Tuesday, January 1, 2013

MUHASABAH DIRI DI AWAL TAHUN BARU 2013

ALHAMDULILLAH..
PUJI & SYUKUR PADAMU ALLAH SWT KERANA MASIH LAGI SUDI MENGASIHI,MENYAYANGI DAN MELIMPAHKAN RAHMAT BUAT HAMBAMU INI..ALHAMDULILLAH SEKALI LAGI DIRI INI MELAFAZKAN SYUKUR KERANA MASIH LAGI DIBERI KESEMPATAN UNTUK TERUS MENIKMATI KEHIDUPAN YANG INDAH DAN BAHAGIA INI. BANYAK KENANGAN MANIS YANG DIKECAPI SEPANJANG TAHUN 2012 YANG LALU.
KINI,TAHUN 2013 MENJENGAH KITA .SEMUA ORANG BERAZAM UNTUK MELAKUKAN TRANSFORMASI,PERUBAHAN & PENAMBAHBAIKAN DALAM HIDUP.TANYALAH KEPADA SESIAPAPUN,SUDAH PASTI MEREKA AKAN BERCAKAP TENTANG AZAM & TEKAD UNTUK TAHUN BARU INI.
KECEMERLANGAN YANG DIMILIKI PADA TAHUN LALU AKAN DITERUSKAN PADA TAHUN INI. SEGALA KEKURANGAN,KEGAGALAN & KEKECEWAAN PADA TAHUN LEPAS AKAN DITEBUS KEMBALI PADA TAHUN INI.ITULAH SEBAHAGIAN TEKAD & AZAM KEBANYAKAN DARIPADA KITA.
SEBENARNYA KITA HANYA PUNYAI 1 HARI SAHAJA DALAM KEHIDUPAN INI .INI PASTI !
HARI SEMALAM,TELAH KITA LALUI DAN KITA TAK BOLEH ULANGINYA KEMBALI. HARI ESOK YANG BAKAL MENJELANG TIBA BELUM TENTU MENJADI MILIK KITA. ADAKAH UMUR KITA PANJANG SEPERTI YANG KITA HARAPKAN ! BELUM TENTU KAN !
JADI,HARI INI,DETIK INI DAN SAAT INI ADALAH SUATU YANG BERHARGA YANG TAK BOLEH KITA PERSIAKAN.KITA KENA GUNAKAN HARI INI DENGAN SEBAIKNYA ,TAKUT-TAKUT KITA AKAN MENYESAL KERANA TAK SEMPAT MELAKUKAN YANG TERBAIK PADA HARI INI.

JOM,SAMA-SAMA KITA MANFAATKAN RUANG,PELUANG & KESEMPATAN YANG TERHIDANG PADA HARI INI BAGI MEMASTIKAN KITA MAMPU MEMPEROLEHI KEJAYAAN YANG GEMILANG PADA TAHUN INI ( 2013 )

SEKIAN,SELAMAT TAHUN BARU 2013 & SALAM SUKSES

YANG MENJEJAKI KEGEMILANGAN

TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
CEO KONSULTAN JANA INSAN
MASTER TRAINER/TRAINER/SPEAKER/SENIOR MOTIVATOR


No comments: