Sunday, January 13, 2013

JANGAN SEKADAR MERANCANG,SUSULI DENGAN TINDAKAN...

ALHAMDULILLAH..PUJI DAN SYUKUR PADA ALLAH SWT KERANA MASIH LAGI MENGURNIAKAN NIKMAT UMUR YANG PANJANG BUAT KITA SEMUA..SAMADA SIHAT @ TIDAK,BERANI @ PENAKUT,KAYA @ MISKIN,KECIL @ BESAR...PERJALANAN TAHUN 2013 MESTI KITA LALUI DENGAN TABAH,DENGAN YAKIN ,DENGAN KOMITMEN DAN DENGAN SERIBU KEKUATAN.

SEBELUM 2013 MENJENGAH KITA,MASIH-MASING MENANAM AZAM & TEKAD UNTUK MEMPERBAIKI DIRI PADA TAHUN 2013..ADA YANG MENCABAR DIRI AKAN LEBIH BERJAYA PADA TAHUN 2013 MEMANDANGKAN TIDAK BANYAK KEJAYAAN YANG DICAPAI PADA TAHUN SEBELUMNYA !

KEPADA YANG BERTEKAD & BERAZAM UNTUK MEMPERBAIKI DIRI KEARAH YANG LEBIH BAIK SAYA UCAPKAN SYABAS & TAHNIAH ! KEPADA YANG MASIH LAGI BERADA DIDALAM ZON SELESA,SAYA MOHON BUATLAH PERANCANGAN RAPI DALAM MEMPERBAIKI DIRI AGAR MENJADI LEBIH BERJAYA PADA TAHUN-TAHUN BERIKUTNYA !
KEJAYAAN BUKAN SEKADAR SEBUAH UCAPAN..KEJAYAAN BUKAN SEKADAR ANGAN-ANGAN..KEJAYAAN BUKA SEKADAR TEKAD DIHATI..KEJAYAAN BUKAN SEKADAR PERANCANGAN DIRI...KEJAYAAN PERLUKAN `TINDAKAN`..TINDAKAN YANG DIBUAT SUDAH PASTI MEMERLUKAN `KESUNGGUHAN`.

PERANCANGAN YANG DIBUAT PERLU DIBUAT `FOLLOW UP` DENGAN TINDAKAN YANG DRASTIK,TERSUSUN,SISTEMATIK DAN BERKUALITI. APA JUGA PERKARA YANG KITA INGIN BUAT MESTILAH DIMULAKAN DENGAN PERANCANGAN,SETERUSNYA DISUSULI DENGAN TINDAKAN YANG `MANTAP` AGAR PERANCANGAN KITA BERAKHIR DENGAN KEJAYAAN.

BERTINDAKLAH SEKARANG ! INGAT LAH ! KITA PERNAH MELAFAZKAN AZAM & TEKAD UNTUK BERJAYA..MAKA IANYA PERLU DISOKONG & DISOKONG OLEH TINDAKAN YANG BETUL -BETUL `BERKUALITI` BAGI MENGHASILKAN KEPUTUSAN YANG TERBAIK.

 INGAT ! PUT YOUR PLAN INTO ACTION !

SALAM SUKSES & SALAM MOTIVASI

TN.ABD.GHANI YUSOF
MASTER TRAINER/SPEAKER/MOTIVATOR/INSPIRATOR
KONSULTAN JANA INSAN
SG.PETANI,KEDAH DARUL AMAN.

No comments: