FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Wednesday, August 3, 2011

PRICE OF FREEDOM- ADAKAH IA SATU MODUL MOTIVASI YANG SESUAI DAN `EFISEN`

Alhamdulillah...

Lafaz syukur dipanjatkan kehadrat Allah SWT diatas nikmat kesihatan dan kesejahteraan yang melimpah ruah buat diri ini. Dengan kesihatan dan kesejahteraan yang dikurniakan Allah SWT, diri ini masih lagi mampu untuk berbicara diarena blog Motivasi Dinamika Diri ( MODID ) yang amat ku sayangi ini.

Alhamdulillah, sekali lagi lafaz syukur ku panjatkan kehadrat Allah SWT kerana baru sekejap tadi aku selesai menjalankan tugas sebagai Ketua Pengawas Peperiksaan untuk UPS 1 bagi student2 Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Diharapkan pelajar-pelajar KMPP mampu berjaya dan mencapai keputusan yang cemerlang.

Dikesempatan ini,aku berpeluang untuk mencoretkan buah fikiran dan pandanganku terhadap 1 isu yang cukup penting dan berkait rapat dengan bidang utama ku sebagai seorang Pensyarah/Pendidik dan juga bertindak sebagai seorang Perunding Motivasi/Trainer/Motivator yang saban hari berpeluang menyampaikan amanat,rangsangan,motivasi dan didikan kepada pelbagai kategori pelajar samada yang Cemerlang,sderhana ataupun lemah.

Pelbagai latarbelakang audiens yang ku temui.Ada anak orang kampung..ada anak orang bandar..ada anak orang kaya..ada anak orang miskin..ada anak orang sederhana..pendek kata,semua jenis golongan manusia sudah ku temui. Pelbagai kerenah,ragam,perangai ,akhlak dan sifat audiens yang ku temui.

Pelbagai jenis motivasi dan latihan telah aku handle dan aku uruskan. Dari Program Motivasi berbentuk akademik,kecemerlangan pelajar,pecutan terakhir untuk peperiksaan,motivasi pelajar GALUS,motivasi pelajar MALAS,motivasi pelajar BERISIKO dan juga motivasi pembinaan akhlak pelajar-pelajar bermasalah.

Dari pemerhatian rapi,kebanyakan anak-anak pelajar ini terdedah dengan pengaruh luar,ditambah pula dengan kurangnya didikan agama..maka potensi untuk mereka `hanyut` dalam dunia yang `khayal` ciptaan mereka adalah amat tinggi. Ditambah pula tiadanya,pemerhatian rapi dari ibu-ayah,kurang sikap prihatin masyarakat yang tidak mahu`jaga tepi kain orang` ,maka kes-kes sosial dan penurunan tahap disiplin pelajar semakin menjadi-jadi.

Menyentuh tentang isu Program Motivasi `Price Of Freedom` yang dikendalikan oleh Jabatan Penjara Kluang dengan kerjasama PIBG SMK Bandar Baru UDA, saya mengambil pendekatan `sederhana` dan `pertengahan`. Tidak menyebelahi mana-mana pihak. Apa yang ingin saya katakan disini hanyalah satu cadangan `peribadi` dari saya.

Sikap pihak ibu-bapa yang memarahi,memaki hamun dan mengutuk pihak pentadbir sekolah,JPN Johor dan Jabatan Penjara adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Menegur boleh ! tapi bukan dengan cara memaki hamun! ianya tidak memberi pulangan yang baik . Malah ia akan mengusutkan lagi keadaan. Buanglah yang keruh,dan ambillah yang `jernih`.

Saya selaku seorang pensyarah@ pendidik dan terlibat secara langsung sebagai Perunding Motivasi /Trainer @ Motivator ingin menyarankan disini agar setiap Program Motivasi yang dilaksanakan perlulah mematuhi kriteria berikut :

1. Perlu diberi taklimat tentang bentuk,corak,tempoh masa, tempat dan kaedah yang digunakan kepada semua mereka yang terlibat samada ibu-bapa,para guru,para AJK PIBG dan orang lain yang terlibat agar mereka jelas dan faham benar2 apa yang berlaku.

2.Mereka yang mengendalikan Program Motivasi perlulah mempunyai pengalaman yang luas dan perlu mempunyai kepakaran dalam menghadapi pelbagai situasi.

3. Penganjuran Kursus @ Program Motivasi perlulah mendapat kelulusan pihak-pihak tertentu seperti PPD,JPN,Kementerian dan Organisasi yang terlibat.

4.Bentuk @ Corak kendalian Program Motivasi tersebut perlulah mengambil kira kepentingan audiens dan sesuai dengan tahap pemikiran,tahap akademik,tahap sosial para audiens.

5. Pengendali kursus @ Program Motivasi perlulah menguasai pelbagai kemahiran,bukan hanya setakat memiliki satu `kelebihan` sahaja.

6. Pengendali kursus @ Program Motivasi perlulah mengkaji latar belakang peserta yang `diuruskan` dan `motivasikannnya`,agar ia menjadi lebih mudah pengendaliannya.

7. Berikan peluang kepada ibu-bapa @ pihak sekolah melihat dan memantau perjalanan program motivasi tersebut,agar semua pihak berpuas-hati.

8. Kaedah yang sesuai dan mempunyai pelbagai elemen adalah amat penting,terutamanya perlu ada pendekatan kerohanian @ `agama`,digabungjalin pula dengan pendekatan `lembut tapi tegas`.

9. Jangan terlalu `keras` @ `kasar`.kerana jika bersifat `kasar` atau` keras`..ia akan menjauhkan lagi para peserta dengan program sebegini pada masa-masa akan datang.

10. Perlu adakan borang penilaian kursus @ Program yang akan dinilai oleh peserta sendiri dan juga pihak waris ( ibu-bapa )- dengan ini akan dapat dibuat penilaian terhadap keberkesanan kursus @ Program Motivasi tersebut.

Selaku Perunding Motivasi @ Trainer yang telah bertanggungjawab memotivasi kan hampir 50,000 pelajar-pelajar diseluruh Malaysia,saya bersedia berkongsi idea dan pandangan dalam meningkatkan kualiti pelajar2 Melayu/Muslim kita.

Modul Motivasi Dinamika Diri ( MODID ) bersedia berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam mendidik,menasihati,membimbing,mengasuh dan memperbetulkan `hala tuju` pelajar-pelajar Melayu/Muslim kita jika ada jemputan dan pelawaan dari pihak tuan.

Semoga pelajar-pelajar Melayu/Muslim kita mampu muncul sebagai pelajar Cemerlang dalam semua bidang atau `VERSATILE`.

Sekian..

Salam Motivasi dan Salam Sukses




Tn.Abd.Ghani Yusof
CEO,Master Trainer@ Motivator
Konsultan Jana Insan
Sg.Petani,Kedah D.Aman
4 Ramadhan 1435 Hijrah

No comments:

JADILAH INFLUENCER YANG TERBAIK BUKAN SETAKAT RAMAI FOLLOWER JER

 ALHAMDULILLAH.. DUNIA IT SEMAKIN CANGGIH DAN SEMAKIN MEREBAK DENGAN CEPAT.KALAU DULU FB JER JADI TUMPUAN.KINI BILA ADA INSTAGRAM DAN AKAUN...