FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Monday, February 13, 2023

CUTI SEKOLAH: APA AKTIVITI SESUAI UNTUK ANAK2 KITA

 ALHAMDULILLAH..SEMINGGU LAGI CUTI AKHIR TAHUN PERSEKOLAHAN AKAN BERMULA.IBU DAN AYAH MESTI SIBUK & PENING MEMIKIRKAN APAKAH AKTIVITI YANG TERBAIK BUAT ANAK2 KITA

JANGAN PENING KEPALA.BERLAPANG DADA.KITA RANCANG AKTIVITI2 YANG SESUAI DENGAN DIRI KITA.KALAU ADA PELUANG BUATLAH APA YANG SAYA TULIS DAN SAYA RANCANGKAN DISINI YER.INI SEKADAR CADANGAN SAHAJA.JIKA IANYA SESUAI BOLEH TERUSKAN. KALAU TAK SESUAI,BOLEH CUBA AKTIVITI LAIN YANG SESUAI DENGN MASA,

1. MOVIE TIME

Salah satu aktiviti yang menyeronokan dan murah adalah dengan menonton filem bersama anak-anak di rumah. Tak perlu nak beli tiket wayang dan menonton dalam masa yang terhad lagi kerana menonton filem di rumah adalah lebih casual. Bukan itu sahaja, dengan memilih filem yang menjadi kegemaran anak-anak, masa terluang cuti sekolah pun terisi dengan perkara yang menyeronokan. Antara filem yang boleh ditonton adalah Home Alone dan Harry Potter.Bukan setakat Astro,TV 1,TV 2,TV3 kita juga boleh melanggan TV berbayar seperti Nexflix.

 


2.BALIK KAMPUNG JUMPA FAMILI

Menjadi salah satu kemestian apabila tiba musim cuti sekolah adalah balik kampung! Bukan setiap kali hari raya sahaja baru balik kampung tau, cuti sekolah adalah masa yang sangat sesuai untuk mengeratkan hubungan dengan nenek dan datuk di kampung. Tidak memerlukan bajet yang banyak dan menyeronokkan, balik kampung sudah pasti akan menjadi salah satu aktiviti pilihan jika anda tidak pergi melancong.

 


 3. AKTIVITI MEWARNA BERSAMA

Baiklah, masih ada masa lagi untuk anda menghabiskan masa bersama anak-anak di rumah dengan melakukan pelbagai aktiviti bersama. Salah satu yang menjadi pilihan idea untuk anda adalah dengan melakukan aktivti mewarna. Memang anak-anak akan suka dengan aktiviti sebegini. Hal ini kerana, ia bukan sahaja dapat memaparkan kreativiti anak-anak, malah aktivti ini dapat mengeratkan hubungan sesama adik beradik dan keluarga. Bersepah sikit tak mengapa, janji seronok kan?



4. AKTIVITI MEMASAK

Memasak juga boleh dijadikan sebagai aktiviti ‘bajet’ untuk anda luangkan masa bersama anak-anak di rumah. Tak payah pening kepala nak masak apa kerana banyak resipi menarik yang anak-anak akan suka. Barulah aktiviti memasak di rumah tidak menjadi bosan kerana si ibu pasti akan mempunyai banyak pembantu di dapur. Masak pun cepat siap!




5. KAYUH BASIKAL

Bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara keluarga, aktiviti mengayuh basikal juga dapat menyihatkan tubuh badan kita. Ambil masa untuk pergi ke taman permainan atau taman rekreasi dan beriadah di sana. Kalau tidak mahu untuk ke taman rekreasi pun, anda juga boleh melakukan aktiviti mengayuh basikal di kawasan perumahan sahaja. Boleh sambil tegur-tegur jiran



6. AJAK RAKAN-RAKAN ANAK KE RUMAH

Mungkin ada ketikanya yang ibubapa tidak mempunyai masa untuk diluangkan bersama anak-anak dan risau mereka akan bosan berada di rumah. Tapi, jangan risau kerana anda boleh mengajak rakan-rakan kepada anak anda untuk meluangkan masa di rumah. Dengan cara ini, mereka akan mempunyai ‘bonding’ persahabatan yang kuat walaupun tidak berjumpa di sekolah. Tak salah kalau anda sediakan makanan ‘snack’ untuk mereka.



7. MAIN ‘HIDE AND SEEK

Bukan sahaja antara kanak-kanak, permainan hide and seek juga sangat sesuai dimainkan bersama ibubapa. Kalau anda pernah tengok filem Hollywood kan, hide seek memang menjadi pilihan utama ketika bersama keluarga. Permainan yang menyeronokan ini juga dapat meningkatkan kekuatan memori anak-anak dan melatih mereka untuk menjadi lebih peka tau



8. BAWA ANAK KE PASAR

Haa, inilah salah satu aktiviti cuti sekolah yang bermanfaat untuk anak-anak. Bukan sahaja dapat membantu si ibu atau ayah membawa barang, anak-anak juga dapat belajar mengenai barang-barang di pasar. Biasalah kalau dah duduk di bandar, kadang-kadang jenis ikan pun tak kenal kan



9. CUCI MATA DI BANDAR/ NAIK PENGANGKUTAN AWAM

Ini adalah salah satu cara ibubapa di negara Barat luangkan masa bersama anak-anak dengan bersiar-siar di bandar menaiki pengangkutan awam. Kita pun boleh ikut cara ini tambah pula dah ada banyak kemudahan awam seperti MRT,LRT,ETS,BUS & MONORAIL kan? Jadi, luangkan masa dengan anak-anak dengan melakukan aktiviti yang sedikit adventurous ini. Masing2 dengan satu beg galas dan masing2 ada peta@HP yang siapkan perjalanan punya MAP yer.


 


 

JIKA ADA MANA2 SEKOLAH,IPTA,IPTS,SEKTOR KORPORAT,AGENSI SWASTA DAN JABATAN KERAJAAN YANG NAK ANJURKAN PROGRAM TRAINING ATAU MOTIVASI KEKELUARGAAN,BOLEHLAH HUBUNGI KAMI DITALIAN 019 4741209@019 4001209 UNTUK BERTANYAKAN MODUL,PENGISIAN DAN HARI YANG SESUAI UNTUK DIJALANKAN PROGRAM TERSEBUT.INSYAALLAH,PIHAK KAMI DENGAN TANGAN TERBUKA AKAN BERSEDIA MEMBANTU MELANCARKAN PROGRAM KALIAN.INSYAALLAH.AMIN YA RABBAL ALAMIN.


SEKIAN,SALAM CUTI BERSAMA KELUARGA


YANG BERSEDIA MEMBANTU
TN SYEIKH GHANI ALGANUNI
MOTIVATOR/SPEAKER.TRAINER
KONSULTAN JANA INSAN
SG.PETANI,KEDAH
0194741209

No comments:

PERTENGAHAN TAHUN DAH.EXAM KIAN DEKAT.MOTIVASI MASIH RENDAH?

 ALHAMDULILLAH. HARI INI SUDAH MASUK HARI KE 20 SAMBUTAN AIDIL FITRI DIMANA-MANA TERMASUK SEKOLAH & INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI. 10 HARI ...