YOUR PROFESIONAL SPEAKER

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan & modul pembinaan modal insan serta pembentukan karektor Melayu Muslim.Modul MODID adalah gabungan beberapa modul training seperti ESQ,ES2Q,NLP,Self-Hypnosis,Anchoring,Inner Strength Reflection dan Modul bersifat Ketuhanan/Islamic Moduls.

Tuesday, July 11, 2017

PECUTAN AKHIR UPSR 2017-SK SEBERANG JAYA




ALHAMDULILLAH, SYUKUR DAN PUJI PADA ALLAH SWT KERANA MASIH LAGI MEMBERIKAN NIKMAT KESIHATAN,UMUR YANG PANJANG SERTA KUDRAT UNTUK MENERUSKAN LAGI TUGASAN MEMANDAIKAN UMMAH DISELURUH PELUSUK TANAH AIR.

TANGGAL 4.7.2017 YANG LALU ( SELASA ) BERTEMPAT DI SK SEBERANG JAYA ,PULAU PINANG SAYA SEKALI LAGI DIBERIKAN AMANAH UNTUK MELONJAKKAN MOTIVASI DIRI PELAJAR CALON UPSR SEKOLAH TERSEBUT.

KALI INI ,PROGRAM PECUTAN AKHIR UPSR 2017 SK SEBERANG JAYA INI MELIBATKAN SEJUMLAH 186 CALON YANG TERDIRI DARI PELBAGAI BANGSA. INI MERUPAKAN KALI KE 5 SAYA DIJEMPUT KESEKOLAH INI.

THANKS TO PN ZURINA,SELAKU KAUNSELOR SEKOLAH YANG SABAN TAHUN TAK JEMU JEMU MENJEMPUT SAYA UNTUK MENGENDALIKAN PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN PELAJAR DISEKOLAH INI SEJAK 5 TAHUN YANG LEPAS.

SEPANJANG 2 JAM SETENGAH SAYA BERSIARAN DISINI,BANYAK PERKARA DAN BANYAK SUBJEK YANG TELAH SAYA SENTUH,ANTARANYA:

1- PERANAN PELAJAR CALON PEPERIKSAAN
2- PERSEDIAAN MENTAL,FIZIKAL DAN ROHANI DALAM MENGHADAPI UPSR
3- BAGAIMANA MENCIPTA KEJAYAAN CEMERLANG
4- TEKNIK BELAJAR SAAT AKHIR MENJELANG PEPERIKSAAN
5- MENGURUSKAN JADUAL DIRI MENJELANG PEPERIKSAAN
6- MENGURUS EMOSI DAN AKHLAK SEBAGAI SEORANG CALON PEPERIKSAAN
7- BAGAIMANA CREATE VISION BOARD SEORANG PELAJAR CALON UPSR 2017
8- MENJADI PELAJAR YANG VERSATILE DAN BERKEUPAYAAN TINGGI
9- TIPS-TIPS PSIKOLOGI MENJELANG PEPERIKSAAN
10- HALA TUJU SELEPAS UPSR DAN SIAPA KITA 10 TAHUN AKAN DATANG.

SEMOGA APA YANG DISAMPAIKAN OLEH SAYA MAMPU DIADAPTASI DAN DIAPLIKASIKAN SEBAIK MUNGKIN OLEH PELAJAR2 DISINI,INSYALLAH.

SEMOGA KEJAYAAN CEMERLANG AKAN SENTIASA MENGIRINGI CALON2 PEPERIKSAAN SK SEBERANG JAYA, INSYAALLAH.AMIN YA RABBAL ALAMIN.

TUGASAN YANG BAKAL MENANTI SAYA BERIKUTNYA :

16.7.2017 : SR ISLAM AL ISLAHIAH,TIKAM BATU : PECUTAN AKHIR UPSR 2017
18.7.2017 : SK MENGKUANG,BUKIT MERTAJAM : PECUTAN AKHIR UPSR 2017

INSYAALLAH,AMANAH INI AKAN TERUS SAYA PIKUL SEBAIK MUNGKIN. SEMOGA KEKUATAN DAN KESIHATAN DIRI AKAN SENTIASA MENGIRINGI HIDUP SAYA,DEMI SEBUAH PERJUANGAN MEMERTABATKAN UMMAH .INSYAALLAH.

SALAM MOTIVASI DAN SALAM SUKSES

TN.ABD.GHANI YUSOF
PAKAR MOTIVASI PELAJAR 
KONSULTAN JANA INSAN
SP 
019-4741209

No comments: