FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Monday, June 27, 2011

Talk For An-Nur Commitee

Alhamdulillah..syukur pada Allah SWT kerana masih lagi mengurniakan kesihatan,kekuatan dan usia yang panjang buat diri ini untuk terus berkarya dimedan Motivasi dan Training.

Tiada perkataan yang mampu dilafazkan..hanya lafaz syukur pada Allah SWT dipanjatkan kerana DIA berterusan mengilhamkan idea-idea yang bernas buat diri ini untuk terus memberikan persembahan yang terbaik setiap kali diberi amanah untuk menyampaikan Talk @ Ceramah kepada audiens.

Tanggal 24- 26 Jun 2011 yang lalu bertempat di Dusun Minda Resort Kuala Nerang,telah berlangsung satu Program yang cukup bermakna buat semua AJK Surau / An-Nur Commitee KMPP iaitu Program Pemantapan AJK Surau An-Nur sesi 2011/2012 .

Seperti yang lazim dilakukan ,pengisiannya adalah pelbagai . Dari sesi Taaruf,Ice-Breaking,Tahsin Bacaan Al-Quran,Ceramah ,LDK ,Riadah dan sesi Sidang Pleno. Alhamdulillah sambutannya begitu memberangsangkan dan mendapat perhatian yang baik dari semua pihak yang terlibat.

Selaku Trainer & Motivator,saya diberi peluang untuk kendalikan Sesi Taaruf,Ice-Breaking,Riadah dan Juga Ceramah Utama yang Bertajuk : " Leadership + Jamaah " : Membina Kekuatan Organisasi. Alhamdulillah,seperti biasa Ceramah yang saya kendalikan cukup `energitik` dan `bernyala`. Respon yang diterima cukup positif & memberangsangkan. Ceramah diselang seli dengan tayangan Video2 Motivasi,Nyanyian lagu2 Nasyid yang menyentuh jiwa & sesekali dengan nada sinis menyentuh peribadi & kualiti pelajar masa kini.

Jelas tergambar diwajah peserta2 yang mereka sebenarnya cukup bersemangat untk menggerakkan Surau An-Nur dan berusaha menjadi AJK yang Hebat dan Efisen. Moga apa yang disampaikan oleh saya mampu diaplikasikan & direalisasikan oleh semua bakal pemimpin2 muda ini.

Apa yang diharapkan dari program ini ialah, kita mampu lahirkan pelapis pemimpin Islam masa depan yang hebat dan cemerlang. Doaku semoga mereka bakal cemerlang dalam bidang akademik dan juga ko-akademik.

Salam Kecemerlangan buat An-Nur Committee Club..

Salam Sukses & Salam Motivasi

Tn.Abd.Ghani Yusof
Konsultan Jana Insan
Sg.Petani,Kedah Darul Aman.









28.6.2011


No comments:

JADILAH INFLUENCER YANG TERBAIK BUKAN SETAKAT RAMAI FOLLOWER JER

 ALHAMDULILLAH.. DUNIA IT SEMAKIN CANGGIH DAN SEMAKIN MEREBAK DENGAN CEPAT.KALAU DULU FB JER JADI TUMPUAN.KINI BILA ADA INSTAGRAM DAN AKAUN...