Thursday, September 29, 2016

MEMPERKASA BUDAYA KERJA SUPER WARGA PPPPP,ICU JPM @WISMA BOUSTEAD




















SEMALAM TANGGAL 28.9.2016 ( RABU ) BERTEMPAT DI WISMA BOUSTEAD ,JALAN ANSON PULAU PINANG,SAYA SEKALI LAGI BERKESEMPATAN MENYAMPAIKAN BICARA MOTIVASI KEPADA 80 ORANG STAF PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU PINANG DALAM ACARA PERHIMPUNAN BULANAN MEREKA.

INI ADALAH KALI KE 2 SAYA DIBERI PELUANG UNTUK MENYEMARAKKAN SEMANGAT DAN MOTIVASI KERJA PARA STAF PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU PINANG YANG DITERAJUI OLEH TN .SYED ,SELAKU PEGAWAI PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU PINANG.

TOPIK YANG SAYA UTARAKAN IALAH ` MEMPERKASA BUDAYA KERJA SUPER` YANG MANA PELBAGAI ASPEK SAYA SENTUH DALAM MASA SELAMA 1 JAM 30 MINIT ANTARANYA IALAH :

1- BUDAYA KERJA CEMERLANG
2- KONDUSIF DITEMPAT KERJA
3- MENCIPTA KESERASIAN BERSAMA RAKAN SEKERJA
4- IKLIM KERJA YANG MAMPU MEMPENGARUHI MOOD DAN MOTIVASI
5- ETIKA KERJA ISLAMI
6- BUDAYA KERJA SEPASUKAN / TEAM WORK SPIRIT
7- KITARAN KERJA YANG MENYERONOKKAN

ALHAMDULILLAH SAMBUTAN YANG DITERIMA DARIPADA PARA PESERTA AMAT MEMBERANGSANGKAN SEKALI.


INSYAALLAH,JIKA TIADA ARAL MELINTANG PIHAK KONSULTAN KAMI BAKAL DIBERIKAN AMANAH UNTUK MENGENDALIKAN KURSUS PENINGKATAN KUALITI KERJA BUAT STAF @ WARGA PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU PINANG PADA MASA HADAPAN,INSYAALLAH.AMIN.

SEMOGA APA YANG DISAMPAIKAN MAMPU DITERJEMAHKAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MEREKA. SEMOGA PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU PINANG MAMPU MENJADI SATU ORGANISASI YANG HEBAT DAN MANTAP SETANDING DENGAN MANA-MANA GLC @ BADAN BERKANUN YANG LAIN,INSYAALLAH.

SEKIAN,SALAM SUKSES

CATATAN MOTIVASI

TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
SENIOR MOTIVATOR 
KONSULTAN JANA INSAN
SUNGAI PETANI
019-4741209

No comments: