FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Monday, July 11, 2011

KEMBALI MENABUR BAKTI DI BUMI TERENGGANU

Alhamdulillah,puji dan syukur pada Allah SWT kerana masih lagi memberi kesihatan yang berpanjangan pada diriku dalam usaha meneruskan tugas-tugas murni `memandaikan` anak bangsa.

Semalam tanggal 10.7.2011( Ahad ) buat julung2 kalinya aku diberi peluang untuk `menyuntik`semangat  & `memotivasikan` anak-anak pelajar SMKA Kuala Abang ( nama glamournya KAKA ).Hampir 200 orang pelajar telah memenuhi Dewan Utama KAKA untuk mendengar amanat dariku.

Sudah sekelian lama,aku memendam hasrat dan keinginan untuk menabur bakti di bumi tanah tumpah darahku Terengganu Darul Iman,(maklum le aku kini berkelana jauh di Utara Semenanjung). Akhirnya hasrat murni ku tercapai jua,bila mendapat tawaran dan pelawaan dari Cikgu Nur Yaslan,Kaunselor SMKAKA..Inilah yang dikatakan perancangan Allah SWT. Allah itu mendengar hasrat & keinginan hambanNya.

Program yang dijalankan lebih menjurus kepada suntikan semangat untuk menyedarkan pelajar,bahawa kejayaan adalah milik orang-orang yang berusaha dengan gigih & berterusan.

Sesungguhnya peluang belajar sekolah berasrama penuh perlu dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar KAKA.Banyak keistimewaan yang mereka perolehi disini.

Terimakasih yang tak terhingga ku ucapkan kepada kaunselor yang gigih dan cukup komited seperti Cikgu Nor Yaslan Abd.Aziz(orang kuat KAKA) kerana sudi menjemput dan memberi peluang kepada ku untuk berprogram selama sehari disini.

Sebanyak 5 slot utama telah dibereskan :

1. Ceramah Utama - Aku Takkan Toleh Kebelakang Lagi`
2. Slot Study How To Study ( Study Skills )
3. Slot LDK,IQ Test & Mind Power ( uji minda pelajar )
4. Slot Antara Harapan & Kehendak Ibu Ayah
5. Sesi Katarsis & Personal Touch

Semoga apa yang disampaikan oleh ku mampu dimanfaatkan & direalisasikan oleh anak-anak pelajar KAKA. Doaku semoga KAKA terus Cemerlang .










Semoga anak-anak pelajar KAKA yang mengikuti Ceramah Motivasi kendalianku selama sehari itu, mampu muncul sebagai anak yang hebat,student yang hebat & hamba Allah yang Cemerlang..Insya-Allah..amin

Doaku jua,moga Cikgu Nur Yaslan akan terus menyumbang bakti untuk kemajuan anak2 KAKA ( khususnya ) dan anak-anak Terengganu yang lain ( amnya ). Jika ada peluang,ruang dan kesempatan ,bolehlah kita berjumpa lagi.Insya-Allah.

No comments:

JADILAH INFLUENCER YANG TERBAIK BUKAN SETAKAT RAMAI FOLLOWER JER

 ALHAMDULILLAH.. DUNIA IT SEMAKIN CANGGIH DAN SEMAKIN MEREBAK DENGAN CEPAT.KALAU DULU FB JER JADI TUMPUAN.KINI BILA ADA INSTAGRAM DAN AKAUN...