FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Tuesday, April 2, 2013

KENA BIJAK DALAM BERFIKIR, MERANCANG & BERTINDAK ...RESULT PASTI `DE BOMB`

ALHAMDULILLAH...

Puji & Syukur kita panjatkan kepada Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya maka kita masih lagi diberikan peluang untuk terus merasi nikmat hidup diatas muka bumi CiptaanNya yang tiada tolok bandingnya ini !

Ingatlah ! bahawa kita sebagai manusia adalah KHALIFAH @ PEMIMPIN @ LEADER diatas muka bumi ini ! Manusia punyai pelbagai keistimewaan berbanding makhluk lain..Atas sebab itulah manusia telah diberi pengiktirafan oleh Allah SWT untuk memimpin dunia..seterusnya memakmurkan dunia ini mengikut acuan yang dibenarkan oleh Allah dan bertepatan dengan syariatNya !

Dalam melakukan sebarang tindakan , kita perlukan perancangan yang rapi & teliti !Perancangan bermula dengan pemikiran yang kritis dan matang ! Perancangan yang rapi amat diperlukan bagi memastikan setiap apa yang kita inginkan mencapai objektifnya !Perancangan yang rapi bermula dengan NIAT dan PEMIKIRAN yang positif.

Niat dan Pemikiran yang positif adalah penggerak kepada kejayaan sesuatu perancangan yang telah dibuat terlebih awal !Bagi memastikan sesuatu perancangan yang dilakukan terus mencapai objektifnya ,kita perlukan penelitian dan FOKUS yang tinggi !

Memang ! FOKUS yang tinggi amat diperlukan untuk memastikan setiap tindakan dan amalan yang dilakukan mampu menghasilkan natijah yang baik dan berkesan !

FOKUS atau TUMPUAN yang tinggi terhadap apa yang kita lakukan perlu didokong oleh tindakan susulan yang CEPAT,DRASTIK dan mengikut jadual ! Program yang dilakukan jika mengikut jadual secara terancang dan bersistematik akan mampu menghasilkan keputusan yang baik dan berkesan !

BERFIKIR lah secara KRITIS,SISTEMATIK dan ANALITIK bagi memastikan segala kerja kita mampu mencapai obejktif yang diharapkan !

JOM ! sama-sama kita semarakkan PEMIKIRAN KRITIS,KREATIF dan STRATEGIK THINKING bagi memastikan segala usaha keras kita selama ini mampu menghasilkan natijah yang baik dan berkesan !

Salam Motivasi & Salam Sukses

Tn.Abd.Ghani bin Yusof
CEO Konsultan Jana Insan
3.4.2013

No comments:

JADILAH INFLUENCER YANG TERBAIK BUKAN SETAKAT RAMAI FOLLOWER JER

 ALHAMDULILLAH.. DUNIA IT SEMAKIN CANGGIH DAN SEMAKIN MEREBAK DENGAN CEPAT.KALAU DULU FB JER JADI TUMPUAN.KINI BILA ADA INSTAGRAM DAN AKAUN...