Saturday, July 16, 2011

KOLABORASI BERSAMA PENGUSAHA TASKA & TADIKA DAERAH BERTAM,PENANG









ALHAMDULILLAH...

SYUKUR PADA ALLAH SWT KERANA MASIH LAGI MENGURNIAKAN KESIHATAN,KEKUATAN,KUDRAT DAN UMUR YANG PANJANG BUAT DIRIKU UNTUK TERUS MENABUR BAKTI DALAM ARENA TRAINING DAN MOTIVASI.

SEMALAM,TANGGAL 16.7.2011 BERTEMPAT DI DEWAN UTAMA RESTORAN ARABIAN AS-SAHA,BERTAM TELAH BERLANGSUNG SATU `SEMINAR PEMANTAPAN KUALITI GURU -GURU SERTA STAF TASKA/TADIKA DAERAH KEPALA BATAS.

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PUAN WARDI SELAKU PENGELOLA DAN PENGANJUR PROGRAM TERSEBUT KERANA ATAS INISIATIF BELIAULAH ,MAKA PROGRAM INI DAPAT DIJALANKAN DENGAN JAYANYA. TAHNIAH JUGA DIUCAPKAN KEPADA RAKAN2 BELIAU YANG BERUSAHA DAN BERTUNGKUS LUMUS MEMASTIKAN PROGRAM INI BERJALAN DENGAN JAYANYA.

SEKALI LAGI SAYA DIBERI RUANG DAN PELUANG UNTUK MEMBERI INPUT BERGUNA DALAM DUA SESI KENDALIAN SAYA IAITU :
1- SESI CERAMAH PEMANTAPAN KUALITI KERJA ( 8.30 - 10.30 AM )
2- SESI LDK DAN TEAM BUILDING UNTUK PARA GURU DAN STAF TASKA/TADIKA

TERIMAKASIH KEPADA PARA PESERTA YANG TERDIRI DARI SERAMAI 60 ORANG GURU + STAF TASKA YANG CUKUP KOMITED,TEKUN DAN SPORTING SEPANJANG SESI KENDALIAN SAYA.

SAYA CUKUP SERONOK DAN TERSENYUM GEMBIRA BILA MELIHAT SAMBUTAN YANG CUKUP MEMBERANGSANGKAN DARI PARA PESERTA DAN JUGA `BOS-BOS` MEREKA ( PEMILIK TASKA / TADIKA )

KOMEN YANG DIBERIKAN OLEH KESEMUA PESERTA & PENGANJUR CUKUP `POSITIF`DAN MAMPU `MENYEMARAKKAN`LAGI SEMANGAT SAYA UNTUK TERUS BERJUANG DIBIDANG MOTIVASI DAN TRAINING YANG CUKUP SAYA `GILAI` INI.

DIHARAPKAN PESERTA-PESERTA MAMPU MENGAPLIKASIKAN APA YANG TELAH SAYA SAMPAIKAN SELAMA SETENGAH HARI ( 8.30 -1.30 ) TERSEBUT. MOGA DILAIN KALI KITA BOLEH BERKERJASAMA LAGI ,INSYA-ALLAH AMIN.

SEKIAN, WASSALAM.
SGAG
17.7.2011 ( AHAD )
TERATAK FAHANIE,SG.PETANI
KEDAH D.AMAN.

No comments: