FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Wednesday, February 8, 2023

BERSIKAP POSITIF DITEMPAT KERJA : BOLEH ATAU TIDAK ?

 ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

SALAM MOTIVASI DAN SALAM SUKSES BUAT SEMUA PEKERJA

WALAU APA PUN KERJA KITA,KITA MESTI TETAP LAKSANAKAN IA SEBAIK MUNGKIN.KERANA IA ADALAH SATU AMANAH TUHAN. TAPI SAMPAI BILA KITA KENA TETAP BERSIKAP POSITIF DITEMPAT KERJA ?

PAKAR MOTIVASI ada berkata,

 

'Anda tidak akan berjaya dan gembira dengan melakukan perkara yang anda sukai. Sebaliknya anda akan cemerlang dan berbahagia apabila anda menyukai perkara yang anda lakukan'.

Persoalannya, adakah sekarang ini anda melakukan pekerjaan yang anda suka atau memang suka melakukan pekerjaan anda ini? Dua persoalan yang hampir sama ayatnya, cuma perbezaan kedudukan akhirnya memberikan maksud yang amat ketara. Bertuahlah jika anda sedang melakukan pekerjaan yang cukup anda suka. 

Bersyukurlah jika anda suka dengan pekerjaan anda sekarang. Lebih beruntung lagi jika anda sedang melakukan pekerjaan yang anda suka dan suka melakukannya. Anda rugi jika anda melakukan pekerjaan yang anda suka tetapi anda tidak suka melakukannya. 

Bertambah rugi lagi jika anda melakukan pekerjaan yang anda tidak suka sama sekali dan tidak suka melakukannya.

Penting! Pekerjaan bukan semata-mata kerja dan untuk dapat gaji. Kerja adalah amanah. Kerja juga bukan sekadar cita-cita tetapi adalah merupakan satu tanggungjawab.

 Apabila anda menerima tawaran sesuatu pekerjaan bererti anda telah memegang amanah dan tanggungjawab untuk melaksanakan pekerjaan tersebut dengan sebaiknya.

 


Berikut ialah lima tips@cara untuk kekal bermotivasi dalam melaksanakan pekerjaan anda:

1. Ikhlaskan niat bekerja

Tanyalah diri kalian, kenapa aku bekerja? Mahu cari duit? Nak sara keluarga? Bosan duduk saja? Pelbagai alasan boleh diberikan. Cuma satu alasan yang betul dan tepat iaitu untuk melaksanakan amanah Allah SWT.

Pekerjaan anda sama ada sebagai guru, kerani, penoreh getah, buruh kasar atau apa juga pekerjaan yang halal di sisi syarak adalah termasuk dalam kategori ibadah. Jika anda niatkan ikhlas kerana melaksanakan amanah Allah, anda akan mendapat pahala dalam setiap apa juga tindakan yang anda lakukan ketika melaksanakan pekerjaan anda.

Amanah Allah itu luas. Sebagai suami, anda berperanan untuk menyara keluarga. Sebagai anak, anda bertanggungjawab membantu ibu bapa. Hanya dengan bekerja, tuntutan tersebut boleh dilaksana. Lantas, perbetulkan niat dan rebutlah pahala daripada-Nya ketika bekerja.


2. Tanamkan minat dan suka bekerja

Tidak semua individu beruntung peroleh pekerjaan yang diidamkan. Kehendak semasa, mendorong individu memohon dan menerima pekerjaan yang tidak pernah diimpikan.

Bersyukurlah sebab anda diberi peluang dengan menanam azam dan semangat dalam diri untuk menyayangi pekerjaan tersebut dan berusaha untuk berikan yang terbaik. Jika minda anda positif, hasilnya juga akan positif.

 


3. Anggap pekerjaan sebagai cabaran untuk diri

Pekerjaan bukan mainan, malah bukan juga bebanan. Jadikan pekerjaan anda sebagai satu medan untuk mencabar keupayaan diri. Mungkin ia bukan bidang anda tetapi bila anda diberi jawatan bererti anda diberi kepercayaan. Lantas, buktikan majikan anda tidak salah meletakkan kepercayaannya kepada anda.

 

4. Tekad untuk jadi lebih baik

Kalau Mat Jenin boleh berangan mahu jadi kaya dan lebih kaya, apakah anda hanya sekadar mahu kekal di takuk lama bertahun lamanya?

Tekadkan azam, jalinkan semangat, sentiasa berusaha dan bertindak agar kedudukan anda bertambah baik dari hari ke hari, tahun ke tahun. Jadikan pekerjaan anda medan persaingan secara sihat agar hidup anda pada masa depan lebih baik.

 


5. Bertindak demi kecemerlangan

Apabila anda punya azam untuk lebih berjaya, susun strategi agar pekerjaan anda menjadi lebih baik dan mendapat pengiktirafan majikan. Bertindak dengan cara yang
baik, dibenarkan syarak dan norma masyarakat

JIKA ADA MANA2 ORGANISASI ATAU AEGNSI YANG MEMERLUKAN MOTIVATOR/SPEAKER/TRAINER UNTUK MENGENDALIKAN PROGRAM KALIAN,BOLEHLAH HUBUNGI TALIAN 019 4741209 UNTUK BERTANYAKAN MODUL,TARIKH,MASA DAN TEMPAT PROGRAM

KITA BERSEDIA MENGENDALIKAN PROGRAM ANDA DENGAN MODUL YANG TERBAIK DAN BAYARAN YANG KOMPETETTIF. JANGAN LUPA CALL/SMS/WHATSAPP KE TALIAN 019 4741209@0194001209 UNTUK MENGATUR PERJALANAN PROGRAM ANDA.

SEKIAN,SELAMAT MENINGKATKAN MOTIVASI DIRI

YANG SENTIASA POSITIF

TN SYEIKH GHANI ALGANUNI
MOTIVATOR/SPEAKER/TRAINER
DINAMIKA DIRI TRAINING & SERVICES
KONSULTAN JANA INSAN
SG.PETANI,KEDAH

No comments:

PERTENGAHAN TAHUN DAH.EXAM KIAN DEKAT.MOTIVASI MASIH RENDAH?

 ALHAMDULILLAH. HARI INI SUDAH MASUK HARI KE 20 SAMBUTAN AIDIL FITRI DIMANA-MANA TERMASUK SEKOLAH & INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI. 10 HARI ...