Tuesday, January 8, 2013

APA ADA PADA NOMBOR ! NOMBOR MENCERMINKAN PERUBAHAN & ANJAKAN DIRI !


APA ADA PADA ANGKA & NOMBOR ? ADA SESETENGAH ORANG TAK KISAH DENGAN PERUBAHAN USIANYA..KATANYA,`APALAH YANG ADA PADA USIA..HANYA SEKADAR ANGKA ! NO ! ..NOMBOR DAN ANGKA MEMBERI MAKNA YANG CUKUP MENDALAM BUAT DIRI KITA !
ALHAMDULILLAH..TAHUN 2013 DAH MASUK HARI YANG KE 9..MAKNANYA DAH 9 HARI KITA LALUI DALAM TAHUN 2013..SYUKUR & PUJI KEPADA ALLAH SWT, SAYA PANJATKAN KERANA MASIH LAGI SETIA MEMBERI NIKMAT USIA YANG PANJANG BUAT SAYA DAN KELUARGA.

TAHUN NI 2013,UMUR SAYA DAH MENGENJAK MENJADI 45 TAHUN.ITULAH USIA SAYA YANG SEBENARNYA. BUAT APALAH BERSELINDUNG DAN MERAHSIAKAN UMUR ! DENGAN MENGINGATI USIA BERMAKNA KITA MENGINGATI MATI,MENGINGATI NASIB KITA,MENGINGATI PERJALANAN HIDUP KITA,MENGINGATI JATUH BANGUN DIRI KITA DAN KERJAYA KITA.

ALHAMDULILLAH DALAM USIA 45 TAHUN INI PELBAGAI KEJAYAAN TELAH SAYA KECAPI DALAM HIDUP SAYA SAMADA PERIBADI,KELUARGA & KERJAYA.SEMUANYA ITU MEMATANGKAN SAYA.

MANAKALA ANGKA 15 JUGA MEMBERI MAKNA YANG CUKUP ISTIMEWA & BEERTI BUAT SAYA KERANA SEPANJANG 15 TAHUN ITU,SAYA TELAHPUN MELALUI TEMPOH PENGALAMAN YANG PELBAGAI DALAM BIDANG MOTIVASI & TRAINING.

ALHAMDULILLAH PELBAGAI PENGALAMAN PAHIT MANIS YANG TELAH SAYA LALUI.PENGALAMAN YANG PELBAGAI ITULAH TELAH MEMATANGKAN SAYA,MENGUATKAN SAYA & MEMOTIVASIKAN SAYA AGAR MENJADI INSAN YANG LEBIH KUAT,LEBIH HEBAT,LEBIH CEMERLANG DAN LEBIH BERKUALITI PADA MASA-MASA YANG MENDATANG !

MAKA,BUAT SEKELIAN KALINYA...PESANAN SAYA BUAT DIRI SAYA & BUAT SEMUA.. HARGAI ANGKA & HARGAI NOMBOR YANG BERKAIT RAPAT DENGAN HIDUP KITA..NOMBOR ITU MEMATANGKAN KITA..NOMBOR ITU MENYEDARKAN KITA..DAN KENA INGAT ! JANGAN MAIN NOMBOR EKOR ATAU TIKAM NOMBOR..HARAM ! HARAM TETAP HARAM !

KINI SAYA TELAH BERUSIA 45 TAHUN & 15 TAHUN TELAH SAYA JALANI KEHIDUPAN SEBAGAI TRAINER/SPEAKER/INSPIRATOR & MOTIVATOR SECARA FREELANCE.

ALHAMDULILLAH,NAMA SAYA SUDAH CUKUP KUAT DAN CUKUP BESAR DALAM DUNIA TRAINING & MOTIVASI INI.SYUKUR DIATAS NIKMAT TUHAN YANG TAK TERHINGGA INI.


SEKIAN,

SALAM MOTIVASI & SALAM SUKSES

TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
MOTIVATOR/INSPIRATOR/TRAINER/SPEAKER
KONSULTAN JANA INSAN
SG.PETANI,KEDAH D.AMAN.
019-4741209 @ 04-4246033


No comments: