FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Sunday, January 29, 2023

MUKMIN YANG SEMPURNA IMANNYA

 Mukmin Paling Sempurna Iman 


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا وَخِيَارُهُمْ خِيَارُهُمْ لِنِسَائِهِمْ


Daripada Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: 

Orang-orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya, dan yang terbaik di antara mereka adalah yang terbaik terhadap isteri-isterinya."

 (HR Ahmad No: 7095) Status: Hadis Sahih



Pengajaran:


1.  Akhlak adalah ukuran keimanan seseorang.


2.  Mukmin yang paling sempurna iman adalah yang paling baik akhlak.



3.  Akhlak terpuji dengan saling berkasih sayang, bersifat rahmah sesama insan, tidak menghina, mentohmah dan mengadu domba berkait rapat dengan kesempurnaan iman seseorang.


4.  Lelaki beriman yang terbaik adalah yang paling baik akhlak terhadap isteri mereka.


5.  Berakhlak baik pada isteri berkait rapat dengan tahap iman seseorang.


6.  Berakhlak baik dan berlemah lembut dan penyayang terhadap ahli keluarga termasuk dalam kesempurnaan iman. Hadis Nabi SAW:



عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ مِنْ أَكْمَلِ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا وَأَلْطَفُهُمْ بِأَهْلِهِ


Daripada Aisyah dia berkata, Rasulullah SAW bersabda; "Sesungguhnya termasuk orang yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik akhlaknya, dan paling lembut terhadap keluarganya." (HR Tirmizi No: 2537)


Jadilah orang yang paling baik akhlak dalam kehidupan termasuk dalam berkeluarga untuk menjadi mukmin yang paling sempurna.

JAGALAH IMAN.SEMPURNAKAN AKHLAK.INSYALLAH SYURGA MENANTI


yang mengharapkan redha Allah 


  • Tn Syeikh Ghani Alganuni
  • Motivator/Trainer/Speaker
  • Dinamika Diri Training & Services
  • sg.petani.Kedah
  • 019 4741209

No comments:

PERTENGAHAN TAHUN DAH.EXAM KIAN DEKAT.MOTIVASI MASIH RENDAH?

 ALHAMDULILLAH. HARI INI SUDAH MASUK HARI KE 20 SAMBUTAN AIDIL FITRI DIMANA-MANA TERMASUK SEKOLAH & INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI. 10 HARI ...