Friday, September 30, 2016

MOTIVASI PECUTAN AKHIR & KESEDARAN KENDIRI CALON SPM DAERAH SIK,KEDAH














SEMALAM TANGGAL 30.9.2016 BERTEMPAT DI DEWAN UTAMA SMK AGAMA SIK,TELAH BERLANGSUNG SATU PROGRAM MEGA YANG TELAH DIGERAKKAN OLEH PERSATUAN ANAK-ANAK SIK YANG GIGIH MELONJAKKAN POTENSI ANAK-ANAK PELAJAR CALON SPM DAERAH SIK.

SERAMAI LEBIH 350 ORANG PELAJAR DARI 7 BUAH SEKOLAH DIDAERAH SIK TELAH TERPILIH UNTUK MENYERTAI KEM MOTIVASI & KESEDARAN KENDIRI INI.

SLOT SAYA BERMULA SEAWAL JAM 2.15 MINIT PETANG DAN BERAKHIR PADA JAM 5 PETANG. SELAMA HAMPIR 2 JAM 45 MINIT SAYA BERBICARA DIPENTAS MOTIVASI MENYUNTIK CALON2 SPM DAERAH SIK DENGAN PELBAGAI KAEDAH DAN PENDEKATAN. DISELANG SELI DENGAN LAWAK SPONTAN YANG MEMBUATKAN PARA PESERTA TAK KERING GUSI.

ANTARA INITIPATI CERAMAH MOTIVASI SAYA IALAH:

1- BETAPA BESARNYA KUASA KEMAHUAN & KUASA PERCAYA PADA DIRI
2- KITARAN HIDUP MANUSIA & PELAJAR YANG INGINKAN KEJAYAAN
3- TIPS2 MENGHADAPI PEPERIKSAAAN
4- BAGAIMANA MEMBENTUK SKRIP HIDUP KITA UNTUK 15-20 TAHUN AKAN DATANG
5- BAGAIMANA CREATE MISI & VISI HIDUP 
6- CARA MELAKARKAN SEBUAH KEJAYAAN
7- MEMBENTUK PERIBADI CEMERLANG
8- ANALISIS S.W.O.T ( PENILAIAN KENDIRI )

DIRASAKAN MASA 2 JAM 45 MINIT TERLALU SINGKAT BAGI SAYA. TERLALU BANYAK TIPS-TIPS YANG INGIN DIKONGSIKAN BERSAMA DENGAN PARA PESERTA. RESPON YANG DIBERIKAN OLEH PELAJAR-PELAJAR CUKUP HEBAT DAN MEMBERANGSANGKAN. MEREKA CUKUP KOMITED DAN KONSISTEN MENGIKUTI BICARA MOTIVASI SAYA DARI AWAL HINGGA KE AKHIR.

HARAPAN SAYA ,MEREKA SEMUA MAMPU MENCIPTA KECEMERLANGAN DALAM SPM NANTI,INSYAALLAH.AMIN. SEKALUNG TAHNIAH BUAT PENGURUSAN KELAB ANAK-ANAK SIK YANG BERTUNGKUS LUMUS MENJAYAKAN PROGRAM INI.

MANA-MANA ORGANISASI,IPT,SEKOLAH,IKM,IKBN,GIAT MARA,ILP DAN KOLEJ YANG INGINKAN PROGRAM MOTIVASI HIGH IMPACT,BOLEHLAH MENGHUBUNGI PIHAK KAMI DITALIAN 019-4741209.

SEKIAN,SALAM MOTIVASI & SALAM SUKSES


BERSEDIA MEMIKUL AMANAH

TN.ABD.GHANI YUSOF
MASTER TRAINER & SENIOR SPEAKER
KONSULTAN JANA INSAN
SG.PETANI,KEDAH
019-4741209 @ 04-4246033

No comments: