FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Tuesday, September 20, 2011

PROGRAM BERSAMA WARGA KEMENTERIAN BELIA & SUKAN



Alhamdulillah...syukur pada Allah SWT kerana masih lagi setia mencurahkan kasih-sayangNya pada diri hambanya yang hina ini..

Walaupun tanpa perbincangan awal. tetiba je terima panggilan telefon dari Sumber Manusia Kementerian Belia Dan Sukan ,Putrajaya pada hari Isnin ( 19.9.2011 ) untuk bagi Talk pada Seminar Daya Saing Warga KBS pada 20.9.2011 ( Selasa - Semalam ) .

Alhamdulillah,tugasan yang diberi telah saya sempurnakan dengan jayanya. Inilah titik permulaan untuk `berkolaboras`i lagi dengan KBS dan Jabatan Belia Negeri pada masa -masa akan datang. Memandangkan sambutan yang menggalakkan dari peserta yang terdiri dari pegawai-pegawai belia negeri ( hampir 200 ),kemungkinan besar Program ini akan dijadikan Program Bersiri pada masa-masa akan datang.

Selesai saja menyampaikan Ceramah pada pukul 1.00 petang,saya terus diserbu oleh peserta-peserta.Mereka ingin mendapatkan bisnes kad ,kononnya untuk memudahkan mereka menjemput saya pada program anjuran Belia Negeri pada masa yang akan datang.

Terimakasih saya ucapkan pada Encik Syam orang kuat KBS Putrajaya yang setia menemani saya dan sekalung ucapan terimakasih pada Ustaz Muhyiddin yang sudi menjemput saya bagi memenuhi ruang program tersebut.Insya-Allah,saya akan terus memberikan khidmat bakti pada masa-masa akan datang jika diperlukan ,insya-Allah.

Salam sukses
Tn.Abd.Ghani bin Yusof
Trainer/Speaker/Motivator
Konsultan Jana Insan.

1 comment:

Anonymous said...

saya salah seorang peserta... penyampaian yang berkesan, diharap kerjasama dpt di teruskan

JADILAH INFLUENCER YANG TERBAIK BUKAN SETAKAT RAMAI FOLLOWER JER

 ALHAMDULILLAH.. DUNIA IT SEMAKIN CANGGIH DAN SEMAKIN MEREBAK DENGAN CEPAT.KALAU DULU FB JER JADI TUMPUAN.KINI BILA ADA INSTAGRAM DAN AKAUN...