FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Thursday, September 22, 2011

PROGRAM SENTUHAN KEJAYAAN PMR SKM AIR MERAH,KULIM

Alhamdulillah..Syukur pada Allah yang Maha Memberi...

Semalam, 22.9.2011 telah berlangsung satu Program yang cukup bermanfaat buat pelajar-pelajar calon PMR SMK Air Merah,Kulim pada jam 11.00 am - 1.30 pm. Terimakasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Pengetua SMK Air Merah,Barisan Kaunselor,Ustaz Hassan Al-Haq yang masih lagi setia `menjemput` saya untuk berkongsi rahsia dan tips berguna kepada para pelajarnya.
Selama 2 jam setengah  ( 2 1/2  jam ) berbicara, rasanya pelajar2 tersebut telah mula nampak hala tuju mereka. Mereka sebenarnya dahagakan pimpinan,belaian,tunjuk ajar dan sokongan dari orang-orang sekeliling,apatah lagi dalam kesuntukan waktu untuk menghadapi peperiksaan utama. Kesempatan yang diberikan,telah ku mulakan dengan slot `talqin peperiksaan` iaitu peringatan tentang persediaan yang rapi perlu dibuat untuk menghadapi exam..memang menarik! itulah pandangan ketiga2 kaunselor SMKAM.
Kemudian ku teruskan dengan tip2 menghadapi PMR yang bakal menjelang dalam tempoh 12 hari lagi. Pelbagai tips telah diberikan termasuklah persediaan metal,fizikal,rohani,jasmani,emosi,kesihatan,peralatan dan bermacam2 lagi amanat yang terlintas difikiranku ini.
Diakhiri dengan slot `personal touch` iaitu bisikan ketelinga tentang perhatian yang perlu diambil oleh pelajar..jadilah anak yang baik,jadilah murid yang baik dan jadilah manusia yang berguna pada masyarakat,agama dan negara.
Moga apa yang ku sampaikan selama 2 1/2 jam itu mampu menjana transformasi diri anak-anak pelajar SMK Air Merah,Kulim. Doaku ku panjatkan pada Allah SWT,semoga mereka mampu ciptakan kecemerlangan didalam peperiksaan itu nanti.Insya-Allah.Amin

Moga Kejayaan Tetap Mengiringi Anak2 Didikku diMedan Motivasi

Sekian, wassalam

Yang Benar







Tn.Abd.Ghani bin Yusof
Trainer/Speaker/Motivator
Konsultan Jana Insan
Sg.Petani,Kedah.
23.9.2011

No comments:

JADILAH INFLUENCER YANG TERBAIK BUKAN SETAKAT RAMAI FOLLOWER JER

 ALHAMDULILLAH.. DUNIA IT SEMAKIN CANGGIH DAN SEMAKIN MEREBAK DENGAN CEPAT.KALAU DULU FB JER JADI TUMPUAN.KINI BILA ADA INSTAGRAM DAN AKAUN...