Tuesday, April 21, 2015

BERKONGSI ILMU DENGAN 179 PELAJAR CALON UPSR TAJAAN TNB ( PINTAR FOUNDATION )










 
ALHAMDULILLAH,SETELAH SELESAI BERPROGRAM SELAMA SETENGAH HARI ( 8.30 -1.00 PM ) DI SM IMTIAZ YT KEMAMAN,KAMI BERDUA MEMECUT LAJU MENYUSURI LEBUHRAYA PANTAI TIMUR ( LPT ) BERGEGAS KE HOTEL GRAND CONTINENTAL KUALA TERENGGANU UNTUK BERSAMA PARA PEMBIMBING RAKAN SISWA ( PRS ) UNITEN BANGI DAN 179 PELAJAR SEKOLAH RENDAH TAJAAN TNB.

KESEMUA PELAJAR INI ( 179 PELAJAR ) ADALAH DARI 5 BUAH SEKOLAH ANGKAT TNB DALAM PROGRAM PINTAR. ALHAMDULILLAH ,KAMI TELAH DIBERI PELUANG UNTUK MEMOTIVASIKAN PELAJAR-PELAJAR CALON UPSR 2015 INI.

BERMULA JAM 3.30 PETANG DAN BERAKHIR PADA JAM 5.45 PETANG PADA HARI YANG SAMA ( SABTU : 18.4.2015 ). SERONOK KAMI RASAKAN BILA DAPAT BERKONGSI DENGAN PARA PELAJAR YANG CUKUP KELETAH DAN TERLALU AKTIF.

NAMUN DENGAN KEMAHIRAN PROFESIONAL MENGENDALIKAN AUDIENS YANG DIMILIKI TELAH DIGUNAKAN SEPENUHNYA UNTUK MEMIKAT DAN HANDLE PELAJAR2 INI UNTUK TERUS FOKUS KEPADA APA YANG KAMI SAMPAIKAN.

SELAIN CERAMAH SANTAI YANG MENARIK DAN HIGH IMPACT,SLOT INI JUGA DISELANG SELI DENGAN PELBAGAI AKTIVITI MENARIK YANG MAMPU MENGAWAL SUASANA DAN MAMPU MEMIKAT PELAJAR2 TERSEBUT,ANTARANYA:

1- AKTIVITI KUDA & KOBOI
2- AKTIVITI MENCERAP MASA DEPAN
3- AKTIVITI MENJEJAK PUNCAK
4- AKTIVITI NYANYIAN LAGU MOTIVASI

SEMOGA ANAK-ANAK PELAJAR INI TERUS MAMPU MENCIPTA KEJAYAAN DAN MELONJAKKAN PRESTASI SEKOLAH MASING-MASING.


SEKIAN,SALAM SUKSES DAN SALAM KECEMERLANGAN

YANG BERSEDIA MEMIKUL AMANAH

TN.ABD.GHANI YUSOF
MASTER TRAINER / SENIOR SPEAKER
KONSULTAN JANA INSAN
SG.PETANI
019-4741209




No comments: