FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Wednesday, February 15, 2023

PEMIMPIN SILIH BERGANTI.YANG MANAKAH PALING BERKUALITI?

 ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

PEMIMPIN NEGARA SERING BERTUKAR.TAHUN LEPAS SAHAJA KITA SUDAH ADA 3 PERDANA MENTERI.KINI PULA KITA MEMPUNYAI PM YANG KE 10 IAITU DATUK SERI ANWAR IBRAHIM YANG MENERAJUI KERAJAAN PERPADUAN.

SIAPA PUN PEMIMPIN KITA,KITA MESTILAH MENGHARGAI PENGORBANAN DAN JASA BAIK MEREKA UNTUK MEMERINTAH NEGARA.



Kita sering mendengar perebutan kuasa untuk menjadi pemimpin dalam sesebuah organisasi,masyarakat dan negara bukan? namun siapakah pemimpin itu sebenarnya dan bagaimanakah pemimpin yang menjadi dambaan & pilihan sesebuah organisasi?

 

Seorang pemimpin perlu mempunyai visi dan misi terhadap organisasi yang dipimpin, menyusun strategi terbaik bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan supaya tercapai apa dirancang.

 


Organisasi memerlukan pemimpin yang cukup berwibawa untuk membawa anak buah mahupun kumpulan yang dipimpin ke arah kejayaan. Lantas, visi dan misi yang jelas perlu diketengahkan dan dibincangkan bersama ahli organisasi supaya mereka dapat menyumbang ke arah kejayaan organisasi.

 

Kejayaan pula bukan sekadar boleh dipertahankan dalam tempoh singkat, contohnya kurang setahun ataupun lima tahun, sebaliknya perlu bertahan bagi tempoh lebih panjang.




Mencari pemimpin begini amat sukar, terutama dalam situasi penuh dugaan dan mencabar kini baik dari sudut ekonomi, politik, budaya, mahupun pendidikan. Lebih-lebih lagi suasana pandemik Covid 19 kini semakin melangkah ke arah fasa endemik.

 

Keadaan sebegini memerlukan pemimpin yang mampu bukan hanya boleh bertahan, malah mampu membawa kumpulan untuk terus berusaha mencipta kejayaan, walaupun dalam keadaan sukar.




Menurut Teori Kualiti Deming, setiap pemimpin berkualiti tentu akhirnya dapat menghasilkan produk mahupun perkhidmatan terbaik kepada sesebuah organisasi mahupun komuniti .

 

Hanya pemimpin@Ketua yang mempunyai kekuatan tahap pemikiran, sifat keperibadian yang tinggi serta menggalakkan semangat kerjasama, dapat mencapai matlamat dihasratkan. Pemimpin juga mestilah sanggup bersama-sama kumpulan membina kemajuan dirancangatau ditetapkan.

 


Deming atau nama penuhnya William Edwards Deming yang juga seorang tokoh pengurusan berkualiti, turut menyatakan seseorang pemimpin yang bagus dan berkualiti tidak hanya diukur daripada tahap kepintaran , tetapi juga dari sudut pemikiran dan ketulusan hati.

 

Mengimbangkan antara sisi emosi dan logik amat penting bagi membolehkan seseorang menjadi pemimpin berkualiti dan terbaik

 


Dalam keadaan kini, pelbagai kehendak pekerja dan pemegang taruh organisasi perlu diberi pertimbangan wajar, bagi mengelak kecelaruan dan ketidakseimbangan organisasi.

 

Lantas, seorang pemimpin perlu bijak mengharungi suasana begini. Pemegang taruh yang saling bergandingan dalam mencapai matlamat juga sudah pasti 'bonus' dan aset kepada organisasi untuk mencapai kejayaan.

 


Kajian psikologi menyatakan personaliti berkualiti seorang pemimpin memungkinkan produktiviti dalam sesebuah organisasi boleh diperolehi.

 

Jika dalam organisasi sesebuah syarikat berorientasikan keuntungan, sudah pasti yang diharapkan adalah menghasilkan pendapatan tinggi. Ia akhirnya memberikan keuntungan bersih kepada syarikat, begitu juga manfaat dari segi insentif atau bonus kepada kakitangan.

 


Deming turut menggambarkan cara penambahbaikan proses bagi mengatasi masalah sesuatu produk. Ia merangkumi usaha reka bentuk lemah kepada lebih sempurna dan bahan salah kepada yang tepat.

 

Namun, memenuhi kehendak pemegang taruh tidak semudah apa yang difikirkan. Setiap manusia tahap kehendak mereka akan berubah dari semasa ke semasa mengikut hiraki kehendak diri.

 


Oleh itu, apa yang pasti, kepemimpinan berkualiti adalah yang terbaik bagi menentukan kejayaan sesebuah organisasi untuk menyajikan sesuatu yang terbaik kepada pemegang taruh.


JIKA ADA MANA2 ORGANISASI YANG NAK JEMPUT KUMPULAN KAMI UNTUK MEMBICARAKAN TENTANG KEPIMPINAN & PENGURUSAN ORGANISASI,BOLEHLAH HUBUNGI KAMI DITALIAN : 019 4741209 UNTUK MENETAPKAN TARIKH,MASA DAN MODUL YANG SESUAI.

INSYAALLAH KAMI AKAN GERAKKAN POTENSI STAF KEPIMPINAN ANDA DENGAN BAIK DAN TERANCANG.KITA MAMPU MEMBINA PASUAN KEPIMPINAN YANG BAIK LAGI BERPRESTASI TINGGI.


SEKIAN SELAMAT MENGURUSKAN PASUKAN & TEAM YANG BAIK


SALAM PASUKAN TERBAIK DARI TEAM YANG TERBAIK



TN SYEIKH GHANI ALGANUNI
MASTER TRAINER/SPEAKER/MOTIVATOR
KONSULTAN JANA INSAN
@DINAMIKA DIRI TRAINING & SERVICES
SG PETANI,KEDAH
019 4741209@0194001209 

No comments:

PERTENGAHAN TAHUN DAH.EXAM KIAN DEKAT.MOTIVASI MASIH RENDAH?

 ALHAMDULILLAH. HARI INI SUDAH MASUK HARI KE 20 SAMBUTAN AIDIL FITRI DIMANA-MANA TERMASUK SEKOLAH & INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI. 10 HARI ...