Saturday, January 24, 2015

PROGRAM SMART SIRI 2 - MEMPERKASA MINDA & JIWA PELAJAR UPSR BUMIPUTERA




SEMALAM ,TANGGAL 24.1.2015 ( SABTU ) SEKALI LAGI BERSIARAN SECARA LANGSUNG DARI DEWAN KULIAH 7, FAKULTI KEJURUTERAAN USM NIBONG TEBAL ,SAYA DAN KREW KONSULTAN JANA INSAN DIBERI AMANAH UNTUK MENYUNTIK SEMANGAT ANAK-ANAK PELAJAR BUMIPUTERA SELURUH NEGERI PULAU PINANG .

KALI INI PESERTA AGAK RAMAI SEDIKIT BERBANDING SIRI 1, MINGGU LEPAS ( 17.1.2015 ).KALI INI SAYA TERPAKSA BERHADAPAN DENGAN 308 PELAJAR DARI 4 BUAH SEKOLAH IAITU :

SK PERMATANG TO` KANDU
SK TANAH LIAT
SK SG.PINANG
SK GENTING

ANTARA INTIPATI BICARA MOTIVASI KCEMERLANGAN SAYA KEPADA PELAJAR YANG TERLIBAT :

- BAGAIMANA MENCIPTA KEJAYAAN
- BAGAIMANA MEMBENTUK KEBAHAGIAAN HIDUP
- TIPS MENJADI SEORANG PELAJAR `SUPER`
- TIPS MENJADI ANAK YANG HEBAT
- BAGAIMANA MENGANALISIS DIRI - GUNAKAN KAEDAH `SWOT`
- TIPS MELAKSANAKAN JADUAL PERIBADI
- MEMANDU PELAJAR MENGHADAPI PEPERIKSAAN
- MENGAJAK PELAJAR MEMBINA PERIBADI YANG MULIA
- MEMANDU ARAH PELAJAR MEMBUAT LONJAKAN PARADIGMA
- BAGAIMANA MENGANGKAT KEDUDUKAN PELAJAR BUMIPUTERA
- TIPS UNTUK `BERUBAH` - TRANSFORMASI & ATTITUDE ADJUSTMENT

SUARA SAYA YANG AGAK GARAU,TINGGI DAN MAGNETIK SESEKALI MEMECAH KESUNYIAN PERSEKITARAN KAMPUS USM NIBONG TEBAL DENGAN `PENEGASAN` BERULANG AGAR APA YANG DISAMPAIKAN MAMPU MERESAP MASUK KEDALAM JIWA PELAJAR.

SEMOGA USAHA BAIK & TERANCANG `LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG` ( PERDA ) DENGAN KERJASAMA ICU ,JABATAN PERDANA MENTERI ( JPM ) TERUS DIBERKATI ALLAH SWT DALAM USAHA MENINGKATKAN LAGI KUALITI DIRI PELAJAR BUMIPUTERA DI PULAU PINANG.

INSYA-ALLAH,PADA 31.1.2015 NANTI SAYA BAKAL KEMBALI LAGI KE USM KAMPUS CAWANGAN NIBONG TEBAL INI UNTUK MENGGERAKKAN LAGI POTENSI PELAJAR-PELAJAR LAIN PULA.

SAYA MENYERU PIHAK-PIHAK YANG MEMPUNYAI KEWANGAN YANG KUKUH SEPERTI SYARIKAT-SYARIKAT  KORPORAT MELALUI KHIDMAT `CSR` MEREKA, BERSEDIALAH UNTUK `MENAJA` DAN `MEMBIAYAI` PROGRAM MULIA INI DITEMPAT-TEMPAT LAIN AGAR SEMUA PELAJAR DI MALAYSIA MAMPU MENIKMATI & BERPELUANG MENGHADIRI PROGRAM YANG SERUPA DEMI MENINGKATKAN LAGI KUALITI DIRI MEREKA.

SEMOGA USAHA BAIK INI TERUS DILAKSANAKAN LAGI PADA MASA-MASA MENDATANG. INILAH `ASET` YANG PALING BERHARGA UNTUK MASA DEPAN NEGARA.

SEKIAN,SALAM MOTIVASI & SALAM SUKSES.

`KEJAYAAN ITU BAKAL JADI MILIK KITA`

PEMIKUL AMANAH ALLAH

TN.ABD.GHANI YUSOF
PAKAR  MOTIVASI MODID
SG.PETANI,KEDAH D.AMAN
019-4741209 @ 04-4246033

No comments: