Saturday, June 4, 2011

AUDIT DIRI SEBAGAI INSAN CEMERLANG

ALHAMDULILLAH..SEGALA PUJI DAN SYUKUR PADA ALLAH YANG MEMBERI RAHMAT DAN PENGHARGAAN BUAT KITA SEMUA..

TANGGAL 4.6.2011 ( SABTU ) SEKALI LAGI WAJAHKU MUNCUL DIKACA TV 3 DALAM SLOT MOTIVASI PAGI TV 3.

KALI INI TAJUK YANG DIUTARAKAN IALAH AUDIT DIRI SEBAGAI INSAN CEMERLANG.ALHAMDULILLAH,KALI INI ADALAH EPISOD KETIGA YANG SEMPAT DIRAKAMKAN DAN HARI INI ADALAH TARIKH SIARANNYA.

SUNGGUH TERUJA DAN SERONOK BILA MELIHAT WAJAH SENDIRI MUNCUL DISTESEN TV YANG MENJADI PUJAAN JUTAAN RAKYAT MALAYSIA.

ALHAMDULILLAH SYUKUR PADA TUHAN KERANA TELAH MEMBERI RUANG DAN PELUANG YANG LEBIH BESAR BUAT DIRIKU UNTUK PERGI JAUH DALAM DUNIA MOTIVASI DAN TRAINING.

PENGALAMAN BERSAMA PENERBIT RANCANGAN MOTIVASI PAGI TV 3 DAN KREW YANG TERLIBAT ADALAH SATU PENGALAMAN YANG CUKUP BERHARGA.

PENGALAMAN INI TIDAK AKAN MENJADI KENYATAAN KALAU TIADANYA KESUNGGUHAN DAN KOMITMEN DARI SEMUA PIHAK.

APAPUN TAJUK KALI INI MENGAJAK KITA SEMUA MEMBUAT AUDIT DIRI ,DALAM KATA LAIN `MUHASABAH DIRI`.MELIHAT KEPADA PERANAN KITA SEBAGAI HAMBA ALLAH,PERANAN KITA SEBAGAI IBU-BAPA,PERANAN KITA SEBAGAI PENGURUS @ BOS,PERANAN KITA SEBAGAI PEKERJA DAN TERAKHIR PERANAN KITA SEBAGAI PELAJAR.







BANYAK YANG TELAH SAYA JELASKAN DALAM TOPIK INI. KEPADA SEMUA YANG TELAH MENONTON EPISOD INI,JADIKANLAH IA SEBAGAI PENDORONG UNTUK MENJADI ORANG YANG LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM.

SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMBERKATI USAHA MURNI KITA UNTUK BERUBAH DAN MENJADI LEBIH BAIK DARI HARI-HARI SEBELUMNYA,

SELAMAT MENONTON PROGRAM MOTIVASI PAGI TV3 SETIAP SABTU & AHAD. MOGA KITA SEMUA TERANGSANG UNTUK BERUBAH DAN MENJADI ORANG YANG CEMERLANG PADA MASA YANG AKAN DATANG.INSYA-ALLAH.AMIN

SALAM MOTIVASI & SALAM SUKSES

TN.ABD.GHANI YUSOF
PAKAR MOTIVASI DINAMIKA DIRI
KONSULTAN JANA INSAN
SG.PETANI,KEDAH.

No comments: