA KEMAMPUAN DIRI KITA ! BUKTIKAN BAHAWA KITA SEMEMANGNYA `MAKHLUK TERBAIK` YANG DICIPTAKAN OLEH ALLAH SWT UNTUK MEMAKMURKAN DUNIA INI !

BE YOURSELF ! BE STRONG ! JADILAH `INSAN SUPER` YANG MAMPU BUAT KEJUTAN !

SAYA YAKIN,ANDA YAKIN,SEMUA ORANG YAKIN ! KITA SEMUA PASTI BOLEH !

SALAM MOTIVASI & SALAM SUKSES

TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
CEO KONSULTAN JANA INSAN
SP.
22.5.2013

No comments: