Saturday, September 27, 2014

BENGKEL SKILL KOMUNIKASI & KEMAHIRAN PERGAULAN DITEMPAT KERJA - UITM PERLIS




SEMALAM TANGGAL 27.9.2014 BERTEMPAT DI BILIK LATIHAN UTAMA UITM CAWANGAN ARAU,PERLIS BERLANGSUNG SEMINAR KEMAHIRAN KOMUNIKASI & PERGAULAN EFEKTIF DI TEMPAT KERJA . SERAMAI 40 ORANG PESERTA TELAH HADIR & MEMBERIKAN KOMITMEN YANG PADU SEBAGAI SEORANG PESERTA.

TURUT HADIR TIMBALAN REKTOR AKADEMIK UITM PERMATANG PAUH & SEORANG TOKOH PERSONALITI TV YANG TIDAK ASING LAGI IAITU PROFESOR IZZUDIN YANG LEBIH DIKENALI DENGAN NAMA PROF IZI YANG SERING MUNCUL DIKACA TV. MEREKA BERDUA TURUT MENJADI PESERTA VIP SAYA.

PROGRAM INI ADALAH DENGAN USAHA PUSAT KEBUDAYAAN UITM PERLIS DENGA KERJASAMA BAHAGIAN AKADEMIK BAGI MENGISI JADUAL LATIHAN YANG BELUM  LENGKAP SELAMA 56 JAM.

SAYA TELAH MENYAMPAIKAN BEBERAPA MODUL DALAM SEMINAR TERSEBUT,ANTARANYA :

1- SKILL KOMUNIKASI - INTERPERSONAL & INTRAPERSONAL
2- RUANG LINGKUP KOMUNIKASI & KEPENTINGAN KOMUNIKASI
3- KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI MENGIKUT TEMA,MASA,SUASANA & TEMPAT
4- KAEDAH BERKOMUNIKASI SECARA EFEKTIF
5- KEWAJIPAN MENJAGA HUBUNGAN SESAMA MANUSIA.

SEMINAR TERSEBUT BUKAN SAHAJA BERBENTUK CERAMAH SANTAI,TETAPI IA JUGA MELIBATKAN BEBERAPA AKTIVITI SANTAI YANG MEMERLUKAN `AMALI KOMUNIKASI` SESAMA PESERTA.

SEMOGA APA YANG DISAMPAIKAN MAMPU MELONJAKKAN LAGI KUALITI KOMUNIKASI PARA STAF UITM SELURUH MALAYSIA YANG TURUT HADIR SEPERTI PESERTA DARI UITM CAWANGAN KEDAH,UITM CAWANGAN MELAKA,UITM PUNCAK ALAM & UITM SHAH ALAM.

SEKIAN,SALAM SUKSES & SALAM MOTIVASI

YANG SENTIASA BERMOTIVASI

TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
PERUNDING MOTIVASI & SENIOR SPEAKER
KONSULTAN JANA INSAN
SUNGAI PETANI KEDAH
019-4741209 @ 04-4246033

No comments: