FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Wednesday, May 14, 2008

PERMATA HATI KITA


Anak-anak ibarat Permata bersih,cantik,bersinar dan perlu digilap sentiasa agar tetap menawan hati kita......

Anak-anak juga diibaratkan seperti kain putih ,ibu-bapa merekalah yang akan mencorakkannya sama untuk menjadi yahudi,nasrani,majusi………..

Lihatlah potensi yang ada pada mereka…………

latihlah anak dengan pekerti mulia
jangan biasakan mereka dengan kemewahan
berikan pendidikan yang sewajarnya
tegurlah mereka secara hikmah


Ingatlah bahawa……anak-anak memerlukan :
kasih-sayang bukannya kebencian
difahami bukannya dihakimi
diterima bukan ditolak
dihormati bukannya dihina
ditolong bukan disakiti
keselesaan bukannya digunakan

Peranan ibu-bapa:

membentuk keperibadian mulia
mengawal pengaruh sosial
membiasakan anak dengan disiplin hidup
mengajar anak erti kepayahan
mendidik anak dengan kesabaran

PETUA IBU-BAPA CEMERLANG

wujudkan suasana positif dirumah
guna belaian positif
padam rekod negatif anak
latih anak berfikir
dedah anak dengan pelbagai pengalaman
berdoa khusus untuk anak
sentiasa memberi bimbingan
dengar apa jua rintihan dan pendapat mereka

IBU-BAPA HARUS BIJAK:

analisis sesuatu dari kacamata anak
sedari perbezaan anak
sentiasa bercakap benar
didik kemahiran sosial
tunjuk perlakuan baik

CARA KOMUNIKASI DENGAN ANAK :

amalkan nilai murni
gunakan saluran komunikasi terbuka
jangan hanya mencari kelemahan
fokus kejayaan
berikan sedikit penghargaan
berikan pujian
jadi ’pendengar yang baik’
luangkan sedikit masa berkualiti untuk anak
hormati pendirian baik mereka


CARA MENASIHATI ANAK REMAJA:

CARI MASA & SUASANA SESUAI
ELAKKAN MENASIHATI ANAK DALAM KEADAAN LETIH
HORMATI ANAK DENGAN CARA TIDAK MEMALUKAN
YAKINKAN IBU-BAPA MEMBANTU
BAGI RUANG DAN PELUANG UNTUK MEREKA LUAHKAN PERASAAN

RANGSANG POTENSI ANAK :

BERI PUJIAN WALAU KEJAYAAN MINIMA
BERI SEDIKIT GANJARAN WALAUPUN MURAH
BERI SENTUHAN MOTIVASI
JANJIKAN SESUATU YANG MENARIK UNTUK ANAK
TUNJUKKAN MINAT PADA LUAHAN MEREKA
MENDENGAR DENGAN FOKUS IDEA MEREKA
BERIKAN HARAPAN PADA MEREKA
JANGAN TERLALU MENEKAN
JANGAN TERLALU NEGATIF




PANTANG LARANG ANAK-ANAK

KEBOLEHAN MEREKA DIPERTIKAI
MARAH MEMBUTA TULI
MEMBEBEL @ MENCECEH
MENGONGKONG SECARA MUTLAK ( AUTOKRASI )
MEMBEZAKAN ANTARA ANAK-ANAK
PILIH KASIH SECARA MELAMPAU
TIADA SOKONGAN LANGSUNG DARI IBU-BAPA

JAUHI 10 SIFAT MELAMPAU :

PANAS BARAN MELAMPAU
KONTROL MELAMPAU
BERLETER SECARA MELAMPAU
TAKUT MELAMPAU
SIBUK MELAMPAU
PILIH KASIH MELAMPAU
GERAM MELAMPAU
SAYANG MELAMPAU
KEDEKUT MELAMPAU
PERLEKEH MELAMPAU








10 KELEBIHAN IBU-BAPA CEMERLANG

MENDAPAT KEBERKATAN & KEREDHAAN ALLAH SWT
MENJADI CONTOH KEPADA ORANG LAIN
ANAK-ANAK MENJADI MANUSIA CEMERLANG
HIDUP RASA LEBIH TENANG DAN SELESA
AMANAH ALLAH TELAH DILAKSANAKAN
ANAK-ANAK BANGGA & TERUJA
PENGALAMAN BERHARGA TERKONGSI
HARI TUA YANG MELAPANGKAN
HUSNUL KHATIMAH- PENYUDAH YANG BAIK/MULIA

MAKSUD FIRMAN ALLAH :

‘ PELIHARALAH DIRI KAMU DAN AHLI KELUARGA KAMU DARI API NERAKA ’



KELUARGA BAHAGIA TONGGAK KECEMERLANGAN REMAJA........

FIKIR-FIKIRKAN DAN MUHASABAH DIRI ....... TUAN ABD.GHANI YUSOF

Khusus buat calon UPSR SK SG.KOROK


Kata-kata hikmat:

Jika anda ingin dapat keputusan seperti seorang juara,anda mesti berfikir seperti seorang Juara

Benedict Spinoza :

Selagi seseorang itu mengimaginasikan dia tidak boleh melakukannya,selagi ia menentukan tidak melakukannya,maka akibatnya dia mustahil dapat melakukannya........

RAHSIA UNTUK CEMERLANG
Mesti tekun belajar/kuat bekerja
Letak target/sasaran diri yang jelas
Untuk dapat keputusan luarbiasa,mesti belajar secara luar biasa
Jangan pamerkan imej negatif diri
Tonjolkan segala kebolehan diri kita

IMEJ DIRI POSITIF

Yakin diri/percaya kebolehan diri
Tepati masa
Sentiasa bersiap sedia
Sentiasa mendahului arahan
Pro-aktif
Penampilan kemas
Melangkah penuh yakin

SENTIASA MENYOAL DIRI !

Apakah aku mampu untuk berjaya?
Apakah aku mampu ikut jejak langkah abang dan kakakku yang telah berjaya?
Apakah persediaan aku telah cukup untuk hadapi peperiksaan ?
Apakah usaha aku selama ini berbaloi ?
Apakah aku mampu bersaing dengan orang yang lebih hebat dari aku ?

KALAU INI YANG DI LAKUKAN,ANDA PASTI BERJAYA ....

Belajar secara konsisten
Belajar secara sistematik/berjadual
Tidak malu untuk bertanya
Sentiasa melangkah kehadapan
Sentiasa ingin berubah
Sentiasa memperbaiki kelemahan
Azam yang kuat
Cita-cita yang menggunung

TIPS UNTUK SUKSES EXAM

sentiasa ikut perintah Allah swt
Berdoa untuk kecemerlangan
Amalkan pemakanan yang baik
Sentiasa beriadah
Jaga waktu dan mutu tidur
Menyayangi guru
Sentiasa positif
Tenang tapi menyakinkan

JANGAN JADIKAN ALASAN BERIKUT SEBAGAI PENGHALANG KEJAYAAN

Kemiskinan
Kesihatan
Taraf ekonomi
Keturunan
Kelas bukan pilihan
Tiada pilihan
Masa tidak mengizinkan
Kesibukan
Adik beradik ramai
Anak yatim
Masalah keluarga
Bukan pelajar popular


SESIAPA SAHAJA ADA PELUANG UNTUK BERJAYA........

ANAK NELAYAN
ANAK PETANI
ANAK BURUH
ANAK POSMEN
ANAK PENIAGA PASAR MALAM
ANAK YATIM
ANAK PESARA POLIS
ANAK PESARA GURU
ANAK PESARA ASKAR
ANAK TUKANG GUNTING
ANAK PENJAJA

PERCAYALAH......KEJAYAAN BUKAN MILIK.....

orang educated/berpendidikan tinggi sahaja
orang kaya sahaja
anak Datuk/ Tan Sri sahaja
anak orang politik sahaja
orang berketurunan baik sahaja
orang sempurna sahaja

SEMUA ORANG BERPELUANG MENCIPTA KEJAYAAN CEMERLANG............... ASALKAN :

BERUSAHA
TEKUN
TELITI
KONSISTEN
SEMANGAT TINGGI
TIDAK PERNAH JEMU
SANGGUP BERKORBAN APA SAHAJA
ADA SEMANGAT JUANG
TIADA ISTILAH PUTUS ASA

PETUA MENJADI MELAYU CEMERLANG.......

JANGKAKAN KEJAYAAN ANDA
LAKUNKAN WATAK CEMERLANG
BERKAWAN DENGAN ORANG BERJAYA
UBAH PENAMPILAN DIRI
BINA NILAI DIRI POSITIF
TERIMA KRITIKAN
KEJAYAAN ORANG LAIN PEMBAKAR SEMANGAT
FOKUS APA YANG DIHAJATI

KRITERIA PELAJAR MELAYU YANG KITA INGINKAN....

RAJIN
TEPATI WAKTU
RINGAN TANGAN
TAATKAN GURU
MANFAATKAN MASA
YAKIN DIRI
PENAMPILAN KEMAS
BOLEH DIHARAP
JADI CONTOH
SENTIASA MEMULAKAN
BERANI
CEKAP DAN PANTAS
PETAH BERBICARA
INGATLAH......

anda semua adalah generasi pewaris kecemerlangan
kalian adalah tunjang harapan keluarga
kalian murid pilihan
kalian bakal pemimpin pelapis
kalian agen perubah
kalian idola buat orang lain


KELEBIHAN ANAK SOLEH DAN PELAJAR KESAYANGAN.....

Kebanggaan Keluarga dan masyarakat
Menjadi sumber inspirasi kepada orang lain
Menjadi rujukan
Dapat sumbangkan sesuatu yang bermakna
Penyejuk hati dan jiwa keluarga
Mendapat tempat yang mulia disisi Allah SWT

BERMULA HARI INI......GANDAKAN USAHA KALIAN

INSYA-ALLAH

HARAPAN DAN DOA :
TUAN ABD.GHANI YUSOF
PERUNDING MOTIVASI

No comments:

JADILAH INFLUENCER YANG TERBAIK BUKAN SETAKAT RAMAI FOLLOWER JER

 ALHAMDULILLAH.. DUNIA IT SEMAKIN CANGGIH DAN SEMAKIN MEREBAK DENGAN CEPAT.KALAU DULU FB JER JADI TUMPUAN.KINI BILA ADA INSTAGRAM DAN AKAUN...