FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Wednesday, January 18, 2023

MANFAATKAN UMUR YANG PANJANG

 Umur Yang Baik


Setiap orang berhasrat untuk menjadi orang yang terbaik lebih-lebih lagi bagi mereka yang telah lanjut usia. Setiap orang mengharapkan agar sisa-sisa umur yang ada dapat melakukan sesuatu yang baik dan bermanfaat. 


Namun, adakah kita tergolong dalam kalangan orang yang terbaik?



Satu daripada kelompok orang yang terbaik adalah yang panjang umurnya dan baik amalannya.  Hadis Rasulullah SAW:


عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي بَكْرَةَ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ رَجُلًا قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ النَّاسِ خَيْرٌ قَالَ مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَحَسُنَ عَمَلُهُ قَالَ فَأَيُّ النَّاسِ شَرٌّ قَالَ مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَسَاءَ عَمَلُهُ


Daripada Abdurrahman bin Abu Bakrah dari ayahnya, bahawa seorang laki-laki berkata; "Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling baik?" Baginda bersabda: "Orang yang panjang umurnya dan baik amalannya." Tanyanya lagi; "Siapakah manusia yang paling buruk?" Jawab baginda: "Orang yang panjang umurnya dan buruk amalannya." 

(Musnad Ahmad No: 19519) Status: Hadis Sahih


Mukmin yang paling baik ialah yang panjang umurnya serta sentiasa melakukan amal soleh. Dengan sebab umur yang bertambah membolehkannya melakukan amal soleh yang pelbagai dan berterusan.



Umur adalah ibarat modal kepada pedagang. Modal yang banyak akan memberi peluang yang luas untuk dilaburkan dan peluang meraih keuntungan lebih banyak juga cerah. Mensia-siakan modal oleh pedagang suatu yang merugikan. 


Gunakanlah sebaik mungkin modal umur kita, modal kesihatan serta pelbagai nikmat yang dikurniakan Allah sebagai modal untuk melakukan amal soleh. Gunakanlah semua modal yang ada untuk kita meraih pahala khususnya pahala yang berterusan walaupun kita telah meninggal dunia nanti.



Berkata Al Munawi rahimahullah ketika mengulas hadis ini menyebutkan:


 خير الناس من طال عمره وحسن عمله  لان من كثر خيره كلما امتد عمره وكثر أجره وضوعفت درجاته ( وشر الناس من طال عمره وساء عمله ) لان الاوقات كرأس مال التاجر وكلما كان رأس المال كثيرا كان الربح أكثر


“Sebaik-baik manusia adalah yang panjang umurnya dan baik perbuatannya”, kerana barangsiapa yang banyak kebaikannya setiap kali ia bertambah umurnya dan bertambah pahalanya dan ditinggikan kedudukannya, sedangkan “seburuk-buruk manusia adalah yang panjang umurnya dan buruk perbuatannya”, kerana waktu adalah seperti modal seorang pedagang dan setiap kali modalnya banyak, nescaya keuntungan akan lebih banyak.” Lihat kitab At Taisir Bisyarh Al jami’ Ash Shaghir, 1/1071.


Saidina Ali RA lebih menyukai orang yang mati setelah usia lanjut di mana usia yang lanjut digunakan untuk mengenali Allah berbanding kanak-kanak yang meninggal semasa kecil walaupun akan masuk ke syurga tanpa hisab. 

Kata Saidina Ali:


مَوْتُ الإِنْسَانِ بَعْدَ أَنْ كَبِرَ وَعَرَفَ رَبَّهُ خَيْرٌ مِنْ مَوْتِهِ طِفْلا بِلا حِسَابٍ فِي الآخِرَةِ


“Kematian manusia setelah panjang usianya dalam keadaan dia mengenal Allah adalah lebih baik daripada kematian kanak-kanak kecil walaupun (akan ke syurga) tanpa hisab di akhirat kelak.” (disebutkan oleh al-Imam al-Tayyibi)



Namun perlu diingat, hadis di atas juga menyebutkan orang yang paling buruk pula adalah mereka yang diberikan umur yang panjang namun berterusan melakukan amal maksiat dan dosa.


Umur yang lanjut tetap ada kebaikannya. Nabi SAW bersabda:


 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَتَمَنَّى أَحَدُكُمْ الْمَوْتَ إِمَّا مُحْسِنًا فَلَعَلَّهُ يَزْدَادُ وَإِمَّا مُسِيئًا فَلَعَلَّهُ يَسْتَعْتِبُ 

 

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah salah seorang daripada kamu mengharapkan kematian kerana jika dia seorang yang berbuat baik, maka barangkali kebaikannya akan bertambah. Jika dia adalah seorang yang suka berbuat kejahatan pula, barangkali dia akan berubah (bertaubat).” (HR Bukhari No: 7235)



Semoga umur yang Allah kurniakan pada kita sentiasa digunakan sebaik mungkin untuk mendekatkan diri kepada Allah melalui pelbagai amal soleh khususnya amal yang menjadi fixed deposit berterusan walaupun setelah kita meninggal dunia.


MENGHARAP UMUR YANG PANJANG


SYEIKH GHANI AL GANUNI

MOTIVATOR/TRAINER/SPEAKER

KONSULTAN JANA INSAN

SG.PETANI,KEDAH

019 4741209 


No comments:

PERTENGAHAN TAHUN DAH.EXAM KIAN DEKAT.MOTIVASI MASIH RENDAH?

 ALHAMDULILLAH. HARI INI SUDAH MASUK HARI KE 20 SAMBUTAN AIDIL FITRI DIMANA-MANA TERMASUK SEKOLAH & INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI. 10 HARI ...