Wednesday, January 9, 2013

CETUSKAN SEMANGAT BARU BUAT PELAJAR -PELAJAR ANDA !


ALHAMDULILLAH..SESI PERSEKOLAHAN & PENGAJIAN TAHUN 2013 SUDAH PUN BERMULA..PARA KAUNSELOR SEKOLAH & IPT SIBUK MENGURUSKAN PROGRAM-PROGRAM BERKUALITI BUAT PELAJAR-PELAJAR MEREKA.

ALHAMDULILLAH,KALENDAR JEMPUTAN CERAMAH MOTIVASI SAYA SUDAH MULA TERISI DAN HAMPIR PENUH. SEKALUNG TAHNIAH BUAT PARA KAUNSELOR,GURU-GURU,BARISAN PENSYARAH UNIVERSITI DAN PIHAK PENGURUSAN SEKOLAH KERAN A BERTUNGKUS LUMUS MEMERAH OTAK MEMIKIRKAN APAKAH JALAN TERBAIK UNTUK MENGGERAKKAN POTENSI PELAJAR-PELAJAR MEREKA.

SEMUA PELAJAR ADA POTENSI UNTUK BERJAYA ! SEMUA PELAJAR ADA POTENSI UNTUK MENCIPTA KECEMERLANGAN.

CUMA KEKADANG MEREKA INI TIDAK DIBIMBING DAN TIDAK DITUNJUKKAN JALAN OLEH ORANG LAIN BAGAIMANA CARA & LANGKAH2 UNTUK BERJAYA ! PASAL TULAH,ADA DIKALANGAN MEREKA YANG HANYA MENDAPAT RESULT SEKADAR CUKUP MAKAN.
SEMUA ORANG PUNYAI PERANAN DALAM MENGGERAKKAN POTENSI YANG ADA PADA PELAJAR-PELAJAR INI !

KAUNSELOR ? YA,SUDAH PASTI..KAUNSELOR PERLU MEMAINKAN PERANAN YANG PENTING DALAM MENGESAN BAKAT,KEBOLEHAN,POTENSI DAN NILAI-NILAI YANG BAIK YANG ADA PADA DIRI PELAJAR TERSEBUT SECARA KHUSUS.

GURU @ PENSYARAH ? YA,SUDAH PASTI - GURU & PENSYARAH YANG BERURUSAN SECARA LANGSUNG DENGAN PARA PELAJAR SUDAH PASTI MAMPU MENILAI KEBOLEHAN DAN KEISTIMEWAAN YANG DIMILIKI OLEH PARA PELAJAR MEREKA !

IBU-BAPA ? YA,SUDAH PASTI ! IBU-BAPA YANG MEMELIHARA,MENJAGA DAN MENDIDIK ANAK-ANAKNYA SEJAK DARI BAYI SEHINGGALAH DEWASA SUDAH PASTI TELAH LAMA DAPAT MENGESAN BAKAT & KEBOLEHAN ANAK-ANAK MEREKA ! IBU-BAPA HARUS SENTIASA MENYUNTIK SEMANGAT ANAK-ANAK MEREKA. JANGAN  SAMBIL LEWA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK !MAINKAN PERANAN SEBAIK MUNGKIN ! INSYA ALLAH,ANAK-ANAK KITA BAKAL CEMERLANG DAN HEBAT MASA DEPANNYA !

MOTIVATOR @ PERUNDING MOTIVASI MACAM SAYA ? YA-SUDAH PASTI & AMAT PASTI..INSAN SEPERTI KAMI INILAH YANG SENTIASA DIBERI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB YANG BESAR LAGI MENCABAR DALAM MENGGERAKKAN POTENSI PELAJAR-PELAJAR DISELURUH MALAYSIA DALAM MEMASTIKAN LEGASI KECEMERLANGAN SEKOLAH @ UNIVERSITI DAPAT DIPERTAHANKAN !KAMI MENYAHUT CABARAN YANG DIBERI OLEH PIHAK SEKOLAH,PIHAK UNIVERSITI DAN AMANAH YANG DIPERTANGGUNGJAWABKAN OLEH BARISAN KAUNSELOR,PENSYARAH & PENGURUSAN SEKOLAH/UNIVERSITI, KAMI BERJANJI AKAN KAMI LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB YANG DIAMANAHKAN DENGAN SEBAIK MUNGKIN...AMIN YA RABBAL ALAMIN.

JOM!.SAMA-SAMA KITA KENAL PASTI POTENSI PARA PELAJAR KITA !JOM !.KITA SAMA-SAMA GERAKKAN POTENSI YANG ADA PADA MEREKA !  KITA JALINKAN KOLABORASI YANG JITU DALAM MISI MENERUSKAN LEGASI KECEMERLANGAN AKADEMIK,KO-AKADEMIK DAN JUGA SAHSIAH MEREKA.

KAMI SEDIA SAHUT CABARAN ! ANDA BAGAIMANA ? TEPUK DADA TANYA NALURI !

SEKIAN, SALAM SUKSES

YANG BERSEDIA MENGGERAKKAN POTENSI MANUSIA

TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
MASTER TRAINER/SPEAKER/SENIOR MOTIVATOR/INSPIRATOR
KONSULTAN JANA INSAN
SG.PETANI,KEDAH D.AMAN
019-4741209 2 04-4246033

No comments: