FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Sunday, February 19, 2023

NILAI MENGHARGAI & DIHARGAI

 ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

SALAM MOTIVASI DAN SALAM SUKSES BUAT SEMUA.

MANUSIA yang ada nilai menghargai akan menyayangi apa sahaja yang dimiliki pada kadar yang ada kewajaran untuk melakukan perkara demikian. Namun pada pokoknya jika ada sifat menghargai akan melihat kurniaan Allah SWT dalam kehidupan ini sebagai anugerah yang amat & cukup perlu disyukuri.

 


Hari ini kita lihat ada orang yang menghina dan merendahkan orang lain termasuk dalam media sosial. Itu sebenarnya perlambangan kepada rendah dirinya orang tersebut.  Pernah diceritakan kisah Muhammad bin Bisyr yang pernah berguru dengan Imam Abu Hanifah dan Imam Sufyan a-Thauri. Setiap kali bertemu dengan salah seorang guru beliau dan bertemu dengan guru yang lain, masing-masing menghargai antara satu sama lain dan meletakkan ulama lain itu tinggi, dipuji dan dihormati.

 

Begitu juga Baginda SAW menunjukkan contoh tauladan yang tinggi dalam menghargai dan memuji orang lain. Baginda bersabda, mafhumnya “Sahabatku ibarat bintang-bintang di langit…”, memberi gelaran “Pedang Allah”, “Singa Allah” kepada sahabat-sahabat Baginda sebagai menghargai mereka. Isterinya Sayyidatina Aisyah RA digelar “Humaira’” . Bahkan Baginda SAW menghargai makluk lain juga seperti binatang-binatang, pedang, dengan memberi nama kepada mereka sebagai menunjukkan penghargaan. Kenapa Nabi SAW mampu memberi penghargaan kepada orang lain? Kerana Baginda SAW sendiri memiliki harga diri yang paling tinggi.



Walaupun Baginda dituduh dengan pelbagai tuduhan seperti  orang gila, ahli sihir, dan lain-lain namun ia tidak melemahkan Baginda SAW dan tidak menjejaskan sedikit pun peribadi Baginda SAW kerana Baginda SAW menyedari siapa Baginda SAW yang sebenarnya.


Begitu juga kita sebagai seorang pemimpin hendaklah sentiasa menghargai orang bawahan kita dan memberikan pujian dan galakan terhadap mereka. Ada ketikanya orang bukan sahaja tidak menghargai orang bawahannya bahkan pekerjaannya sendiri pun tidak dihargai sedangkan di luar sana ramai orang yang tidak memiliki pekerjaan dan menganggur.



 Misalannya, seseorang yang merasa syukur memperolehi pekerjaan, daripada nilai syukur itulah terbit perasaan menghargai terhadap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Lalu ianya akan membuatkan seseorang itu akan bekerja dengan lebih tekun dan bersungguh-sungguh yang akhirnya menjadikan seseorang itu sangat berdedikasi dan punyai akauntabiliti yang tinggi.

 

Namun, bagi orang-orang yang tidak menghargai pekerjaannya dengan kata lain, kurang nilai syukur terhadap rezeki Allah SWT berikan, tidak akan berusaha untuk memperbaiki mutu pekerjaan, bahkan ada juga yang tidak melaksanakan amanah yang diberikan itu sebaik mungkin. Malah belua tidak akan kalsanakan tugasnya dengan baik.Justeru jika memiliki nilai penghargaan yang tinggi terhadap tanggungjawab yang diberikan, seseorang mukmin itu akan melaksanakannya secara bersungguh-sungguh.



Begitu juga jika mempunyai nilai penghargaan yang tinggi kepada diri sendiri. Seseorang mukmin akan menjaga kesihatan tubuh badannya untuk mengelak dari sebarang penyakit yang boleh menjejaskan diri untuk beribadat kepada Allah SWT. Justeru, seseorang mukmin akan menjauhi dirinya dari terjebak dalam sebarang perbuatan yang merosakkan diri sendiri seperti merokok,minum arak & ambil dadah.

 

Namun manusia yang jahil akan ilmu iaitu mempunyai ilmu tetapi tidak beramal juga tergolong sebagai orang-orang yang rugi dan tidak menghargai apa yang dimiliki. Justeru amat penting nilai penghargaan kerana misalannya orang yang mempunyai ilmu pengetahuan tentang agamanya, sekiranya mempunyai penghargaan terhadap ilmunya, mereka akan mengamalkan ilmu iltu melalui perbuatan serta menjalankan dakwah melalui ilmu yang dimiliki itu.Sharing Is Caring  AND Caring is Loving.



Ilmu serta kefahaman terhadap ajaran Islam pastinya akan menjadi pendokong terhadap dakwah islam yang murni. Namun jika tidak menghargai ilmu yang dimiliki dengan cara tidak mengamalkannya dalam kehidupan iaitu tidak dapat diteladani atau dimanfaatkan oleh orang lain ianya tidak akan memberi apa-apa erti yang bermakna.

 


Hakikatnya dalam kehidupan ini apa sahaja usaha dan perbuatan baik yang dibuat, jangan sesekali ianya oleh manusia semata, ini kerana semua manusia jika lemah dan tidak sempurna seperti kita. Setiap keringat yang tumpah jangan diharap untuk dinilai oleh manusia, tetapi jika ada yang menghargai ianya bonus bagi kita, namun jika ada yang tidak memuji tidak perlu merasa susah hati, ini kerana penghargaan yang tertinggi untuk direbut manusia adalah penilaian dari Allah SWT.



jika ada mana2 organisasi yang ingin dapatkan khidmat bakti kami dalam ceramah motivasi & latihan utntuk staf serta kakitangan mereka,bolehlah hubungi kami ditalian 019 4741209 untuk bertanyakan modul,tarikh & tempat yang sesuai untuk dijalankan program.

sekian selamat menghargai diri sendiri & orang lain


Yang sentiasa menghargai insan lain


Tn Abd Ghani Yusof
Master Trainer/Speaker/Motivator
Konsultan Jana Insan & Dinamika Diri Training & Services
Sg.petan,Kedah

019 4741209

No comments:

PERTENGAHAN TAHUN DAH.EXAM KIAN DEKAT.MOTIVASI MASIH RENDAH?

 ALHAMDULILLAH. HARI INI SUDAH MASUK HARI KE 20 SAMBUTAN AIDIL FITRI DIMANA-MANA TERMASUK SEKOLAH & INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI. 10 HARI ...