FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Tuesday, December 4, 2012

2013 - MAKIN CEMERLANG @ DITAKUK LAMA ?

Bulan Disember mula bertamu ! minggu pertama Disember juga bakal berlalu ! tinggal lagi 3 minggu berada di bulan Disember dan berada ditahun 2012 ! 2012 bakal kita tinggalkan. Banyak kenangan pahit ,manis yang telah kita lalui ! Prestasi kita ditahun 2012 perlu dibuat penilaian yang sewajarnya ! Sila senaraikan apakah kejayaan-kejayaan yang telah kita capai sepanjang tahun 2012 . Juga cuba fikir & kenangkan kembali apakah kelemahan,kegagalan dan kekecewaan yang telah kita lamai ditahun 2012 yang bakal kita tinggalkan ini !

2013 bakal menjengah kita tidak lama nanti ! Apakah perancangan & target peribadi yang perlu dicapai pada tahun 2013 nanti ! perancangan perlu dibuat terlebih awal bagi memastikan kita akan terus meraih kejayaan-kejayaan yang lebih cemerlang !

Secara peribadi,saya merasa bersyukur diatas pencapaian saya selaku seorang Trainer/Speaker/Motivator secara part-timer @ freelancer. Didalam kesibukan menguruskan Kuliah & tutorial di sebuah kolej,saya masih lagi mampu memenuhi undangan-undangan jemputan Ceramah Motivasi & menguruskan kursus untuk jabatan-jabatan kerajaan sepanjang tahun 2012.Malah saya rasakan tahun 2012 ini telah memberi kenangan yang cukup indah buat saya selaku perunding motivasi. Saya rasakan tahun 2012 ini telah adalah tahun `bertuah` buat saya. Graf pencapaian peribadi saya agak `mencacak` naik berbanding tahun-tahun lepas.Alhamdulillah,puji & syukur pada Allah yang telah menjadikan saya seorang insan yang `bermanfaat`buat insan lain.

Doa & harapan saya,tahun 2013 nanti pelbagai kejayaan-kejayaan baru bakal saya raih dalam kerjaya saya sebagai seorang pensyarah & juga sebagai seorang Trainer/Speaker/Motivator . Saya menantikan cabaran2 baru dalam dunia Training & motivasi. Saya nantikan jemputan2 yang lebih mencabar dan program2 berskala besar bagi menguji kemampuan & kehebatan diri saya.

Pada Allah SWT akan terus saya panjatkan doa,agar hasrat murni saya untuk menjadi IKON Motivasi sehebat DMFK akan tercapai.Insya-Allah.Amin Ya Rabbal Alamin.

Salam Motivasi dan salam Sukses

Tn.Syeikh Abdul Ghani Yusof
Master Trainer/Motivator@ Pengasas MODID
Konsultan Jana Insan
Sg.Petani,Kedah D.Aman.

No comments:

JADILAH INFLUENCER YANG TERBAIK BUKAN SETAKAT RAMAI FOLLOWER JER

 ALHAMDULILLAH.. DUNIA IT SEMAKIN CANGGIH DAN SEMAKIN MEREBAK DENGAN CEPAT.KALAU DULU FB JER JADI TUMPUAN.KINI BILA ADA INSTAGRAM DAN AKAUN...