Monday, May 13, 2013

BIAR LUNTUR WARNA BAJU KITA ,JANGAN PULA LUNTUR SEMANGAT & KEKUATAN KITA...



ALHAMDULILLAH...PUJI & SYUKUR PADA ALLAH SWT KERANA MASIH LAGI MEMBERI KEKUATAN,KESIHATAN,PELUANG & REZEKI DALAM BIDANG MOTIVASI & TRAINING YANG CUKUP SAYA CINTAI INI..

ALHAMDULILLAH..SETAKAT BULAN MEI INI SAHAJA SAYA SUDAH HAMPIR MENCECAH 50 JEMPUTAN UNTUK MENGENDALIKAN KURSUS,SEMINAR & LATIHAN SAMADA YANG MELIBATKAN PIHAK SEKOLAH,PIHAK JABATAN KERAJAAN,KEMENTERIAN,SWASTA,NGO,GLC MAHUPUN BADAN BERKANUN..
SAYA MERASA PUAS APABILA MAMPU MEMBUATKAN ORANG LAIN TERUS BERSEMANGAT UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN SAMADA SEBAGAI INSAN BIASA,SEBAGAI PELAJAR,SEBAGAI GURU,SEBAGAI PENTADBIR,SEBAGAI BOS,SEBAGAI PEKERJA,SEBAGAI PEKERJA KUMPULAN SOKONGAN MAHUPUN PIHAK ATASAN HINGGA KE PERINGKAT PENGURUSAN TERTINGGI..

ALLAH SWT TELAH MENGURNIAKAN SAYA DENGAN BAKAT DALAM PIDATO,CERAMAH DAN MAMPU MENARIK ORANG LAIN KEARAH KEBAIKAN..SAYA AMAT BERSYUKUR DENGAN ANUGERAH INI..

INSYAALLAH JIKA TERUS DIIZINKAN ALLAH SWT SAYA TAKKAN BERUNDUR DARI BIDANG YANG SAYA CINTAI INI..BAGI SAYA MOTIVASI PERLU SEPANJANG HAYAT !

SAMA-SAMA KITA MEMPERTINGKATKAN KUALITI DIRI & ORGANISASI KITA,AGAR KITA MAMPU MELANGKAH DENGAN LEBIH JAUH LAGI..

INGATLAH PESANAN INI - `ALLAH AMAT MENYUKAI SESEORANG YANG APABILA IA MELAKUKAN SESUATU KERJA,IA AKAN MELAKUKANNYA SECARA BERSUNGGUH-SUNGGUH`..

SAYA BERSEDIA MEMIKUL AMANAH YANG DILETAKKAN DIBAHU SAYA..INSYAALLAH,SAYA AKAN BERUSAHA MELAKUKAN YANG TERBAIK...

YANG TERUS BERMOTIVASI

TN.ABD.GHANI YUSOF
CEO KONSULTAN JANA INSAN
MASTER TRAINER/SPEAKER/MOTIVATOR/INSPIRATOR
KONSULTAN JANA INSA
SP- 14.5.2013 ( SELASA )


No comments: