Sunday, September 14, 2014

KEM SKOR A DAERAH SIK,KEDAH - SAYA IMPIKAN KEJAYAAN ( S.I.K )




SEMALAM TANGGAL 14.9.2014 BERTEMPAT DI DEWAN SRI GEMILANG KOLEJ KEDA,RIMBA TAQWA,SIK ,KEDAH BERLANGSUNG SATU SESI MOTIVASI KENDALIAN SAYA YANG BERTEMAKAN S.I.K - `SAYA IMPIKAN KEJAYAAN` SEMPENA BENGKEL SKOR A BAGI PELAJAR LUAR BANDAR KENDALIAN KELAB ANAK-ANAK SIK DENGAN KERJASAMA EXCO PEMBANGUNAN LUAR BANDAR, DATUK TAJUDDIN ABDULLAH
( ADUN BELANTIK ).

TABIK SPRING BUAT KELAB ANAK-ANAK SIK & EXCO PEMBANGUNAN LUAR BANDAR ,DATUK TAJUDDIN ABDULLAH YANG BEGITU SERIUS,PENUH KOMITMEN & JITU DALAM MEREALISASIKAN  BENGKEL SKOR ` A ` INI MENJADI KENYATAAN.

SEBANYAK 9 BUAH SEKOLAH DAERAH SIK YANG TERLIBAT DALAM PROGRAM INI .SETIAP BUAH SEKOLAH DIKEHENDAKI MENGHANTAR SERAMAI 18 ORANG PELAJAR YANG CEMERLANG & TERBAIK SEBAGAI WAKIL SEKOLAH DALAM PENYERTAAN SKOR
 ` A ` INI.

SEBENARNYA PROGRAM BERLANGSUNG SELAMA 3 HARI 2 MALAM YANG DIPENUHI DENGAN AKTIVITI-AKTIVITI CERAMAH,LDK,TEKNIK MENJAWAB DAN SESI PERKONGSIAN IDEA DENGAN TETAMU/PENCERAMAH.

SEMALAM ( 14.9.2014 - AHAD ),  SELEPAS MAJLIS PERASMIAN YANG DISEMPURNAKAN SENDIRI OLEH DATUK TAJUDDIN,SELAKU ANAK KELAHIRAN SIK & SELAKU ADUN BELANTIK PADA JAM 1O.30 PAGI, TIBALAH SESI KEMUNCAK BENGKEL SKOR `A ` IAITU SESI CERAMAH MOTIVASI KENDALIAN SAYA YANG BERTAJUK ` SAYA IMPIKAN KEJAYAAN` ( AKRONIM DARI S.I.K ) SEMPENA DENGAN NAMA DAERAH SIK,KEDAH.SEMOGA SEGALA PESANAN SAYA SELAMA 2 JAM LEBIH ITU MAMPU MERESAP KEDALAM JIWA PELAJAR @ PESERTA YANG TERLIBAT.INSYAALLAH AMIN.

SEMOGA KELAB ANAK-ANAK SIK & DATUK TAJUDDIN TERUS KONSISTEN MENGENDALIKAN PROGRAM-PROGRAM YANG BERIMPAK TINGGI SEPERTI BENGKEL SKOR `A ` INI PADA MASA-MASA AKAN DATANG.

SALAM MOTIVASI & SALAM SUKSES

TN.ABD.GHANI YUSOF
PAKAR MOTIVASI PELAJAR & PENCETUS MOTIVASI DIRI INSAN
SENIOR CONSULTANT/SENIOR SPEAKER
KONSULTAN JANA INSAN
SG.PETANI,KEDAH.

No comments: