YOUR PROFESIONAL SPEAKER

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan & modul pembinaan modal insan serta pembentukan karektor Melayu Muslim.Modul MODID adalah gabungan beberapa modul training seperti ESQ,ES2Q,NLP,Self-Hypnosis,Anchoring,Inner Strength Reflection dan Modul bersifat Ketuhanan/Islamic Moduls.

Monday, May 22, 2017

MOTIVASI PARENTS VS STUDENTS @SK SG BAKAU




ALHAMDULILLAH,SYUKUR DAN PUJI PADA TUHAN YANG MENGURNIAKAN KEKUATAN AKAL.FIZIKAL DAN ROHANI BUAT KITA SEMUA. NIKMAT INI PERLU KITA SYUKURI DENGAN SEBAIK MUNGKIN

TUGASAN MEMANDAIKAN UMMAH DITERUSKAN LAGI PAGI SEMALAM ( 22.5.2017 - ISNIN ). WALAUPUN TERSANGKUT DENGAN KESESAKAN JALANRAYA YANG LUAR BIASA SELEPAS PLAZA TOL SG DUA MENGHALA KE SEBERANG JAYA,AKHIRNYA SAYA SAMPAI JUGA KELOKASI PROGRAM DI SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BAKAU,NIBONG TEBAL PULAU PINANG.

TANPA BERLENGAH,SAYA TERUS MEMULAKAN BICARA MOTIVASI YANG LEBIH MENJURUSKAN KEPADA PERANAN IBU AYAH DALAM MENGGERAKKAN POTENSI ANAK-ANAK PELAJAR CALON UPSR 2017 DAN 2018. BICARA MOTIVASI SAYA BERTEMAKAN ` IBU BAPA CEMERLANG,ANAK-ANAK PASTI DIJULANG `

DISEBABKAN PROGRAM TERSEBUT MELIBATKAN DUA PIHAK IAITU PIHAK WARIS DAN JUGA PELAJAR,MAKA SAYA KENA MEMBERIKAN FOKUS KEPADA KEDUA-DUA PIHAK.

SEKEJAP SAYA BERALIH ARAH KEPADA ANAK-ANAK PELAJAR DAN SEKEJAP SAYA MEMBERIKAN TUMPUAN KEPADA PARA IBU BAPA YANG HADIR.

ANTARA INTIPATI BICARA MOTIVASI SAYA YANG BERKAIT RAPAT DENGAN PARA WARIS IALAH :

1- PERANAN IBU BAPA DALAM MENCORAKKAN MASA DEPAN ANAK
2- MENJADI IBU BAPA YANG VERSATILE DAN BERPENGARUH
3- MENDORONG ANAK SECARA POSITIF DAN BERHIKMAH
4- BAGAIMANA MEMBENTUK KEPERIBADIAN ANAK MENEPATI KEHENDAK AGAMA
5- PERANAN IBU BAPA MENJELANG PEPERIKSAAN PENTING ANAK.

MANAKALA BICARA SAYA YANG BERFOKUSKAN PELAJAR IALAH :

1- BAGAIMANA MENJADI ANAK YANG MAMPU MENJADI GENERASI PENYEJUK MATA MEMANDANG
2- BAGAIMANA MERANGKA KEJAYAAN PERIBADI DALAM UPSR 2017 & 2018
3- KAEDAH TERBAIK MENJEJAK KEJAYAAN DALAM UPSR 2017 & 2018
4- KAEDAH BERKESAN MEMBINA POTENSI DIRI DAN MERANGKA STRATEGI KEJAYAAN
5- MENGUBAH PERSEPSI MASYARAKAT TENTANG KEMAMPUAN PELAJAR SEKOLAH LUAR BANDAR

HAMPIR 2 JAM BERSIARAN ,DIRASAKAN TERLALU SINGKAT MASA YANG DIBERIKAN.MANAKAN TIDAK ! TERLALU BANYAK ILMU DAN PESANAN YANG INGIN DISAMPAIKAN.

SEMOGA APA YANG DISAMPAIKAN ITU MAMPU DIGUNA PAKAI DENGAN SEBAIK MUNGKIN OLEH PARA WARIS DAN JUGA PARA PELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BAKAU,INSYAALLAH.

ADA MASA KITA JUMPA LAGI DIPROGRAM YANG LAIN.INSYAALLAH.AMIN YA RABBAL ALAMIN.

SEKIAN. SALAM MOTIVASI DAN SALAM SUKSES

TN.ABD.GHANI YUSOF
MASTER TRAINER/SENIOR SPEAKER/HIGH IMPACT MOTIVATOR
KONSULTAN JANA INSAN
SUNGAI PETANI,KEDAH
019-4741209 @ 04-4246033

No comments: