Monday, November 28, 2016

PROGRAM PEMANTAPAN DIRI ANAK ASNAF ZAKAT SELANGOR @ PLAS







ALHAMDULILLAH..SYUKUR DAN PUJI PADA ALLAH SWT KERANA MASIH LAGI SETIA MENGURNIAKAN KESIHATAN DAN UMUR YANG PANJANG BUAT SAYA. DENGAN NIKMAT TERSEBUT,SAYA MAMPU KEMBALI MENYENGAT & AKTIF DIPENTAS MOTIVASI DAN TRAINING.

PELAWAAN DAN TAWARAN DARI PIHAK GOLDEN TUSKS SDN BHD UNTUK MENGURUSKAN PROGRAM PEMANTAPAN DIRI PELAJAR ANAK-ANAK ASNAF DIBAWAH KELOLAAN LEMBAGA ZAKAT SELANGOR TELAH SAYA TERIMA DENGAN HATI YANG TERBUKA & BERBUNGA-BUNGA.

TANGGAL 25 HB NOV.2016 SEHINGGA 27.NOV.2016 YANG LEPAS,BERTEMPAT DI PUSAT LATIHAN ASNAF ( PLAS ) SG.TUA,ULU YAM BARU TELAH BERLANGSUNG SATU PROGRAM BERIMPAK TINGGI MELIBATKAN PARA PELAJAR TINGKATAN 4 SELURUH SELANGOR ( ASNAF ZAKAT ) YANG DIJENAMAKAN DENGAN NAMA `PROGRAM PEMANTAPAN DIRI PELAJAR ASNAF ZAKAT` .

ALHAMDULILLAH ,SAYA BERSAMA PEMBANTU SAYA USTAZ ANGAH IKHRAM TELAH BERJAYA MENGAPLIKASIKAN BEBERAPA MODUL YANG HIGH IMPACT UNTUK MELONJAKKAN POTENSI PESERTA-PESERTA YANG TERLIBAT SEBAGAI BEKALAN UNTUK MEREKA MENGHADAPI EXAM SPM PADA TAHUN 2017 NANTI.

SEGALANYA KAMI TERAPKAN BERASASKAN KONSEP `JERI`: JASMANI,EMOSI,ROHANI DAN INTELEK. RANGKUMAN MODUL LATIHAN BERBENTUK SIRI CERAMAH MOTIVASI YANG HIGH IMPACT,AMALAN SOLAT BERJAMAAH 5 WAKTU,QIAMULAIL,RIADAH PAGI & PETANG,MODUL OUT DOOR DAN JUGA PERSEMBAHAN KUMPULAN BAGI MENINGKATKAN KUALITI DIRI PARA PESERTA.

TAHNIAH DAN SYABAS BUAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR YANG MENGAMBIL INISIATIF YANG CUKUP BAIK INI, JUGA TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA BUAT PN.HJH.CHE NORIAH,BIG BOS GOLDEN TUSKS SDN BHD YANG TELAH MELETAKKAN KEPERCAYAAN YANG TINGGI BUAT TEAM SAYA DALAM MENGENDALIKAN PROGRAM INI.

ALHAMDULILLAH,HASIL SOAL SELIDIK YANG DIEDARKAN KEPADA PARA PESERTA,RATA-RATA KOMEN YANG DITERIMA CUKUP POSITIF DAN MEMBERANGSANGKAN. BEGITU JUGA ULASAN DAN KOMEN YANG CUKUP POSITIF KAMI TERIMA DARI BEBERAPA PEGAWA LEMBAGA ZAKAT SELANGOR YANG MENJADI PEMANTAU SETIA SEPANJANG PROGRAM ITU BERLANGSUNG.

INSYAALLAH,JIKA ADA REZEKI,PERUNTUKAN DAN PELUANG KITA AKAN BERTEMU LAGI DISIRI-SIRI YANG AKAN DATANG INSYAALLAH.
SEMOGA ALLAH MEMPERMUDAHKAN SEGALA KERJA-KERJA AMAL KITA ,AMIN YA RABBAL ALAMIN.

SEKIAN,SALAM MOTIVASI & SALAM SUKSES


TN.ABD.GHANI YUSOF
PAKAR MOTIVASI PELAJAR & CORPORATE TRAINER
KONSULTAN JANA INSAN @ ASSOCIATE TRAINER GOLDEN TUSKS SDN BHD.

No comments: