Monday, May 19, 2008

aku dah naik pangkat


syukur alhamdullilah, aku dah terima memo jadi guru kanan kemanusiaan berkuatkuasa 16 mei 2008. ITULAH HARI PALING BAHAGIA DAN DETIK MANIS, kerana sambutan hari Guru peringkat SMKKKM .


Inilah adalah satu anugerah Allah swt yang aku anggap sebagai satu pencapaian peribadi aku dalam dunia pendidikan. Tiada yang paling bermakna melainkan kurniaan tuhan. aku anggap inilah satu ' pemberian ' Allah yang aku anggap sebagai balasan baik dari tuhan diatas pengorabanan dan kesungguhan aku dalam bidang pendidikan selam hampir 16 tahun.


apapun terimakasih kepada pengetua,pk 1,pen.kanan petang dan kawan-kawan yang menyokong perlantikan aku.....


apapun ,aku tentu berhadapan dengan sedikit cabaran baru kerana aku telah terpilih menganggotai barisan pucuk pimpinan yang sudah pasti akan menerima berbagai pandangan,teguran dan kritikan dari pihak bawahan....


cuma aku pegang prinsip.....'aku mampu buat dan aku boleh buat'

jangan dengar apa orang cakap...buatlah kerja kita....


semoga aku tetap akan berjaya......

amin

wassalam

tuan abd.ghani yusof yusof

Guru Kanan kemanusiaan SMKKKM

No comments: