FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Thursday, January 26, 2023

AKTIVITI TEAM BUILDING AMAT DIPERLUKAN-KITA SEDIA MEMBANTU

Team building sangat penting dalam pembangunan sesebuah organisasi, samada di peringkat sekolah mahupun di peringkat yang lebih tinggi. Disebabkan inilah selalunya sesebuah organisasi akan sentiasa membawa para pekerja mereka mengikuti program ini sekurang-kurangnya setahun sekali.

Team Building atau  Pengukuhan Pasukan merupakan satu program di mana semua peserta akan dikumpulkan bersama dan dikehendaki melakukan beberapa misi dan aktiviti yang telah diaturkan. Program ini diadakan supaya dapat mewujudkan kesefahaman di antara para peserta@ahli pasukan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak atasan secara bersama.


Melalui aktiviti seumpama ini juga mereka akan dapat belajar bagaimana proses yang perlu mereka lalui untuk mencapai kesepakatan dalam membuat sesuatu keputusan dan bagaimana ingin melahirkan hubungan yang baik samada di antara mereka dengan pihak pengurusan mahupun sesama mereka


Dengan mempunyai hubungan yang baik dalam pasukan, setiap orang peserta akan mampu membina interaksi yang berkesan dalam memajukan serta menggerakkan organisasi mereka dan bekerja seiringan untuk mencapai matlamat  yang telah ditetapkan.



Selain itu, tujuan program ini diadakan adalah bukan sekadar untuk melihat atau menguji tahap semangat berpasukan para peserta malahan  untuk mewujudkan sifat hormat-menghormati dan saling bantu-membantu dalam menyelesaikan aktiviti yang diberikan sepanjang program ini berlangsung. Hal ini akan dipraktikkan apabila mereka masuk bekerja nanti.



Program biasanya akan diadakan di luar dari lingkungan kerja, yang dipilih oleh organisasi di tempat mereka berkhidmat. Biasanya memakan masa beberapa hari dan para peserta perlu bermalam di sana dengan melakukan pelbagai aktiviti yang diatur mengikut visi dan misi sesebuah organisasi

Kebiasaannya selepas program dijalankan, para peserta akan kembali bersemangat untuk kembali bertugas. Ini menunjukkan yang program team building mampu memberi banyak manfaat bukan hanya kepada para peserta malahan kepada organisasi.

Ini juga disebabkan kerana bukan hanya aktiviti indoor sahaja yang terlibat malahan aktiviti outdoor juga dijalankan untuk membawa satu pengalaman baru dalam diri para peserta. Pengalaman ini akan merangsang mereka untuk lebih fokus terhadap kerja mereka nanti.

Kami bersedia membantu mana2 organisasi untuk melaksanakan Indoor Team Building ( dalam dewan ) atau Outdoor Team Building ( luar dewan ) selama sehari atau 2 hari.Bolehlah contact no hp perkhidmatan kami,jika organisasi anda memerlukan khidmat bakti kami.

Tempat dan masa,pengurusan Organisasi anda yang tentukan.kami bekalkan jurulatih & trainer yang terbaik untuk membantu menggerakkan potensi dan kualiti warga kerja Organisasi anda.

selamat menghadiri team building & sama2 mencipta kejayaan 

'yang sentiasa fit untuk team building'

syeikh ghani alganuni

motivator/speaker/trainer

konsultan jana  insan

sg.petani,kedah

019 4741209

No comments:

PERTENGAHAN TAHUN DAH.EXAM KIAN DEKAT.MOTIVASI MASIH RENDAH?

 ALHAMDULILLAH. HARI INI SUDAH MASUK HARI KE 20 SAMBUTAN AIDIL FITRI DIMANA-MANA TERMASUK SEKOLAH & INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI. 10 HARI ...