Thursday, December 20, 2012

KEMBALI SEMULA KE SEKOLAH ! - BERSEMANGAT @ SEBALIKNYA ?

CUTI PERSEKOLAHAN AKHIR TAHUN 2012 AKAN MELABUHKAN TIRAINYA SEMINGGU LAGI..PARA IBU-BAPA KINI SIBUK MENYIAPKAN KELENGKAPAN PERSEKOLAHAN ANAK MEREKA MENGIKUT KEMAMPUAN MASING-MASING.BAGI YANG KAYA & BERADA SERTA BERKEMAMPUAN AKAN MEMBELI SEGALA KELENGKAPAN BARU UNTUK ANAK-ANAK MEREKA ! BAGI YANG KURANG BERKEMAMPUAN PULA,PAKAIAN LAMA & KELENGKAPAN YANG SEDIA AKAN DIGUNA SEMULA UNTUK SESI PERSEKOLAHAN 2013 NANTI.

BAGI GURU-GURU PULA,MASA INILAH WAKTU YANG PALING SIBUK BUAT MEREKA .HADIRI MESYUARAT KALI PERTAMA,SEDIAKAN JADUAL WAKTU UNTUK 2013,BUAT PERANCANGAN AKTIVITI UNTUK TAHUN 2013 DAN BERMACAM-MACAM LAGI AKTIVITI SEBAGAI PERSEDIAAN MENGHADAPI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2013.

BAGI ANAK-ANAK PELAJAR PULA,MASIH RAMAI YANG SERONOK BERCUTI DAN LEKA BERMAIN.
PERSOALAN YANG TIMBUL DIFIKIRAN KITA SEMUA,APAKAH MEREKA SUDAH BERSEDIA UNTUK KEMBALI SEMULA KEALAM PERSEKOLAHAN BAGI MENERUSKAN AGENDA MEMPERKASAKAN AKADEMIK,AKHLAK,KO-KURIKULUM DAN MEMBINA SAHSIAH MEREKA ?

APAPUN PERSEDIAAN MEREKA,KITA SEBAGAI IBU-BAPA HARUS MENGAMBIL LANGKAH-LANGKAH BERIKUT UNTUK MENGEMBALIKAN SEMULA `MOOD` DAN `ROH` PERSEKOLAHAN ANAK-ANAK KITA :

1- HENTIKAN SEMENTARA AKTIVITI CUTI MEREKA DIMINGGU TERAKHIR CUTI PERSEKOLAHAN INI BAGI MENUMPUKAN PERHATIAN KEPADA SESI PERSEKOLAHAN YANG BAKAL BERMULA PADA 2.1.2013 NANTI.

2. SEMARAKKAN DALAM JIWA ANAK-ANAK TENTANG BUDAYA MEMBACA & BUDAYA MENGULANGKAJI SUBJEK2 YANG DIPELAJARI PADA TAHUN LEPAS.

3. MENYEDARKAN ANAK-ANAK BAHAWA CUTI SUDAH BERAKHIR..SEDARKAN MEREKA TENTANG TANGGUNGJAWAB RUTIN MEREKA SEBAGAI PELAJAR SEKOLAH BAKAL BERMULA.

4. GERAKKAN SEMANGAT ANAK-ANAK UNTUK BUAT PERSEDIAAN UNTUK KEMBALI SEMULA KESEKOLAH DENGAN MENYUSUN KEMBALI BUKU-BUKU & SEGALA KEPERLUAN KESEKOLAH.

5.BIASAKAN SEMULA ANAK-ANAK BANGUN AWAL PAGI SEBAGAI LATIHAN UNTUK KEMBALI SEMULA KESEKOLAH SUPAYA MUDAH SEGALA PERGERAKAN NANTI.

6. SEDARKAN ANAK-ANAK TENTANG PERI PENTINGNYA KUALITI DIRI MELALUI KEJAYAAN DALAM PENDIDIKAN.

SEBENARNYA BANYAK LAGI PERINGATAN2 LAIN YANG BOLEH KITA SAMPAIKAN PADA ANAK-ANAK SEBAGAI PERSEDIAAN UNTUK KEMBALI SEMULA KESEKOLAH BAGI SESI 2013.

SEMOGA PARA IBU-BAPA,GURU & GURU DAN PARA PELAJAR AKAN MENGAMBIL TINDAKAN YANG SEWAJARNYA BAGI MENGEKALKAN MOMENTUM DIRI UNTUK MENGHADAPI SESI PERSEKOLAHAN 2013 NANTI.

SEKIAN,SELAMAT KEMBALI SEMULA KESEKOLAH !

TN.ABD.GHANI YUSOF
CEO KONSULTAN JANA INSAN
( BEKAS GURU KANAN KEMANUSIAAN )


No comments: