Tuesday, April 21, 2015

SEMINAR KECEMERLANGAN PT 3 & SPM SM IMTIAZ YT KEMAMAN








 
ALHAMDULILLAH,TANGGAL TARIKH 17.4.2015 ( JUMAAT ) YANG LALU ,SAYA BERSAMA TN.HJ.OMAR FAROUK TELAH TIBA DIBUMI BANDAR AL MUKTAFI BILLAH SHAH YANG DAHULUNYA DIKENALI SEBAGAI DURIAN MAS,DALAM DAERAH DUNGUN BERSEMPADANAN DENGAN KEMAMAN & BUKIT BESI.

PERJALANAN YANG PANJANG SELAMA 8 JAM,AKHIRNYA TIBA JUA DIDESTINASI YANG DITUJU PADA JAM 8.30 MALAM. KAMI BERMALAM SEKETIKA ,MELEPASKAN PENAT LELAH BERMUSAFIR DI HOTEL RTC. SATU-SATUNYA HOTEL YANG AGAK `SELESA` DIBUMI AL MUKTAFI BILLAH SHAH.

KEESOKAN HARINYA ( SABTU - 18.4.2015 ),SEPERTI DIJADUALKAN,KAMI BERDUA MENGENDALIKAN SEMINAR KECEMERLANGAN  SPM PELAJAR IMTIAZ YT KEMAMAN SELAMA SETENGAH HARI. INILAH BAKAL CALON SULUNG SPM 2015 BAGI SM IMTIAZ KEMAMAN.

SELAMA 4 JAM MENGENDALIKAN SEMINAR TERSEBUT,BANYAK YANG TELAH KAMI KONGSIKAN ANTARANYA :

1- RESEPI KEJAYAAN PELAJAR KLUSTER
2- KAEDAH BELAJAR YANG SISTEMATIK DAN EFISEN BUAT PELAJAR HEBAT
3-TIPS MENGURUSKAN MASA DAN MENGURUSKAN KENDIRI
4-BAGAIMANA MENCIPTA PELUANG UNTUK MERAIH KEJAYAAN
5-BANGKIT DARI KESILAPAN DAN KELEMAHAN LALU
6-STRATEGI BERKESAN UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN PENTING

ALHAMDULILLAH,RESPON YANG DIBERIKAN OLEH PELAJAR CUKUP HEBAT DAN MEMBERANGSANGKAN. SEMOGA MEREKA SEMUA MAMPU MENYERAP APA JUA TIPS2 ATAU ILMU KECEMERLANGAN YANG TELAH KAMI KONGSIKAN SELAMA SETENGAH HARI.

SAYA DOAKAN SEMOGA SEMUA CALON SULUNG SPM SM IMTIAZ YT KEMAMAN INI BAKAL MENCIPTA KEJUTAN DAN KEJAYAAN DALAM SPM 2015 NANTI,INSYAALLAH.AMIN YA RABBAL ALAMIN


SEKIAN, SALAM MOTIVASI DAN SALAM SUKSES

YANG BERSEDIA MEMIKUL AMANAH

TN.ABD.GHANI YUSOF
MASTER TRAINER/SENIOR SPEAKER
KONSULTAN JANA INSAN
SG.PETANI,KEDAH
019-4741209

No comments: