FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Tuesday, August 2, 2011

RAMADHAN ADALAH `ONE STOP CENTRE ` UNTUK LAKUKAN TRANSFORMASI DIRI

Alhamdulillah..

Syukur dan puji pada Allah SWT diatas kurniaan rezeki,kesihatan dan umur yang panjang buat diri ini untuk terus berkarya di arena Motivasi dan Training,selain sesekali menulis di blog motivasi kesayanganku ini. Hari ini,tanggal 3 ramadhan ( 3 Ogos 2011 ) , masuk hari ke 3 kita semua umat islam menjalani Ibadah Puasa. Moga Ibadah puasa kita menepati kehendak ,benchmark dan KPi yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Memang betul,bukan senang nak mencapai tahap ibadah para rasul,para anbiya`,para wali dan alim ulama. Apapun,selaku umat Muhammad yang telah di`labelkan` sebaik sebaik umat,maka kita tidak dapat tidak, mesti berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam ibadah sepertimana yang dikehendaki oleh agama,syariat dan Allah SWT.

Saya melihat kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak sebagai satu medan yang terbaik buat kita untuk menganalisa diri kita,membuat refleksi diri kita,buat muhasabah diri kita dan seterusnya berjuang untuk mencapai kemanisan iman.

Saya menganggap Ramadhan merupakan `One Stop Centre` dimana didalamnya terdapat pelbagai keistimewaan,terdapat pelbagai kemudahan,terdapat pelbagai ganjaran,terdapat pelbagai `tawaran` dan `offer` dari  Allah SWT. Hanya mereka yang benar-benar ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk mencari keredhaan Allah sahaja yang mampu untuk memanfaatkan `One Stop Centre` ini.

Kunjungilah masjid2 dan rumah Allah SWT bagi mengimarahkan bulan yang penuh keberkatan ini bagi mencari seribu manfaat dan ganjaran yang telah disediakan oleh Allah SWT. Maka rugilah mereka yang tidak menggunakan `One Stop Centre` ini dengan sebaiknya.

Bulan Ramadhan ini juga saya juga suka saya`labelkan` sebagai bulan motivasi bagi meningkatkan kualiti diri kita ,terutama sebagai Umat yang Cemerlang. Perbaiki diri kita, perbaiki jiwa kita,perbaiki akhlak kita dan buatlah perubahan yang drastik,hasil tarbiah dan didikan bulan Ramadhan yang mulia ini

Semoga Ibadah puasa kita diterima oleh Allah SWT dan semoga kita terus `termotivasi` untuk berterusan melakukan kerja-kerja kebajikan selepas `pulangnya` Ramadhan nanti. apakah kita masih berkesempatan untuk menjenguk Ramadhan lagi nanti ? Semuanya bergantung pada ketentuan Ilahi.Jika hayat kita masih ada,maka besarlah peluang untuk kita `menemui` lagi....kalau sebaliknya,maka inilah Ramadhan yang terakhir buat kita.

Sekian, Salam Ramadhan Al-Mubarak dan Salam Motivasi

Tn.Syeikh Ghani Al-ganuni
Anak Terengganu Di Perantauan
3 Ramadhan 1435 hijrah

No comments:

JADILAH INFLUENCER YANG TERBAIK BUKAN SETAKAT RAMAI FOLLOWER JER

 ALHAMDULILLAH.. DUNIA IT SEMAKIN CANGGIH DAN SEMAKIN MEREBAK DENGAN CEPAT.KALAU DULU FB JER JADI TUMPUAN.KINI BILA ADA INSTAGRAM DAN AKAUN...