Saturday, August 20, 2016

PROGRAM IRTIFAUL MUHTAMAL UKHUWAH GROUP KMPP








ASSALAMUALAIKUM SEMUA..SEMOGA KALIAN SEMUA SIHAT SEJAHTERA DAN MOTIVASI DIRI TERUS KEKAL TERPAHAT RAPI DISANUBARI

RASANYA DAH AGAK LAMA SAYA TAK UPDATE BLOG MOTIVASI KESAYANGAN SAYA NI..MAKLUMLAH SIBUK DENGAN RUTIN HARIAN SEBAGAI SEORANG SENIOR LECTURER,SPEAKER,TRAINER DAN JUGA MOTIVATOR.

DISEBABKAN BUDGET UNTUK PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA TELAH DIPOTONG OLEH KEMENTERIAN,BANYAK JUGAKLAH PROJEK-PROJEK TERBENGKALAI DAN TAK MAMPU DIANJURKAN OLEH PIHAK-PIHAK YANG MEMERLUKAN.

KEGAWATAN EKONOMI YANG MELANDA DAN KEJATUHAN NILAI RINGGIT JUGA MEMBERI KESAN KEPADA PELAKSANAAN PROGRAM-PROGRAM MOTIVASI DISELURUH PELUSUK TANAH AIR.

SELEPAS HARI RAYA AIDIL FITRI YANG LALU,JADUAL TRAINING SAYA DAN TEAM SAYA AGAK LAPANG SEDIKIT BERBANDING TAHUN-TAHUN SEBELUMNYA. TETAPI BILA DIFIKIRKAN BALIK,SEBENARNYA TERKANDUNG SERIBU HIKMAH YANG TERSENDIRI.

ALLAH NAK MEMBERI PELUANG KEPADA SAYA UNTUK BERBAKTI KEPADA PELAJAR-PELAJAR SAYA SENDIRI YANG BERHEMPAS PULAS UNTUK BERJAYA DIDALAM PROGRAM MATRIKULASI. RATA-RATA MEREKA ADALAH ANAK KAMPUNG DARI TERENGGANU,KELANTAN DAN KEDAH YANG TERLALU DAHAGAKAN SENTUHAN MOTIVASI DARI SAYA DAN KITA SEMUA.

SEBAGAI PENSYARAH KANAN YANG BERNAUNG DIBAWAH MAJLIS PENDETA,YANG MANA RATA-RATANYA DIANGGOTAI OLEH PENSYARAH KANAN GRED 52 & 54 TELAH MENGAMBIL 1 INISIATIF BIJAK UNTUK MELONJAKKAN POTENSI PELAJAR-PELAJAR TERPILIH UNTUK DIHIMPUNKAN DIBAWAH SATU PROGRAM YANG DINAMAKAN DENGAN UKHUWAH GROUP.

SEMALAM TANGGAL 20.8.2016,TELAH BERLANGSUNG 1 PROGRAM YANG HIGH IMPACT UNTUK PELAJAR-PELAJAR TERPILIH DIKALANGAN GROUP UKHUWAH INI DALAM USAHA MELONJAKKAN POTENSI MEREKA YANG DILIHAT MEMPUNYAI HARAPAN CERAH MEMPEROLEHI RESULT 4A ( 4 FLAT ) DALAM EXAM MEREKA NANTI.

SELAMA 3 JAM BERSAMA DENGAN SAYA,TERASA SEBENTAR SEBENARNYA. PROGRAM BERMULA DENGAN SOLAT SUNAT DHUHA YANG DIIMAMKAN OLEH SAYA SENDIRI DAN DITERUSKAN DENGAN CERAMAH MOTIVASI HIGH IMPACT KENDALIAN SAYA SENDIRI YANG BERTAJUK : MISI 4 FLAT : ANTARA `SACRIFICE VS BELIEVE `- KUASA PERCAYA DAN KUASA KEMAHUAN.

SEMOGA MEREKA SEMUA MAMPU MENCIPTA KECEMERLANGAN DIDALAM PEPERIKSAAN MEREKA NANTI,INSYAALLAH. AMIN

SAYA DOAKAN MEREKA SEMUA MAMPU MENJADI PELAJAR YANG CEMERLANG DAN SEIMBANG ANTARA DUNIA DAN AKHIRAT.

KEPADA MANA-MANA SEKOLAH,IPT,KOLEJ,UITM DAN ORGANISASI YANG MEMERLUKAN PROGRAM BERIMPAK TINGGI DAN ADA NILAI ROHANI DENGAN DIMULAKAN DENGAN SOLAT SUNAT DHUHA,DOA YANG HIGH IMPACT SERTA CERAMAH MOTIVASI YANG HIGH IMPACT,BOLEHLAH HUBUNGI KAMI DI TALIAN 019-4741209 ( MASTER UST.SYEIKH GHANI AL GANUNI ).

SEKIAN,SEMOGA KITA SEMUA DIBAWAH LINDUNGAN RAHMAT ALLAH SWT DAN SEMOGA KEJAYAAN TETAP MENGIRINGI KITA SEMUA. INSYAALLAH,AMIN YA RABBAL ALAMIN

SALAM MOTIVASI DAN SALAM SUKSES

TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
MASTER TRAINER/SENIOR SPEAKER & SENIOR LECTURER
KONSULTAN JANA INSAN,SG.PETANI
KEDAH DARUL AMAN
019-4741209

No comments: