FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Sunday, September 25, 2011

PROGRAM SANTAI BERSAMA BELIA PULAU PINANG-25.9.2011




Alhamdulillah..Syukur kepada Allah SWT kerana masih lagi memberi kekuatan kepada diri ini untuk terus menyumbang bakti kepada anak2 bangsaku sendiri di Tanah Airku yang tercinta ini

Semalam.Ahad - 25.9.2011 telah berlangsung satu Program Hebat bersama Himpunan Belia Pulau Pinang di Dewan,Jabatan Belia dan Sukan Pulau Pinang.Program yang dinamakan Program Penyegaran Jati Diri Belia anjuran bersama JBS Pulau Pinang dengan dokongan dan sokongan KBS Putrajaya.

Beberapa tokoh pengurusan belia telah hadir memberi sokongan ,termasulak timbalan pengarah dari KBS Putrajaya. Turut sama hadir ialah Pengarah JBS Pulau Pinang sendiri yang telah menyaksikan dan mendengar Ceramah kendalian ku tentang hala tuju remaja/belia pada masa depan.

Banyak yang telah ku sentuh,ku kupas dan ku huraikan dalam ceramahku itu termasuklah hala tuju belia, peranan belia,tanggungjawab belia,komitmen belia terhadap negara dan perkara2 yang perlu dielakkan oleh remaja.

Ada satu perumpamaan yang telah ku selitkan ` JIKA INGIN MELIHAT WAJAH NEGARA PADA MASA DEPAN,LIHATLAH PADA WAJAH BELIA PADA MASA KINI`..

Ini merupakan satu bentuk inspirasi buat golongan belia /remaja supaya menjadi yang terbaik bagi menjamin kelangsungan kecemerlangan legasi kepimpinan pada masa hadapan.

Semoga program2 sebegini dapat diteruskan lagi pada masa2 yang akan datang demi pembinaan jati-diri para belia/remaja yang bakal mencorakkan masa depan negara. Jika hebatlah para belia sesebuah negara,maka hebatlah kepimpinan negara.

Cabaran telah ku lontarkan buat para belia disana,jadilah YANG TERBAIK..berikanlah SUMBANGAN YANG TERBAIK dan teruskan KEPIMPINAN TERBAIK ini untuk memastikan negara berada dalam kondisi yang cukup hebat dan mampu bersaing dengan negara-negara lain.

Terimakasih yang tidak terhingga buat Encik Ferdaus dari JBS Pulau Pinang kerana sudi menjemput saya bagi berkongsi idea dan pandangan dalam menggerakkan potensi anak-anak muda di Pulau Pinang.Jika ada kesempatan dan ruang,bolehlah kita bekerjasama lagi pada masa-masa akan datang insya-Allah.





Salam Motivasi dan Salam Sukses

Tn.Abd.Ghani bin Yusof
Trainer/Speaker/Motivator
Konsultan Jana Insan
Sg.Petani,Kedah.
26.9.2011

No comments:

JADILAH INFLUENCER YANG TERBAIK BUKAN SETAKAT RAMAI FOLLOWER JER

 ALHAMDULILLAH.. DUNIA IT SEMAKIN CANGGIH DAN SEMAKIN MEREBAK DENGAN CEPAT.KALAU DULU FB JER JADI TUMPUAN.KINI BILA ADA INSTAGRAM DAN AKAUN...