FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Wednesday, June 13, 2012

MOTIVASI PARA NURSE HOSPITAL KUALA TERENGGANU







Alhamdulillah,puji dan syukur pada Allah kerana memberi kesempatan yang terbaik untuk menabur bakti diBumi Kelahiran,Terengganu Darul Iman. Kali ini ( Tanggal 9.6.2012 - Sabtu ) bertempat di Auditorium Hospital Sultanah NurZahirah,Kuala Terengganu saya berpeluang memberi Ceramah Motivasi Kerjaya kepada hampir 200 Jururawat dari seluruh negeri Terengganu termasuk dari daerah Besut,Dungun,Kemaman,Hulu Terengganu.
2 slot yang diberikan kepada saya telah disempurnakan dengan jayanya. Slot pertama yang berlangusng dari jam 8.45 - 10.45 pagi berkisar tentang : 'Jangan Pandang Belakang' : antara amanah,rezeki & integriti : Sejauhmanakah Profesionalisme Kerja Kita. Manakala slot ke 2 yang berlangsung pada jam 11.15 - 1.15 petang ,pula berkisar aktiviti-aktiviti BUKA MINDA & Himpunan Aktiviti Team Building.
Alhamdulillah,sambutan yang diberikan amat positif dan menarik perhatian para jururawat yang hadir.InsyaAllah,jika ada rezeki,ruang dan peluang saya akan menyampaikan kursus pula untuk jururawat di Hospital Ipoh...amin ya rabbal alamin.
Selamat Maju Jaya buat Para Jururawat & Doktor di seluruh Hospital & Klinik Kesihatan seluruh negeri Terengganu.


No comments:

JADILAH INFLUENCER YANG TERBAIK BUKAN SETAKAT RAMAI FOLLOWER JER

 ALHAMDULILLAH.. DUNIA IT SEMAKIN CANGGIH DAN SEMAKIN MEREBAK DENGAN CEPAT.KALAU DULU FB JER JADI TUMPUAN.KINI BILA ADA INSTAGRAM DAN AKAUN...